|
Post by dato wan azmi on Apr 14, 2005 1:41:22 GMT 7
sebanyak setengah juta sahaja telah diluluskan dari 3 juta yang dipohon.
akan berusaha untuk mendapat peruntukan tambahan tetapi sukar kerana terdapat banyak peruntukan terpaksa dibelanja untuk mangsa-mangsa tsunami.
|
|
Warisan Ketuanan Sik
Guest
|
Post by Warisan Ketuanan Sik on Mar 9, 2006 11:33:47 GMT 7
YB Dato'.
Saya turut kecewa dengan apa yang telah terjadi di daerah ini.. Projek Ameniti Sosial? apa dah jadi dengannya.. banyak yang dicadangkan dan dimohon tidak dilaksanakan..
Dewan dan pusat kecergasan belia perlu dibina dengan seadanya. supaya tak ada lagi masalah-masalah yang kita hadapi sekarang ini terus berlarutan.. kita sentiasa bercakap tentang masalah gejala sosial.. tapi pernahkah kita mendekati golongan ini.. sebagai contoh.. pernahkah kita meminta golongan ini menyertai program yang kadang kala diadakan.. yang kita libatkan adalah golongan yang sudah cemerlang.. apa nak jadi dengan golongan belia yang masih terumbang ambing...
saya sarankan supaya YB Dato' dapat menjemput golongan muda remaja ini.. yang memang bukan melalui persatuan.. tak kira dimana dan siapa kita jumpa.. asalkan dia adalah terdiri daripada golongan muda.. terus jemput dia.. buat satu perjumpaan kita dengan rintihan dan pandangan mereka.. kita kaji.. kita ambil tindakan sewajarnya... majukan kepada pihak kementerian..
setahu saya.. kerajaan kita membelanjakan sejumlah RM 3000 ringgit setiap bulan kepada seorang pelatih pusat pemulihan dan hanya RM 3.00 lebih untuk seorang belia yang mengikuti program (tidak bermaslah)
kenapakah kita berhempas pulas untuk memikirkan mereka-mereka yang bermasalah.. kenapa kita tidak melihat golongan belia remaja yang semestinya tidak bermasalah ini di dedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang kta miliki..
kalau pun tidak.. kita boleh melibatkan golongan ini untuk menceburi bidang pertanian.. YB Dato' keluarkan sedikit bajet.. minta mereka mulakan sesuatu perusahaan.. seperti tanaman yang YB sedang promosikan.. pastinya akan berjaya insyaalah.. dan mereka tidak berpeluang untuk melibatkan diri dalam lembah kebinasaan...
saya mohon maaf sekiranya pandangan saya keterlaluan
terima kasih YB
|
|