|
Post by muhamad asraf on Jun 25, 2007 13:46:54 GMT 7
terima kasih dato kerana reply email saya ni... saya saja test jek kot2 alamat email ngan website tu ada ka xda org monitor minta maaf la dato saya under estimate plak hehehe... untuk jawapan dato tu saya setuju la tp yang saya dok heran ni kenapa amik masa yg lama sgt nak bangunkan sik ni? dah 2 orang perdana menteri org kedah, dah 50 thn merdeka, baru skang ada program nak majukan sik padahal selama ni pun memang la sik dok sokong bn ja cuma pada sebelum ni ja yg jatuh kat pas..tu pun satu penggal ja saya mcm dah terkilan ngan kerajaan negeri kedah ni kononnya nak jadi negeri maju 2010...tp daerah2 lain terutamanya sik ni hampeh xbg perhatian pun...dah tau sik tu daerah terbesar ngan termiskin dalam kedah cuba la bg perhatian lebih sket mcmana nak majukan sik tu... saya xmarah kat dato tp terkilan ngan kerajaan negeri mcm seolah2 pembangunan sik tu dilupakan saya rasa kedah xkan jd negeri maju pada 2010 ni kalo sik pun xmaju lg... saya akan jdkan sik tu sbg ukuran sama ada kedah tu maju ke tidak.. saya tau bila jln baru dari gurun ke sik tu siap dia akan secara xlangsung akan membawa kemajuan kat pekan sik tu saya dengar yg durian burung akan jd mcm bkt kayu hitam ataupun padang besar.. jd secara xlangsung pekan sik akan naik la coz pekan sik tu dok tgh2 hehehehe.....betui ka dato?
|
|
|
Post by Dato Wan on Jun 25, 2007 14:06:54 GMT 7
Saudara Mohd.Asraf,terima kasih di atas komen anda.Saya sekarang ini lebih menmpu kepada pembangunan kasana kampong;untuk melengkapkan kemudahan asas dan peningkatan ekonomi penduduk dengan memperbagaikan kegiatan ekonomi dan mewujudkan nilai tambah dalam penggunaan sumber-sumber tempatan.;seperti menhkuang,buluh ,kayu,buah-buahan dan sebagainya,Saudara bolehlah pulang ke Sik untuk mlihat sendiri projek -projek ini.Sila berhubung dengan saya untuk maklumat lanjut.
|
|
|
Post by pakteh on Jun 26, 2007 15:11:42 GMT 7
Jawapan Dato' tu saya setuju dan secara berhemahnya tidak menyalahkan sesiapa, namun....utk asyraf...jika saya melihat sebagai orang politik....mungkin ada individu yg perlu disalahkan...barulah ada orang yang boleh dipertanggungjawabkan. Jika kita menoleh ke era 80an dan 90an, perubahan dari 80an ke 90an inilah Kedah pesat membangun. Banyak bandar baru wujud seperti di Sungai Petani, Kulim, Baling, dan pembangunan pendidikan yang hebat seperti di Sintok dan sebagainya. Dimana Sik ketika itu? Diera peralihan ini juga kita melihat bagaimana Selepas perancangan yg rapi oleh Dato' Wan utk daerah Sik...akhirnya beliau dilupakan oleh orang Sik. Ini bermakna pembangunan itu tidak dapat diteruskan seperti yang dirancang dan pengganti beliau iaitu Tok Mid bagi saya gagal memainkan peranan yang sepatutnya. Sik dan Baling tidak jauh bezanya ketika itu tetapi kerana kegagalan Tok Mid sebagai ahli parlimen maka akhirnya Sik semakin jauh ketinggalan berbanding Baling...apatah lagi Kuala Muda ( Sungai Petani) dan Kulim. Tidak ada apa yg dibanggakan selain sebuah kilang di charok padang dan beberapa IKS di pekan Sik namun gagal. Kemajuan biasanya dilihat dari sudut kekuatan ekonomi dan inilah yang gagal dibawa oleh Tok Mid walaupun bergelar menteri penuh. (lebih malang tewas di tangan shahnon, sasterawan negara) Dato' Wan setelah lama dilupakan, dicari semula oleh Pak Lah (Pak Lah kenal yg mana batu yg mana manikam) dan Sik kembali ke tangan BN. Bagi saya tempoh 2004 hingga 2007 tidak boleh dijadikan ukuran utk melihat kejayaan Dato' Wan. Beliau perlukan masa yg lebih dari itu. Saya yg mengatakan tidak cukup utk tempoh itu tetapi jika ditinjau dari usaha Dato' Wan siang malam mengerah keringat membantu petani agar menjadi lebih moden, saya terpegun melihat bagaimana kini dikalangan penduduk Sik sudah boleh berbangga dengan hasil pertanian dan produk IKS yang dipasarkan di pasaraya besar. Produk kraftangan juga sudah mempunyai nilai tambah dan usahawan berskala besar juga bakal muncul dengan usaha gigih beliau.
apapun, jika dikenang kegagalan lalu, Sik tetap takkan berubah tetapi jika usaha dan kerja kuat yg dilakukan, insyaallah...Sik akan setanding dengan daerah lain.
|
|
|
Post by muhamad asraf on Jun 27, 2007 8:00:58 GMT 7
terima kasih dato dengan jawapan tu saya xnafikan apa yg dato buat skang ni telah berjaya dalam usaha memantapkan ekonomi penduduk sik... malahan saya berbangga coz sampai kat kl ni pun saya dah jumpa produk dari sik iaitu produk kopi ngan ikan pekasam tu... untuk jawapan pakteh tu amatlah berguna untuk saya dan golongan muda sik ni...itu sebenarnya yang saya nak tau... barulah kami golongan muda ni tau citer yg sebenarnya...
|
|
|
Post by Dato Wan on Jun 27, 2007 9:26:58 GMT 7
Saudara Asraf,terima kasih di atas prihatin anda.Pembangunan kemudahan asas sudah hampir lengkap di Sik.Cabaran yang paling besar dan yang paling susah nak dilaksanakan ialag pembangunan manusia itu sendiri.Kita orang Sik amat rendah tahap produktiviti.Majoriti penduduk hanya berkerja 2/3 jam menoreh getah sahaja.Saya sedang berusaha supaya mereka menjadi lebih produktif dengan memperkenalkan berbagai projek baru;tetapi sambutan agak kurang memuaskan.Anak-anak muda tidak berminat mengusahakan tanah milikan keluarga mereka.Akibatnya sudah banyak tanah sawah dan tang kebun di sewa oleh orang lain.Di Telio sudah bertapak seorang peniaga Cina yang membirikan sebuah kedai gas di tanak milikan orang Melayu.Semua sekolah saya pasang kemudahan internet tanpa waya,tetapi ibu bapa amat sedikit berminat membeli laptok untuk anak-anak mereka.Merekalebih suka beli motosikal untuk anak-anak mereka.Menegenai pembangunan Pekan Sik pila orang dahulu tidak memminat membangunkannya;katanya jika dibangunkan,maksiat akan berlaku dengan lebih banyak.Saya sedang berusaha bersungguh-sungguh membawa orang Sik memasuki arus pembangunan perdana;tetapi ramai yang tidak mahu;malah ada yang memberi komen negatif.Orang Sik lebih suka berpolitik dari pembangunan sosio-ekonomi.Saya berharap saudara dan rakan-rakan lain tolonglah saya tampil kedepan membantu saya untuk mengerakan minda orang Sik.Harap saudara baca nobel berrantai LIAN DAHULU LAIN SEKARANG yang terdapat dalam laman web ini,tk.Wasssalam,
|
|
|
Post by muhamad asraf on Jun 28, 2007 13:09:00 GMT 7
saya rasa la dato dato carry on ja bawa pembangunan kat pekan sik tu.. pasal org kampung takut maksiat tu kita kan ada agensi2 yg berkenaan nak pantau dan membenteras maksiat tu...selagi dato amik kira pandangan2 yg negatif tu, sampai bila la sik ni xakan maju... lgpun saya rasa kat mana2 bandar di dunia ni pun pembangunan dan kemajuan akan berkadar terus ngan maksiat.. benda ni xbleh nak elak...tp saya rasa kat sik ni pun maksiat bleh control lg...
|
|
|
Post by Dato Wan on Jun 29, 2007 9:45:03 GMT 7
Saudara Asraf,salah satu projek pertanian yang saya sedang usahakan di Sik sekarang ini ialah tanaman pokok karas atau pokok depu[pokok gaharu];Teknologi diperolehi dari FRIM dan MINT;dalam tmpuh jangka masa lima tahun sahaja boleh sepokok boleh mengeluar dua kilo getah gaharu yang bernilai 10 ribu ringgitSatu ekar boleh ditanam sebanyak 350 pokok;bererti satu ekar tanah dalam tempuh lima tahun boleh memberi pendapatan sebanyak tiga setengah juta ringgit,Jika berjayaramailah orang Sik akan menjadi jutawan.Jika anda beminat,kok-kok ada sedikittanah pusaka yang terbiar bolehlah ditanam dengan pokok depu.Sila berhubung dengan saya juka anda berminat.
|
|
|
Post by muhamad asraf on Jun 29, 2007 11:08:53 GMT 7
ok gak rancangan dato tu... kena cx ngan org tua kat kg dulu... ada lg tak tanah tu hehehe... dah xlarat keje ikut arahan org ni... sat posting sana sat posting sini... dah boring hehehe itu xmasuk politik dalam opis lg tu...
|
|
|
Post by berusgigi on Jul 18, 2007 8:49:17 GMT 7
Assalamualaikum Nak mencelah sikit.
Saya adalah product dari Sik. banyak juga berjalan kemerata tempat dan memerhati. Seperti yg Dato' katakan orang Sik hanya bekerja 2-3 jam sahaja sehari. Masa selebihnya dibuang bersembang kosong atau membuat kerja-kerja tidak berfaedah. kesukaan mereka ialah berbelanja di Pekan hari. Contoh terbaik ialah Pekan hari Rabu di Jeneri & Ahad di Simpang Kuala Temim. Berpuluh2 ribu ringgit mengalir keluar dari Jeneri. Ini adalah kerana peniaga2 yg datang adalah dari luar. Tiada perjanaan ekonomi dalaman. Semuanya mengalir keluar. Habis duit hari ini, esok pergi menoreh 2-3 jam. Itulah aktiviti harian. Utk pengetahuan, semua sawah padi di jeneri telah disewakan kepada Cina. Org melayu jeneri pula bekerja dgn Cina. Sekarang diberitahu yg Cina lebih berminat bawa Petani datang utk mengerjakan sawah. Diatas Cina Padang Lembu ambil utk kelapa sawit, di bawah Cina Simpang Empat ambil utk tanaman padi. Dimana orang Melayu sekarang?
Dengan bantuan Dato', saya berusaha juga mengubah minda penduduk-penduduk kampung. Pelbagai usaha dilakukan. Tanam kelapa Mataq dan pisang berangan diusahakan sebagai contoh. Tapi tiada siapa yg ingin membantu walaupun wang hasil dimasukkan kedalam tabung Dewan orang ramai. Panggil gotong royong utk korek anak pisang utk dijual, hanya 2-3 orang saja yg tunjuk muka. Panggil turun utk bantu cuci kawasan, tiada siapa yg mahu kerana tiada imbuhan & makanan disediakan. Ramai lebih suka utk berhimpun dan bersembang politik dari melakukan kerja.
Walaubagaimanapun itu semua cabaran. Kita tak perlu ubah semua mereka. Sekrang target ialah kanak-kanak yang masih berada di alam sekolah rendah & menengah. Tusyen secara percuma disediakan utk darjah 4,5,6 dan Tkt 2,3. Begitu juga kelas Iqrak. Inilah generasi yg kita akan cuba ubah pemikiran mereka.
Dari segi pembangunan, sejak 2004 telah banyak perubahan prasarana yg dapat kita lihat. InsyaAllah, semua ini akan membantu program lain-lain yg bakal dirancang kelak oleh YB Dato'. Kita akan membantu.
Saya agak bersetuju dgn sdra ashraf mengenai benchmark kedah Maju. Dulu saya ada melemparkan soalan kepada salah seorang exhibitor dari Kedah Maju. Apa yg kerajaan akan lakukan kpd Sik & Baling utk sekurang2nya mendekati taraf SP atau Kulim. Tak dak idea ..... dan banyak lagi soalan yg dilemparkan tapi hanya geleng kepala saja jawapan yg diberi.
Lupakan yg lepas. Mulakan yg baru. Be positive. Saya percaya ramai juga org Sik yg ingin berjaya. Dan dah terbukti ramai yg berjaya cuma mereka tidak menetap di Sik saja.
Saya juga setuju yg SIk tidak dijadikan kawasan industri yg boleh mencemarkan. Banyak lagi jenis industri yg sesuai dgn Sik yg boleh dibawa spt pelancongan, kawasan pesara etc. Kebersihan udara dan kawasan Sik perlu dikekalkan.
Nanti bersambung ....
|
|
|
Post by pakteh on Jul 18, 2007 11:02:37 GMT 7
bayangkan pagi...motong...balik koi 11, pi menarah rumput dikebun....tanam sayoq....balik rehat kot 1...lepas zohor...juai cucoq tepi jalan..sampai koi 6...pi main/riadah....pastu pi juai barang di pasar malam....(sayoq dari kebun pun dah ok) agak2 kalau ada orang Sik buat camni....miskin dak org tu? ikut calon angkasawan kita....koi 1 pagi baru leh jogging....terpilih dari 10000 calon....
|
|
|
Post by afza7977 on Aug 22, 2007 15:01:02 GMT 7
ari tu dgr2 samy vellu sudah tamatkan kontrak yg buat hiway gurun sik tu...betui ka? abis bila la nak siap jln tu... raya dah dekat.. nanti org balik kg pun susah kena ikut jln yg tgh teruk tu hehehehe
|
|
|
Post by Dato WAN on Aug 23, 2007 10:38:45 GMT 7
Saudara Asraf,saya sudaj beri jawapan.Buat apa Pekan Sik maju,tatapi kampong-kampong mundur.Lebihbaik kita bangunkan kampong-kampong dahulu dan kita tumpukan kepada pembangunan insan.Jika kita bangunkan Pekan Sik dahulu orang lain yang akan mengisinya dan akhirnya kita hanya jadi penuntutn sahaja.
|
|
|
Post by pakteh on Oct 2, 2007 14:02:50 GMT 7
Dalam banyak hal...pemikiran Dato' menjangkaui orang lain. Ada betulnya....buat pekan besaq2 pastu serahkan pada orang luar berbangsa asing menjadi tokey...kg2 terus mundur.
|
|
|
Post by afza on Oct 8, 2007 9:32:11 GMT 7
pakteh jln gurun - sik tu dah ok blom? org nak balik raya ni dah la balik malam ni kang xpasal2 keta jatuh lubang plak
|
|
|
Post by pakteh on Oct 8, 2007 21:24:14 GMT 7
haha...kalu nak balik..elok hang potong kot kulim....aku pun tak lalu kot tu. ada tempat2 yg masih teruk...ada yg ok dah....kalu 2 minggu lepaih...kawasan seblom beris jaya tu terukk...
balik kot kulim la mudah.
|
|