|
Post by dato wan azmi on May 28, 2009 10:14:12 GMT 7
MUKADIMAH.....................Ya Yang Berhormat adalah catatan pengalaman saya sebagai Ahli Yang Berhormat.Saya pernah menjadi wakilk rakyat selama hampir tiga penggal;dua penggal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman dan sepenggal sebagai Ahli Parlimen Malaysia;( ahli Dewan Rakyat),Selama berkhidmat sebagai wakil rakyat di peringkat negeri dan juga di peringkat persekutuan ,berbagai pengalaman telah saya lalui;ada yang menyeronakan,ada yang sedeh,ada yang cemas dan ada juga yang mencabar. Segala penglaman yang telah saya alami itu,sesungguhnya telah membawa diri saya ke suatu tahap hidup yang amat penuh bermakna sekali. Bagi saya kesemua apa yang dialami itu,tidak pernah saya menyesal,kerana apa yang saya telah lakukan itu adalah cara saya sendiri.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 28, 2009 11:30:45 GMT 7
Saya memilih tajuk Ya Yang Berhormat,kerana dalam kesemua tugas dan kerja yang dilakukan oleh seseorang Wakil Rakyat itu hendaklah bermula dengan perkataan YA. Perkataan YA membawa banyak makna;ada YA yang boleh dan ada YA yang tidak boleh. Apa yang dimaksubkan itu akan saya perjelaskan dlam bab-bab yang berikut. Sesungguhnya,bukan semua orang boleh menjadi wakil rakyat;kerana untuk memegang jawatan ini bukanya senang,banyak sukar dari senang. Berbagai cabaran perlu diatasi,berbagai ragam manusia perlu difahami dan berbagai dugaan perlu dihadapi.Namun kesemua itu sudah menjadi lumerah seorangyang bergelar YB itu
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 29, 2009 9:56:34 GMT 7
Jika kita bertanyakan sesuatu kepada mereka yang diberi tugas dan kepercayaan untuk melaksanakan sesuatu ,jawapan yang aklan diberi mereka ialah YA YB. Semuanya YA belaka,walaupun sesuatu hal itu tidak benar,Umpamanya jika bertanyaskan mereka mengenai sokongan terhadap kita di sesuatu kawasan tertentu,jawapan pasti bermual dengan perkastan YA YB;tiada ada masalah,semuanya telah beres. Untuk menjadi seorang wakil rakyat yang berkesan itu antaranya ialah perlu pandai mengguna dan menilai perkataan YA;tanpa berbuat demikian seseorang wakil rakyat itu akan hilang pengaruh.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 29, 2009 22:32:04 GMT 7
Seseorang wakil rakyat itu dikehendaki paadxa setiap masa boleh memberi apa jua pertolongan yang diminta dan juga boleh menyelesaikan apa jua masalah yang disampaikan kepada kami,tanpa mengira sesuatu masalah itu kadang-kadang bertentangan dengan peraturan dan undang =undang yang ada,seperti kesalahan lalulintas atau seperti kes-kes yang melibatkan kesalahan mengguna dadah.Jika mereka meminta kami mengadakan pemudahan praserana seperti jalan raya,itu tidaklah menjadi suatu tugas yang sulit;akan tetapii jika seorang itu minta kami menolongnya untuk mendapatt isteri orang ,ianya amat sukar kami lakukan.Perkara sebegini pernah berlaku kepda diri saya sendiri.Seorang penyokong kuat saya telah minta saya menolongnya untuk membolehnya berkahwin dengan isteri orang.Dia meminta saya menyuruh suami perempuan itu untuk menceraikan isterinya supaya dia boleh berkahwin dengan perempuan itu.Saya cuba menasihatinya dan memberitahunya perbuatan sperti itu adalah seperti merobuh sebuah masjid.Selepas itu orang ini tidak lagi menyokoing saya;malah saya diberitahu oleh rakan yang lain dia amat memarahi saya dan disamping itu keluar menjadi ahli UMNO dan telah menyertai Parti Pas.Saya diberitahu oleh ramai kawan-kawan yang lain bahawa kawan ini akan mengkritik saya dengan memperkatakan saya tidak boleh dan tidak layak jadi wakil rakyat,kerana masalah yang kecil tidak mampu saya selesaikan,apa pula masalah-masalah yang besar.Perkara sebegini berlaku keranas saya tidak memberi jawapan YA kepada kehendak kawan itu.
|
|
|
Post by pakteh on Jun 1, 2009 10:39:31 GMT 7
Topik ini amat menarik dan akan saya tunggu setiap catatan Dato'. pasti banyak ilmu yang akan dapat kami ambil.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 1, 2009 23:02:52 GMT 7
Jika kita hanya seorang Wakil Rakyat di peringkat pertengahan,perkataan YA juga akan menentukan kedudukan kita.Jika kita berkata YA Yang Amat Berhormat;walaupun sepatutnya kita berkata TIDAK Yang Amat Berhormat,kedudukan kita adalah terjamin.Jika sebaliknya kita tidak berkata YA ,dalam tempuh masa yang singkat sahaja kita akan dicantas.Perkara ini pernah berlaku kepada saya apabila saya tidak berkata YA kepada bekas Timbalan Perdana Menteri tempuh hari.Saya telah dipecat dari UMNO selama tujuh tahun enam bulan lamanya. Saya juga pernah tidak berkata YA kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengenai satu projek yang sasya berpendapat jika dilaksanakan ianya akan merugikan rakyat.Oleh kerana saya tidak berkata YA,maka saya dicantasnya.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 1, 2009 23:24:40 GMT 7
Di semua peringkat politik perkataan YAadalah merupakan perkataan keramat.Jika kita tidak tahu atau tidak mahu mengguna perkataan itu kita akan terkena sumpah keramat itu. Perkataan YA adalah juga merupakan perkataan seni dan juga perkataan sanistifik. Dari perhubungan kemanusiaan ianya adalah seni]iaitu bagaimana hendak mengata YA tetapi sebenarnya bermaksud TIDAKdan dari segi sanis pula ianya berkai rapat dengan Pengurusan Kuasa, Faktor-faktor seperti ciri berbangkali,peramalan dan ketepatan adalah merupakan asas tindakan yang perlu diambil. Apabila jawapannya YA ,maka tindakan -tindakan yang diambil itu akan berlaku dengan berbangkali yang memebihi kepada kejayaan. Tindakan Tun Mahathir dengan slogan YA MALAYSIA BOLEH menyebabkan banyak perkara yang di luar dugaan biasa boleh dilaksanakna,seperti belayar seorang diri keliling dunia yang dilakukan oleh Dato Azhar tempuh hari. Faktor peramalan juga penting diambil kira;seperti dalam pilihan raya yang lepas,jika calun bukan pilihan rakyat,cxalun itu pasti tewas. Perkara n
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 2, 2009 22:41:36 GMT 7
Pendek kata perkataan YA adalah merupakan perkataan keramat dalam dunia politik. YES MINISTER,dalam drama Westminister adalah gambaran amat jelas apa yang saya perkatakan ini.Pengalaman sdaya sendiri a[abila berbincang dengan orang yang paling di atas sekali dalam politiki dan jika dalam pertuturan itu adalah dalam Bahasa Inggeris,setiap arahan dan teguran perlu menyabut YES SIR.Diperingkat akar umbi pula,jika mereka memperkatakaan sesuatu kepada kita,percakapan itu hendaklah disambut denga perkataan YA,walaupun kita tidak faham hujung dan pangkalk percakapan mereka tu. Sebaliknya jika kitabercakap dengan seseorang mengenai sesuatu perkara,hampir sertiap ayat yang kita sebut akan disambut dengan YA YANG BERHORMAT.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 2, 2009 22:55:20 GMT 7
Apabila kita bergerak pulang,YA tadi mungkin bertukar menjadi TIDAK. Jika dia berkata hendak menyokong kitasemasa berhadapan dengan kita,mungkin dia tidak akan menyokong kita kerana kita tidak yakannya dengan sedikit buah tangan. Jika mintamereka bergotong royong menebas tepi-tepi jalan yang semak,mereka akan berkata YA;akan tetapi seminggu selepas itu didapati kerja-kerja itu masih belum dilakukan. Jika kita bertanyakan mereka tentang perkara ini,kerja gotong royong akan dilaksanakan jika (YA)Yng Berhormat menghulur sedikit peruntukanbelanja makan minum dan belanja rokok. Jika kita erkata YA kerja gotong royong itu pun dilakukan.Jika ita respon dengan TIDAK maka kerja-kerja gotong royong pun TIDAK boleh dijalankan.
|
|