|
Post by berusgigi on Jul 18, 2007 8:22:05 GMT 7
Saya menyertai satu yahoogroup yg berbincang khas tentang ternakan kambing. Dari laporan yg dipaparkan, keperluan daging & susu negara amat tinggi dan bekalan tempatan amat rendah.
Ternakan kambing (daging atau susu) amat berpotensi.
Mohon pendapat Dato' mengenai projek ini kerana saya dalam proses utk melaksanakannya di ladang kepala sawit saya - seluas 8 relong.
|
|
|
Post by DATO WAN on Jul 18, 2007 12:15:05 GMT 7
Saudara,biarlah orang lain buat kerja ini;walaupun amat feasible projek ini saya berependapat saudara tidak sesuai menjalankan projek ini.Kita kena duduk fulltime dengan kambing-kambing kerena amat sukar peksekali mengharap sepenuh kepercayaan kepada pekerja tempatan.Kerja ternakan amat memerlukan disiplin kerja yang ada kini dalamtinggi.Saya cadangan kepada saudara lebih baik join saya buat projek pokok depu/karas untuk pengeluaran gaharu.Teknologi yang ada kini,seekar pokok depu yang berumur 3-5 tahun boleh dsijual dengan harga 1-1.5 juta ringgit.Projek ini amat senang,tebas,tanam,tinggal dan tuai.Amat sesuai dengan kita yang ada banyak kerja lain.
|
|
|
Post by berusgigi on Jul 18, 2007 13:22:45 GMT 7
Dato, Tadi ada call Penghulu SOfi tanya pasai depu. Mungkin boleh saya pelajari detail lagi. Tanah dah dibersihkan utk tujuan tanaman. Mungkin boleh slot depu sebagai perintis.
|
|
|
Post by berusgigi on Jul 18, 2007 13:46:56 GMT 7
Pembangunan ekonomi umat Islam telah dibincangkan di segenap pelusok dunia Islam, tapi jalan penyelesaiannya belum ditemui.
Salah satu senjata yang dapat menyekat atau menghalang kerakusan barat adalah sumber semulajadi yang tidak dapat di tanam atau didapati di negara mereka.
Sejarah membuktikan bahawa penaklukan portugis ke atas Melaka adalah disebabkan ingin mendapatkan bekalan rempah dan gaharu.
Pokok Depu/karas/aquilaria adalah pokok yang akan menghasilkan Gaharu, dan ia hanya boleh tumboh di kawasan asia tenggara dan selatan India dan China.Di Malaysia ia tumboh dengan subor di kawasan hutan dan semua jenis tanah kecuali kawasan berair.
Di Selatan Thailand ia di Tanam dalam ladang Getah yang di selang seli oleh pokok ini.
Gaharu hanya boleh dihasilkan dari pokok ini dan tidak boleh dicipta melalui kaedah saintifik, menunjukan permintaan dari Barat Dan Asia Barat amat tinggi sehingga ia mempunyai nilai lebih Mahal dari emas.
Penghasilan semulajadi Gaharu adalah amat sedikit dan satu penemuan telah dibuat yang membolehkan pokok depu/karas/aquilaria menghasilkan Gaharu secara maksimum yang akan memberikan hasil yang amat tinggi kepada pengusaha ladang aquilaria ini.
Dipercayai Tanah Seluas 1 ekar boleh di tanam sebanyak 1000 pokok dan boleh menghasilkan jualan sebanyak RM3,000,000.00 (Anggaran). Jarak Tanaman adalah 6x6 kaki, ditanam selama 3-4 tahun dan pada tahun ke 4 disuntik dengan sejenis ubat dan dibiarkan selama 2 tahun, selepas itu pokok ini sedia untuk dituai hasilnya.
Kami telah berusaha mencari pengetahuan selama 4 bulan dan sekarang kami sudah mempunyai ladang aquilaria, mempunyai nurseri anak benih dan kepakaran untuk menyuntik pokok yang sudah matang dan juga sudah mula menyuntik pokok2 yang telah sedia untuk disuntik.
Saudara-saudara kami sesama Islam yang ingin membangunkan ekonomi bersama-sama kami bolehlah menghubungi kami dan berbincang macamana untuk kita mendapat keredaan Allah Taala dan berjaya dalam bidang ini.
Kami dalam proses menyediakan nurseri anak benih untuk supply kepada ladang kami dan juga kepada pengusaha-pengusaha yang berminat untuk menanam pokok ini. Buat Masa ini kami cuma boleh mengeluarkan Anak Benih pada harga RM30.00 perpokok dan sejumlah 100 pokok seminggu.
Kami sudah mempunyai kepakaran dari menanam sehingga kepada menyuntik dan membeli pokok yang telah menghasilkan gaharu.
Kos untuk menyuntik apabila pokok sudah mencecah 3 tahun adalah RM150.00 perpokok
Dato' Mungkin FRIM boleh bagi lebih murah.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jul 31, 2007 11:28:21 GMT 7
Li tunggu apa lagi ,lakukan segera,biarlah orang kata kita gila;dalam tempuh 5-7 tahun nanti kita jadi jutawan,biarlah mereka jadi kuli kita.Kita ada ilmu dan kita ada wawasan,mana mereka tahu ,duk golong kain pelikat sahaja.Kalau mereka pandai siapa pula nak jadi kuyli kita.
|
|
|
Post by pakteh on Jul 31, 2007 20:47:32 GMT 7
yup...saya nak tumpang tanam...tanah lebih kurang 2 relong...nak merintis kemungkinan bersama Dato'
|
|
|
Post by berusgigi on Oct 21, 2007 21:25:22 GMT 7
Dato' Saya sudah mula dgn 500 pokok dahulu. Pokok keluaran Sik. Saya dah discuss dgn FRIM, dan nak cuba benih dari FRIM juga. Kalau Dato' ada benih Laos & Kemboja, beritahu saya. Nak beli sikit. TQ
|
|
|
Post by berusgigi on Oct 21, 2007 21:27:04 GMT 7
InsyaAllah apabila selesai di Jeneri, saya akan uruskan tanah di Gulau utk pokok ini.
|
|
|
Post by wanman on Nov 3, 2007 22:47:24 GMT 7
::)saya ada benih subintegra dari laos, sila emel ke sejutaikhlas@yahoo.com kalu minat.
|
|
|
Post by Dato Wan on Nov 5, 2007 9:51:22 GMT 7
Rakan-rakan semua sila buat kajian mengenai gunges dan bakteria yang sesuai untuk memproses gaharu.Pergi ke GOOGLE.COM lihat untukFunges-ASPERGILLUS,PENICILLUM,FUSARIUM,BULBIGENIUM,LASERITIUM,GLOMAS FASCICULATUM,PYTHIUM.AMILLANIA MELLEA dan bagu bakteria pula ialah XANTHOMONAS CAMPESTRIS,PHYTOPHTHORA BOTRYOSA,RALSTONIA SOLANACEARUM,PHYTOPHTHORA.Saya rasa fungi ASPERGILLUS dan FUSARIUM senang dibiak dan digunakan.Minta komen dari Wanman.
|
|
|
Post by pakteh on Nov 5, 2007 10:22:41 GMT 7
Ada beza tak dari segi hasil jika tanam guna anak yg kita cabut sendiri dari hutan dengan dari FRIM or dari wanman.
kalu dari wanman...berapa harga sepokok?...
|
|
|
Post by Dato Wan on Nov 5, 2007 11:58:02 GMT 7
Saya rasa bukannya beneh pokok yang merupakan faktor kritikal ,tetapi jenis gunges atau bakteria yang menyerang pokok itu.Harap dapat tgeliti jenis fungi dan bakteria yang saya seneraikan itu.
|
|
|
Post by pakteh on Nov 12, 2007 14:56:40 GMT 7
Berus gigi...ada x sumber2 yg bleh rujuk utk cara tanam...teknik dan apa2 yg perlu laa... pakteh ngan adik kakak dah pakat nak tanam dah..cuma xsure cara jaa...benih tu...ambik dari bukit (baru nak cuba).
|
|
|
Post by hasan on Nov 14, 2007 11:23:53 GMT 7
saya berminat menanam pokok gaharu
tolong bagi no. tel saudara untuk saya berhubung
|
|
|
Post by Dato Wan on Nov 14, 2007 11:52:08 GMT 7
Saudara Hasan,nak no.tel siapa,sudi beri konteks anda dan fax ke pejabat saya 044692710 dan saya akan beri kepada Berusgig.
|
|