|
Post by Mashitah Idris on Jun 28, 2006 15:49:38 GMT 7
Saya merupakan pelajar kelas komputer yg Dato' sediakan dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana Dato' menyediakan kemudahan tersebut. Kini saya amat berminat untuk melanjutkan pelajaran saya dalam bidang ICT ke peringkat Diploma atau ijazah, adakah Dato' boleh tolong saya.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 28, 2006 15:59:04 GMT 7
Assalamualaikum, Mashitah dan semua belia2 daerah Sik yg mempunyai kelulusan SPM, jika berminat boleh mendaftar di pejabat saya untuk melanjutkan pengajian di peringkat Dip. in ICT with Professional Cert (CNNA, MCSE dan Sun Java). Syarat minima ialah 3 kredit dalam SPM (Pinjaman PTPTN disediakan), Jika 5 kredit Pinjaman MARA disediakan. Pinjaman akan diuruskan. jika dapat surat tawaran kemasukan, terus layak dapat RM1500.00. Penginapan disediakan, duit poket bulanan RM341.00. sila berhubung ke pejabat saya. Satu majlis penerangan akan dilakukan bulan Julai 2006. REBUTLAH PELUANG KEEMASAN INI. sebelah pagi gi motong petang mari ngaji komputer di pejabat saya.
|
|
|
Post by Dato Wan on May 10, 2007 18:45:20 GMT 7
Semua mahu dibekalkan dengan komputer,tetapi hanya sedikit sahaja mahu belajar menggunanya.Apabila ditanya samada mereka tahu menguna komputer,semua berkata mereka tahu,tetapi apabila disuruh gua,buka dan tutup komputer pun mereka tidak tahu.
|
|
|
Post by kaklong on Sept 6, 2007 19:34:36 GMT 7
Betul tu Dato. Yang ada sedikit mahu belajar itu pun, bila dah sampai seru esok lusa nak pegi temuduga, Barulah nak datang belajar komputer. SEdangkan masa cuti sekolah tunggu spm berbulan-bulan kalut nak pergi cari pengalaman kerja kilang. Tak salah kerja kilang, boleh bantu keluarga tapi kaklong dok kaji dok perati bila dah kerja kilang duit ada, duit guna nak beli menda lain. Bila dah sesak, konon2 ada sedara nak khira kerja kerani ka ( mana-manapun la ni kena ada sijil asas komputer ) baru lah datang nak suruh kita nih ajar depa dalam masa 3 - 4 hari. Sanggup pulak bagi duit ratus2 untuk dapat ilmu dalam masa 3 hari tersebut. Bukan saja mereka yang pening, kita yang nak ajar nih pun sakit otak macam mana nak bagi depa nih boleh layak pergi temuduga sedangkan belajar komputer baru 3 hari. Serba salah jugak, tak ajar kesian, bila ajar rasa macam tak padan sebab banyak lagi perkara yang perlu mereka belajar. Setakat buka kom. tutup, buka word, taip... 3 hari baru nak kenal... nak taip pun tekan huruf satu satu. Isk dok pikiaq macam mana depa nak amik ujian kepantasan menaip kalau macam nih. KIta pulak dok tolong susah hati pikiaq hal depa. Itupun ada lagi pesen ni, datang merayu-rayu sekadar nak beli sijil, kononnya dah tahu bab komputer, maklumlah komputer ada kat rumah. Tapi bila cuba2 test tahap pengetahuan, jangan kata nak pergi ujian menaip, nak buka word pun masih terhegeh2. ermm Itulah orang kita, yang tak mau amik peluang walaupun menda dok depan mata....... Yang ada komputer kat rumah hanya tau main solitaire.... yang takdak pula lambat bertindak. Erm kaklong puji macam mashitah, bagus... ambillah peluang yang diberikan oleh Dato.... sekurangnya .. perbanyakkan peratus wanita dalam bidang ICT ini... kaklong dulu pun belajar asas komputer sambil2 kerja, nak bayaq yuran sebulan RM 110.00. Maklumlah orang susah, tak keja cari duit sendiri dan tak buat macam tu sapa nak bagi belajaq free. La ni dah dato buat kelas macam tu alhamdulillah. Mudahan lebih ramai yang akan ambil peluang, kat sekolah pun dah ada, yuran pun murah RM 10.00 sebulan pun ada, itupun ada jugak kata mahal dan tak mampu. SEdangkan macam dato kata klu orang sik la nih dah mampu makan KFC, Pizza, ciken Chop... huh kira loeded la tu.....
|
|
|
Post by pakteh on Sept 6, 2007 19:55:57 GMT 7
kaklong...makan ciken cop 8 inggit sanggup...kalau Dato' kenakan bayaran RM1 utk sekali masuk kelas komputer...org kutuk kata dato' berkira... agak2 bulih dak sik maju seiring ngan kedah maju 2010...
p/s: utk pengetahuan...seribu tahun dulu...KESULTANAN KEDAH PERTAMA BERMULA DI SIK...IAITU DI NAMI.....HEHEHE...BANGGA...BUT...sayang...itu dulu...skang nami dah xdak paa..
|
|
|
Post by kaklong on Sept 7, 2007 12:55:02 GMT 7
itulah yang sedih tu pakteh. Kadang nih menda free sangat pun orang tak hargai.. dah menda free. Bila kena bayaq, baru dia bukak mata. Kononnya iskk aku bayaq yuran mahai2 kot mana pun aku kena pi jugak. Klu dah free.. alah tak pi pun tak pa nama pun free.. bukan rugi... ermmm itu lah jawapan untuk menda free dengan berbayaq. Iskk betoi ka dato buat kelas RM 1.00 . Ya allah, nak pi cari mana la kelas komputer RM singgit Macam kaklong ni pun kalau nak kenakan bayaran latihan komp. RM 1.00 ermmm ermmm akibatnya tokak keybort la... macam mana nak idup. Nama pun bisnes. Tapi bila sebut bab kebajikan nih, bleh jugak join pakteh buat kelas2 kat kg. Tiap2 minggu balik kg sekurangnya ada pekdah jugak selain daripada dok dengar gosip-gosip sensasi tentang kg. Pakteh... NAMI DULU tu macam mana..... NAMI LA ni dah jadi lagu mana....
|
|
|
Post by batu5sik on Oct 2, 2007 13:00:30 GMT 7
Ada komputer pun - buat main "games" je Nak belajar - depa cakap tak pandai ---tak pecahkan ruyung mana nak dapat sagunya--
|
|
|
Post by pakteh on Oct 2, 2007 13:49:38 GMT 7
yg tak reti komputer sila berdaftar di pejabat ahli parlimen sik, aras 2 bangunan tabung haji. Sijil diiktiraf oleh kerajaan melalui kerjasama Universiti putra malaysia dan kementerian belia dan sukan. sokongan oleh Dato' Wan Azmi Ariffin. Yuran standard satu Malaysia tetapi di Sik...50% dan lebih dibiayai oleh Dato' Wan.
apa tunggu lagii....
|
|