|
Post by dato wan azmi on May 28, 2009 9:53:13 GMT 7
MUKADIMAH....................................Selamat Pagi Cik Gu adalah merupakan catatan pengalaman saya semasa bertugas sebagai,pendidik dan pensyrah selama hampir sepuluh tahun. Saya mula berkhidmat sebagai seorang guru sementara di Sekolah Rendah Kebangsaan Sik Kedah Darulaman.Setelah itu saya mengukuti kursus perguruan dan mengajar pula di Sekolah Menengah selama tiga tahun (1966-1969),kemudian bertukar pula ke Sekolah Menengah Alor Janggus,Alor Setar Kedah.Setelah memperolehi ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Geografi saya bertugas pula di Maktab Rendah Sains di Kuantan Pahang,selama hampir setahun.Kemudian setelah pulang dari Montreal Canada dalam tahun 1977 dengan Ijazah Doktor Falsafah ,bertugas pula sebagai pensyarah dalam bidang Geografi dan Pembangunancdi Universiti Sains Malasia.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 28, 2009 10:00:38 GMT 7
Semua cacatan yang diperturunkan di sini adalah merupakan pengalaman bertugas sebagai guru dan pensyarah. Dunia perguruan dahulu adalah amat berbeza jika dibandingkan dengan sekarang, Keadaan sekeliling sekolah sudah berubah dan begitu juga taraf guru juga turut berubah,Keadaan sekolah,murid,guru dan ibu bapa sudah amat beragam,Oleh yang demikian guru kini mempunyai beban tugas yang lebih mencabar.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 29, 2009 12:07:14 GMT 7
Saya berharpakan segala pengalaman yang yang saya lalui kan boleh menjadi sumber inspirasi kepada mereka yang berminat dengan kerjaya perguruan. Ada bahan-bahan pengalaman yang tidak sesuai dengan keaadan sekarang dan ada ujga yang masih berguna dan releven. Saya bukanlah pakar didal;am pebidang pendidikan,tetapi banyak perkara yang saya lakukan di atas daya usaha sendiri dan akhirnya banyaklah juga kejayaan yang dicapai. Saya berpegang teguh,bahawa kejayaanseseorang guru atau pendidik itu akan dapat dikesan apabila dapat melihat kejayaan bekas anak-anak muridnya. Saya telah bertemu ramai bekas murid saya yang berjaya di dalam berbagai bidang .Kepuasan yang dirasai apabilamereka berjaya tidak dapat disebut dengan perkataan;hanya dengan memperolehi perasaan sedemikian sahaja yang menjadi ukuran kejayaan itu.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 29, 2009 21:54:58 GMT 7
Semasa bertugas sebagai guru dahulu,saya masih muda dan amat kurang sekali pengalaman mengajar.Namun demikian banyak juga kejayaan yang dicapai.Kami guru-guru ketika itu(dalam tahun enam puluhan),bukan sekadar mengajar dalam kelas;juga masuk ke kampung bertemu dengan ibu bapa anak murid kami. Selalunya kami memberi penerangan kepada ibu bapatentangnya kepentingan pelajaran anak-anak mereka dan kami menjelaskan Dasar Pelajaran yang digubalkan oleh pihak Kerajaan dan bagaimana ianya memberi manafaat kepada orang-orang Melayu,khususnya mereka yang berada di kawasan luar bandar.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 2, 2009 22:28:41 GMT 7
Keadaan sekarang banyak yang berubah. Sebutan Selamat Pagi Cik Gu tidak. lagi kedendaran Sekarang ini apabila guru masuk ke kelas,guru member salam dan murid-murid akan menjawap salam guru itu.Memberi salam adalah merupakan amalan yang baik dan mulia.Ianya adalah selaras dengan dasar kerajaan untuk mempertingkatkan lagi nilai-niloai Islam,khususnya di sekolah-sekolah kebangsaan.Ucapan Selamat Pagi adalah merupakan peninggalan sistem pendidikan British yang dalam Bahasa Inggeris persamaan sebutan ialah GOOD MORNING SIR/TEACHERItulah ucapan yang kami lafaskan semasa belajar di Sekolah Aliran Inggeris dahulu.Saya masih teringat semasa mula belajar dalam Special Malay Class dahulu,hanya sebutan Good Morning sahaja yang saya tahu,kerana semasa bereda di sekolah Melayu yang terletak bersebelah dengan kem askar Commonweath,perkataan itu sahaja yang kami tahu menyebutapabila kami meminta cokelat dari askar-askar Inggeris yang berada di kem itu.
|
|