|
Post by dato wan azmi on May 9, 2005 23:10:24 GMT 7
Kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) sila kemukakan cadangan pembangunan pekan Batu Lima . Sik dan Gulau , dan kemukakan kepada saya sebelum akhir Ogos 2005.
Jika tidak, saya akan mencadangkan kepada YB Menteri supaya agensi ini ditutup kerana tidak menjalankan tugas hakikinya sebagai agensi pembangunan wilayah (tugas KEDA bukan beri lembu kurus, beri puyuh, beri mesin ais kacang, beri mesin gunting rambut kepada penduduk. tugas KEDA adalah untuk pembangunan wilayah)
|
|
|
Post by OrangLuar on Nov 8, 2005 16:10:02 GMT 7
Kita cuba-cuba beri pendapat...biarpun mungkin agak tergila-gila sedikit..tetapi itulah sebenarnya satu proses pencetusan idea yang melampau tanpa batasan...lepas tu kita stop sat...relax se minit dua ...dan kita halusi balik idea gila-gila tu...kadang-kalanya ada yang logik dalam tu.
Saya cadang kita bina kompleks konsep mini mall di pekan-pekan kecil ni. Siap dgn air-cond. Contoh CMart kat Changlun, Ada pasaraya walaupun kecil....ada pusat rekreasi mengalahkan kompleks kat Sg. Petani..ada kedai-kedai kecil jual macam-macam. Buat program belia/komuniti kerap-kerap kat situ...lawan karaoke ke, masak-memasak ke, fair kerja kosong ke, pertandingan teater ke, boria ke, dikir barat ke....apa saja lebih-lebih lagi, kampung bertanding kampung...baru budak-budak dan orang-orang setempat selalu kat situ. Pelan-pelan dia akan membangunlah tu. Kalu boleh tambah dengan pejabat-pejabat gomen,POS, BSN ke, Pusat Kecil Adun atau MP serta pusat transit pengangkutan awam. Pondok Polis kena ada juga..biar budak-budak tak reti melawak tu bersopan sikit.
Tak payah ada panggung wayang tapi sekali-sekala tunjuk Wayang Free macam dulu-dulu tapi la ni bersila atas lantai mall. MP/Adun sedekah tikar?
Sekadar cetusan idea.......
|
|
|
Post by OrangLuar on Nov 8, 2005 16:14:08 GMT 7
InsyaAllah Dato'.
Sama-sama kita doa pada Allah Taala, diberi cetusan hidayah lagi..semuga dapat saya dan semuanya mencatitkan idea-idea kita tak kiralah sehebat mana dari masa ke semasa. Amin.......
Saya ikhlas!
|
|
|
Post by dato wan azmi on Nov 16, 2005 23:07:25 GMT 7
terima kasih saudara org luar
saya tahu saudara adalah anak sik , kebanyakan idea saudara itu adalah baik setengahnya sudah dilaksanakan dan setengahnya masih dlm peringkat perancangan.
nampak gaya pekan batu 5 akan menjadi lebih besar dari pekan sik kerana berdekatan dengannya akan ditempatkan sebuah universiti awam dan beberapa IPTA yg lain. seperti kolej komuniti, dan kompleks belia negara.
setelah pekan batu5 dibangunkan, cadangan saudara bolehlah diserap di dlm pekan itu.
terima kasih selamat hari raya maaf zahir batin sudi melawat ke chalet saya di serendah , sik.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Mar 3, 2006 17:56:38 GMT 7
Saya sedang berusaha mendapat peruntukan untuk mendirikan masjid daerah yang baru di Pekan Sik, tapaknya telah dikenal pasti. Kosnya lebih kurang RM 3juta. Jika mana-mana pihak ada plan-plan yang menarik, sudi kemukakan kepada saya.
Saya kini sedang berurusan dengan beberapa pihak dari syarikat swasta untuk membangunkan projek perumahan dan rumah kedai di Pekan Batu Lima dan di Pekan Sik. Jika mana-mana pihak yang berminat untuk turut serta dalam projek permohonan ini sudi berhubung dengan saya. Nombor telefon pejabat Pusat Khidmat saya ialah 04-469 2710.
|
|
|
Post by awanlara on Oct 10, 2007 13:32:32 GMT 7
Cadangan Orang Luar boleh diterima begitu jua saya tinggal di luar SIK, tapi selalu melawat SIK MASJID SIK pemilihan tapak mestilah lokasi yg bersesuai membolehkan jemaah memakmurkan masjid terutam subuh. Reka bentuk masjid dengan 3 juta - plan nya boleh tengok Masjid TUDM Subang, Shah Alam.
Bagi pembangunan pekan kecil cth Pekan Batu Lima. Saya cadangkan diwujudkan satu pasar sebaguna, yg mana pasar itu boleh digunakan sebagai pasar tani, pasar malam, riadah, pameran dan lain-lain aktiviti. sebagai cth Pasar di Kota Damansara, Sungai Buloh. Selain itu kita boleh menentukan tahap kebersihan taklah macam pasar sekarang - lepas meniaga sampah bersepah sepatutnya peniaga sendiri membersihkan.
Tengok Pasar Batu Lima Sik - hampir dilupakan orang
|
|