|
Post by dato wan azmi on Apr 23, 2008 2:04:08 GMT 7
KURSUS BIOTEK - 26 DAN 27 APRIL 2008 (PERCUMA) -lokasi di chalet saya di SIK , tengok bawah untuk alamat dan peta Saya akan mengadakan kursus BIOTEK pada 26 dan 27 April 2008 ini,bertempat di chalet saya di Serendah Si Kebun Bunga pada jam 2.30 petang.Saya juga menjemput ramai pakar-pakar dalam bidang ini. Dengan segala hormatnya saya mempersilakan sesiapa yang berminat mengikut kursus ini,bukan sahaja untuk orang Sik ,rakan-rakan dari kawasan lain juga dialu-alukan . Kursus ini adalah secara percuma dan makan minum juga disediakan.Jika orang Sik mahu berjaya dalam bidang pertanian datanglah dan lihat sendiri apa yang saya sedang lakukan. Rebutlah peluang ini..lokasi dan tempat di sini www.wanazmisik.com/serendahsikAlamat : Serendah Si Kebun Bunga, Bendang Keras, Chepir, SIK, 08200 KEDAH DARULAMANnombor tel baru : 04 4620 269
Sila telefon dan bagi nama, dan lokasi supaya boleh tau brapa org nak datang.
wanazmi@wanazmisik.comPETA: sekian terima kasih -dato dr wan azmi ariffin sik kedah
|
|
|
Post by pak man on Apr 23, 2008 2:18:10 GMT 7
terima kasih dato atas usaha murni ini...
kepada yg dok anti kat dato wan azmi kat forum ni, tok sah pi, buat menyemak saja..
kuehkueh
|
|
|
Post by ana on Apr 23, 2008 11:48:57 GMT 7
Boleh tau agenda kursus nii
|
|
|
Post by Dato Wan on Apr 24, 2008 10:01:34 GMT 7
Kursus ini adalah merupakan kursus pengenalan untuk projek tanaman gaharu,vanila,nenas,pisang ,ternakan ikan ubi dengan menggunakan teknologi nano,ternakan ayamkampong secara organik, membuat baja dari EM dan lain-lain lagi.
|
|
|
Post by Dato Wan on May 5, 2008 13:00:34 GMT 7
Kursus Biotek yang dijalankan secara percuma kurang mendapat sambutan.Mungkinkah orang Sik masih duk tidur lagi,kerana kebanyakan orangtengah hari.Mungkinkah kerana kursus ini adalah percuma.Sayaq akan mengadakan kursus ini di sebelah malam pula dengan dikenakan bayaran rm 50 seorang.Sesiapa yang berminat sila daftar di sini.
|
|
|
Post by putera7 on May 27, 2008 22:16:58 GMT 7
Dato' nak tau tarikh bila...senang nak adjust cuti.. Saya pun tengah cari kaedah penggunaan EM ni.. EM ni macam2 benda boleh buat,,,bukan setakat untuk pertanian saje... Paling baik dah tentu untuk pertanian dan penternakan...boleh buat macam -macam eksperimen,, Saya try buat bokashi...tak berapa menjadi... Lepas ni nak cari tahi ayam pulak untuk buat ramuan bokashi... Harap-harap tak meletup..
|
|
|
Post by Dato Wan on Jun 5, 2008 11:21:28 GMT 7
Saudara Putera 7 saya boleh menghasilkan lebih dari 10 produk EM.Sila melawat projek saya di Sik.Jika saudara berminat boleh saya cerita sedikit.
|
|
|
Post by kennethsaga on Aug 22, 2008 17:38:11 GMT 7
Nak tumpang tanya, Dato', bila akan diadakan kursus ini lagi? Saya amat tertarik dengan syllabus yang diluputi. Terima kasih.
|
|
|
Post by Dato Wan on Sept 15, 2008 10:54:22 GMT 7
KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT DENGAN BIDANG BIOTEK,SAYA AKAN MENGADAKAN KURSUS YANG KEDUA SELEPAS RAYA INI,SILA DAFTAR DI SINI.SAYA AKAN MEMBERI MAKLUMAT LENGKAP NANTI,TK
|
|
|
Post by AKU BUDAK JOGET on Sept 15, 2008 12:32:29 GMT 7
SAYA RASA MACAM NAK JOIN KURSUS NI WALAUPUN SAYA TAKDA TANAH UNTUK DI USAHAKAN. MGKN INI SEBAGAI PERMULAAN SAYA UNTUK MEMUPUK MINAT DALAM PERTANIAN...
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 26, 2009 23:10:39 GMT 7
SAYA BERCADANG NAK ADAKAN KURSUS PERTANIAN BIOTEK DALAM BULAN JUN 2009 INI DI CHALET SAYA.tEMPAT TIDUR FREE,HANYA KURSUS 10RM SEORANG.BAYAR MAKAN SEBANYAK 20RM SEORANG SILA BERDAFTAR DI SINI JIKA BERMINAT.
|
|
|
Post by wakilrakyat on Jun 14, 2009 16:03:51 GMT 7
tahniah atas usaha murni ini. pertanian adalah perniagaan.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 15, 2009 0:36:54 GMT 7
Amat susah nak majukan ekonomi orang Sik;mereka lebih minat berpolitik,kerana ketua dahulu suka beri wang.Ilmu dan buah fikiran tidak diberi penghargaan. Saya telah mencuba berbagai,tetapi tidak mendapat respon yang positif.Semasa saya menjadi ketua bahagian dulu ketua-ketua UMNO PERINGKAT CAWANGAN begitu aktif sekali .Kini ketua-ketua yang ada amat berbeza.Oleh kerana saya tidak memberi ikan tetapi memberi kail ,maka saya dikatakan kedekut.Jika begini keadaannya saya amat risau.Sudara boleh baca nobel berantai saya untuk melihat perubahan yang berlaku dalam masyarakat kita.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 2, 2010 12:44:43 GMT 7
Moon,sila datang ke tempat saya,ambil contoh baja organik untuk asyuran.
|
|