|
Post by pak itam chawan on Jul 7, 2006 22:46:05 GMT 7
Assalamualaikom, Membaca ialah punca pengetahuan.Sekaligus otak dapat mentafsirkan bacaan kita.Dalam dunia akhir zaman ni banyak benda akan tercicir kalau kita malas membaca.
Membaca adalah tuntutan agama.Bila bincang pasai membaca orang Melayu cukup ketinggalan ke belakang berbanding dgn bangsa2 lain.Mengapa yer ?
Dalam setahun,purata orang2 Melayu membaca cuma satu mukasurat.Orang lain boleh membaca 100 mukasurat dalam SEHARI.Jauh langit dengan bumi.
Cuba tinjau perpustakaan pekan Sik,cuma berapa kerat saja anak2 kita kesana.Di kawasan sekolah juga tak ramai pelajar2 yang menghabiskan masa membaca.
Dulu buku2 di cetak berpuluh ribu naskah.Sekarang majallah yang sensasi saja mencecah puluhan ribu.Majallah seks mendapat tempat utama.Dan inilah yang merosakan minda orang kita.Buku2 sastera yang boleh mendidik emosi dan nilai kemanusiaan cukup kurang di jamah oleh orang muda karang ni. Yang lucah dan erotik mendapat tempat,walhal ia merosakkan moral dan menghanyutkan ke alam maksiat.
Mengapa jadi begini yer ? Adakah kita sedang menghadapi zaman keruntuhan dan kebinasaan ?
Bila mai baca Al-quran,lagi sikit orang yang membacanya. Saya tabek kat Orang2 Jemaah Tabligh.Cukup rajin mereka. Majoriti mereka istiqomah membaca al-quran.Sebulan sekali khatam.
Aduhai bangsa ku .........aduhai & aduhai.
|
|
|
Post by izda on May 23, 2007 12:01:09 GMT 7
Salah org dulu2 n kita. Salah org dulu2 asyik sibuk dengan wau,mak yong, wayang kulit n........x da yg suruh baca takut hilang tradisional.Salah kita pasai x guna kuasa biarkan hiburan melebihi dr membaca.......x da yg suruh baca, galakkan jd artis ada la artis...........
|
|
|
Post by Dato Wan on Jun 19, 2007 10:57:32 GMT 7
Orang Melayu lebih suka mendengar dan menghafal sahaja dari membaca.Lebih senang beli rokok dari membeli buku untuk anak-anak,lebih suka bercakap dari membaca dan lebih suka dengar kata orang dari membuat penyelidian sendiri;inilah sindrom PAK TURUT yang melanda orang Melayu.
|
|
|
Post by pakteh on Jun 20, 2007 10:59:06 GMT 7
KampungKu Si Kampung Kemelong Tanahnya Luas Berelong-relong sawah padi tak tumbuh menerong itu adalah antara lirik lagu dari www.wanazmisik.com utk kg Kemelong...moralnya....lagu tersebut indah dan shahdu didengar...mengajak anak buminya menjadi cemerlang, terbilang dan gemilang....namun...seperti yg Dato' kata...ramai yg suka jadi pak turut dan dalam bab membaca...kita maih amat jauh ketinggalan. Moto Perpustakaan Negara Sekarang " Bangsa Membaca Bangsa Berjaya" so.....bangsa mana yg berjaya kini? ? cuba bandingkan anak Melayu, anak Cina, anak India, Anak Omputih, Anak Jepun..... perhatikan jugak emak2 bangsa2 ni dan bapak2 bangsa ni....kebanyakkan bangsa yg dah pun bergelar negara maju ni rajin membaca....Jepun xkira masa memang suka membaca..sebab tu toilet depa direka supaya amat2 bersih...pengudaraan bagus...sebab time "melepas hajat" pun depa ni membaca. Omputih ni pun sama jugak...cth dekat terutama skang ni "visit Malaysia 2007" belambak2 mat saleh ni berjemur tepi pantai....bogel2 x bogel tu budaya depa but yg baiknya....buku/novel di tangan...mata xlekang dari buku...buka dok jeling2 kawan sebelah yg 99% bogel tu....yg dok jeling ni anak melayu kita yg sanggup berjemur walaupun kulit xtahan..semata-mata nak tengok "barang mat saleh"... Kalau di negara sendiri...perhatikan bagaimana anak2 Cina memastikan setiap detik dipenuhi dengan membaca....cth terbaru.... satu hari tu ada pilihanraya di sebuah pusat pengajian...org lain asyik memikirkan calon dan sebagainya...but sorang amoi ni....bawa beg yg ada buku...bila pensyarah tanya,,,ini jawapannya: "Ingatkan kena beratur lama lebih dari 10 minit...so bawak buku nak baca looohh"..... p/s: Membaca/belajar/menuntut/berguru sepatutnya tak pernah terhenti sehingga nyawa terhenti....doakan saya sukses dalam exam bulan depan dan insyaallah.....oktober ni semester terakhir utk memiliki ilmu Multimedia....
|
|
|
Post by hood on Jun 21, 2007 10:15:31 GMT 7
Siapa kata orang Melayu tidak membaca,mereka amat suka membaca Majalah Mastika yang banyak diisi dengan cerita hantu,tahyul,ilmu hitam yang tidak langsung ada unsur-unsur ilmiah atau amat gemari majalah-majalah yang berbentuk hiburan;berita gossip mengenai artis-artis yang seksi.Saya kira tidak sampai 0.5 peratus orang Melayu membaca buku Ibnu Khaldum.Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang pun mereka tidak pernah debgar.Tengguk wayang kulit lebih serunak dari membaca buku Mahabhrata.
|
|