Post by pakteh on Jan 3, 2008 11:02:25 GMT 7
minggu kebelakangan ni lain benar rasanya...selama berpuluh tahun hanya melihat orang lain, melihat abah, melihat tokwan, melihat jiran dan kebanyakkan orang....hanya melihat tetapi tidak pernah melakukannya....
Kini selain persiapan tahun baru, pakteh juga bersiap2 utk anak ke sekolah. Alhamdulillah, dengan rezeki yg dilimpahkan Allah swt, masalah kewangan utk pendidikan anak2 tidak timbul dan keseronokan untuk menghantar anak kesekolah yg difikirkan. Minggu lepas bakal pelajar tahun 1 perlu menduduki ujian utk mengenal pasti tahap penguasaan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira...
Jika 30 tahun dahulu, sudah pasti majoriti anak2 ini akan gagal utk menguasai 3M tetapi hari ini, seawal umur 3 atau 4 tahun sudah menguasai 3M. Ini adalah kejayaan semua pihak terutama kerajaan yg berjaya menyusun program pendidikannya samada melalui swasta ataupun kerajaan.
Persaingan utk mendapat keputusan terbaik juga sengit apabila disebalik sibuk membeli beg sekolah, anak juga beriya2 meminta sebuah lagi beg utk ke tuisyen....mungkin 30 tahun dulu ini tidak berlaku utk anak2 berumur 7 tahun.
terkini, selain bahasa Arab, Iqra dan KAFA, pakteh turut mendaftar utk pakej perintis bahasa tamil, kalau dpt...boleh Batrisyia tu paham bhs Tamil. Utk bhs Cina kena cari tempat lain la pulak. Moga2 semangat perpaduan dpt dipupuk dari anak2 ini.
30 tahun dulu ramai pelajar tahun 1 menangis ditinggalkan ibubapa dalam kelas....hari ini....jumlahnya terlalu sedikit...rata2 bergembira kerana telah biasa melalui alam persekolahan diperingkat tadika.
Minggu ini juga setiap malam TV3 menghidangkan program Tabung Dapur utk Dafur.....sedih, kesian, segala macam perasaan ada. Paling penting...pakteh bersyukur kerana dpt tinggal di Malaysia yg aman dan makmur ini. Bayangkan masa depan anak2 Dafur yg bersekolah tanpa pakaian seragam, alat tulis, buku...malah sekolahnya lebih teruk dari reban ayam atau kambing yg kita bina.
Mengenang 30 tahun dulu dan menonton TV3 Dapur utk Dafur membuatkan pakteh Insaf dan bersyukur dengan nikmat yg diberi Allah ke atas bumi Malaysia ini.....
p/s: teringat rakan pakteh yg kesekolah memakai tali rapia buat tali pinggang.....
p/s 2: teringgat ramai yg beringus idung dulu2.....hari ni semua bersih cantik molek.