|
Post by dato wan azmi on Apr 14, 2005 1:26:05 GMT 7
Apel hijau , Avocado, longan, markisa, sesuai ditanam di Sik.
Kalau mahu lihat, boleh tengok di Serendah sikebun Bunga. Sesuai dengan iklimnya.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Mar 3, 2006 17:44:38 GMT 7
Telah mendapat kerjasama dari MINT untuk menggunakan teknologi nuklear dalam pengeluaran benih, kawalan penyakit dan pembajaan. Jenis-jenis tanaman yang terlibat ialah a) Pisang Montel b) Kelapa Matag c) Nenas d) Jagung e) Pokok Gaharu (Depu) f) Vanilla g) Pokok Bunga Ros h) Pokok Bunga Melur i) Pokok Bunga Kenanga
Pusat projek perintis untuk tanaman-tanaman ini telah dimulakan, seperti a) Kelapa Matag, Pisang Montel di Kg. Masjid Jeneri b) Pokok Vanilla di Kg. Hujung Bandar, Sik c) Pokok Longan di Kg. Bunga Ceper d) Jagung Madu (Tiga) di Kg. Carok Kelian, Sik e) Nenas Kiew di Kg. Bangol Jenereh, Sik f) Epal Hijau di Serendah Sikebun Bunga.
Dari kampung-kampung ini, benih-benih akan dibiak dalam tenpoh dia tahun ini untuk satu kawasan satu tanaman.
Disamping itu mendapat kerjasama dari USM (Dr. Ishak) untuk penyelidikan dalam bidang-bidang berikut:- a) Pokok-pokok herba, banyak telah dikenalpasti akan ditumpukan dikawasan Ceper seperti Kg. Jelutong dan Kg. Bendang Man. Kajian juga sedang dilakukan untuk memproses Omega 3 dari ikan keli sedang diusahakan di Kg. Kenangan Jeneri.
Projek perintis ternakan ikan kelah telah berjaya dilakukan di Kg. Kuala Sik dan sekarang peringkat pembiakan benih secara komersial. Projek percubaan ternakan ikan ubi (ikan Hantu) sedang dilaksanakan di projek perintis Kg. Masjid.
Sebuah ladang pokok Vanilla sedang diusahakan di Kg. Hujung Bandar.
Kursus-kursus berikut sedang dilakukan iaitu :- a) Tanaman Pisang Montel dan Kelapa Matag di Kg. masjid Jeneri b) Tanaman Longan di Kg. Bunga c) Tanaman Vanilla di Hujung Bandar d) Tanaman Jagung di Kg. Charok Kelian e) Ternakan ikan Kelah di Kg. Kuala f) Ternakan ikan Keli di Kg. Kenangan
Kursus ini adalah percuma dan sesiapa yang berminat, sila berhubung dengan pejabat saya.
Perhatian : Saya sedang berusaha untuk memperkenalkan tanaman-tanaman baru dengan menggunakan teknologi (Biotech) untuk mengasaskan kegiatan industri berasaskan pertanian. Semua kerja-kerja ini hanya memerlukan dua jam sahaja sehari (jam 5-7 petang)
Disamping itu saya akan menggiatkan program Buku Hijau khususnya dikalangan kaum wanita. Program ini saya khususkan untuk Pertubuhan Berkumpulan Wanita (WI) dan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Parlimen Sik. Bagi wanita-wanita yang berminat, sila hubungi 2 pertubuhan ini.
|
|
|
Post by matnoq on Jun 26, 2006 5:18:21 GMT 7
ini berita amat bagus!
|
|
|
Post by berus gigi on Oct 5, 2006 16:19:43 GMT 7
Berkaitan dengan buah-buahan ni, Pihak Jepun telah berjaya mencipta satu teknologi untuk bagi buah tidur. Buah-buahan yang berlebihan boleh ditidurkan sementara mengikut masa yang kita kehendaki tanpa kehilangan ciri-ciri asal buah spt rasa, bau dsb. Apabila kita nak guna/makan buah tersebut kita hanya perlu gerak buah tu semula. Rasa, bau dsbnya akan datang semula.
Dato' Boleh bawa mai teknologi tu ke Sik utk gunapakai kpd durian, rambutan, langsat dll.
|
|
|
Post by pakteh on Oct 5, 2006 20:45:43 GMT 7
kalau berjaya.....masalah lambakan buah pada ketika musim buah takkan berlaku.....hahaha...biaq buah2 tu tidoq lena...ulit sampai mimpi....bila nak makan...kejut elok2...satgi tekejut mau lemah jantung...buruk plak buah tu..... tapi tu laa....teknologi tu jepun punya....rasanya kos tinggi kalau depa nak kongsi...tengok pengalaman proton ngan mitsubishi dah laa.....
|
|
|
Post by berus gigi on Oct 5, 2006 21:34:24 GMT 7
Tak mahal, saya Pegawai Kementerian Keusahawan memberitahu kos dia dalam 35K saja.
|
|
|
Post by pakteh on Oct 5, 2006 22:09:04 GMT 7
yup....kalau 35K maknanya boleh dibawa ke Sik...tapi kena tau la jugak....buah apa yg nak buat bagi tidoq tu...rasa2nya......durian, langsat, rambutan, manggis......juai luaq musim leh kaya ooo...haha....baru jadi minda kelas pertama
|
|
|
Post by berus gigi on Oct 8, 2006 11:09:16 GMT 7
Boleh dikatakan semua jenis buah-buahan.
|
|
|
Post by shambelantik on Nov 16, 2006 5:57:55 GMT 7
kalu macamtu dok tunggu pa gi, cuba buat proposal kat pihak yang berakenaan dengannya la.Bukan pa kalu dah mendatangkan kebaikan seharusnya kita usahakan,dak gitu
|
|
|
Post by Dato Wan on Nov 16, 2006 14:52:53 GMT 7
Saudara Sham Belantik,projek perintis tanaman pisang montel,longan dan nenas kiew sedang dilaksanakan di kebun Haji Daud Belantik Luar dan akan perkembangkan seluruh Belantik dari sini.Jika saudara berminat menanam buah jambu air madu sila hubungi saya dan boleh kita jadikan projek perintis untuk buah itu.
|
|
|
Post by Dato Wan on Dec 7, 2006 9:25:36 GMT 7
Dalam bulan Nov. dan Disember 2006 dua projek pertanian mula dilaksanakan;iaitu projek jambu kristal dan melor.Satu rombongan terdiri dari kaum wanita dihantar untuk men gikutu kursus di Rawang untuk menanam melor.Sesaipa yang berminat untuk tanaman pokok ini bolehlah berhubung dengan saya untuk mendapat maklumat lanjut.Projek pisang nampak berjaya.Sebuah pisat latihan penanam pisang siap dibangunkan di Kampong Bendang Man Cepir,Sesdiapa yang berminat untuk mengusahakan tanaman pisang bolehlah hubungi saya.TK
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jul 31, 2007 11:16:51 GMT 7
Saya memperolehi jenis buah baru seperti buah manggis,dikenaki sebagai buah masta,diperolehi di Kuala Krau Pahang,buah ini lebih sedap dan lebig mahal dari buah chmanggis.Saya akan memperolehi beneh dan akan cuba ditanama sebagai percubaan di chalet saya.
|
|
|
Post by Jamaludin Maideen on Dec 4, 2007 4:34:38 GMT 7
Salam Dato'
Adakah saya masih berpeluang untuk menghadiri Kursus Penternakan Ikan Kelah?
Harap mendapat maklum balas.
Terima kasih.
Jamaludin Maideen Machang, Kelantan.
|
|
|
Post by Dato Wan on Dec 4, 2007 9:16:37 GMT 7
Saudara Jamaludin,saya tidak ada malumat mengenai ikan kelah.Apa yang saya sedang memperkembangkan ialah ternakan ikan ubi.Jiika saudara berminat siola berjumpa saya di pejabat saya.TK
|
|