|
Post by berusgigi on Apr 7, 2008 17:08:54 GMT 7
Kriteria utk menjadi ketua di Sik sekarang ialah banyak duit. So sesapa saja yg ada duit boleh mai ke Sik utk jadi ketua. Itulah kriteria yg diletakkan oleh pemain-pemain utama politik Sik.
Maka hari ini kita lihat Dato Man sudah transfer keahlian dia ke Sik. Dato Hasbullah sebelum ini tukar ke Sik juga. Apakah tujuan mereka?
Ya saya setuju masih ramai yg sayangkan UMNO Sik dan tidak mempunyai duit yg banyak tetapi masih sanggup bekerja keras utk membangunkan UMNO Sik, tetapi tidak pernah ... PERNAH... dipandang oleh pihak atasan UMNO Sik. Kenapa? kerana mereka berada dlm golongan elit dan berduit.
Saya percaya masih ramai ketua cawangan sayangkan UMNO dan tidak menerima rasuah politik, tetapi pemain2 politik utama Sik telah meletakkan kriteria tersebut di nombor teratas. Maka sesapa yg tak berduit, dari awal lagi dicantas.
OK. Kalau YB berminat utk bertanding, saya mengalu-alukan tetapi perlulah gariskan dulu apa agenda yg bakal dilakukan jika berjaya menjadi ketua. JANGAN hanya bawa duit seguni dan kata 'aku nak jadi ketua UMNO Sik' tanpa ada apa-apa perancangan mantap utk memperkukuhkan UMNO Sik. Ini telah banyak kali terjadi.
Jika YB merasakan yg YB layak dan boleh merubah dan membawa UMNO Sik kesatu tahap cemerlang, kami mengalu-alukan. Tetapi setakat ini saya melihat Dato' Wan adalah calon yg berwibawa.
|
|
|
Post by org sik on Apr 7, 2008 22:23:29 GMT 7
Aku nak orang lain. Bukan Tan Sri Hamid lagi. Aku nak orang lain. Bukan Wan Azmi. Sebab kedua-dua pemimpin ini adalah pemimpin yang dah tua. Dunia kata pergi, kubur kata mari. Tapi masih tak sedar diri. Betul tak kengkawan. Aku nak orang lain. Tapi bukan Arshad sebab dia tak berkelulusan tinggi. Buat malu kampung sendiri. Aku nak orang lain. Tapi bukan Azizan, sebab tak ada kredibiliti. Aku nak orang lain, biarlah orang yang ada visi, ada agama, ada tatasusila, ada budibicara, ada wibawa, ada kekuatan Nasional. Pendek kata, aku nak yang lebih dari pemimpin-pemimpin yang ada di atas. Kalau tak aku akan isi borang PAS. Hehehe... UMNO terus haprak kalau ada orang macam ni. cuba bagi nama sapa hang nak?? sapa hang rasa layak..?? ni kata nak org lain, lepas tu titik.......... last2 tak pi mana jugak sembang2 nih pi mai pi mai tang tu
|
|
|
Post by YB on Apr 8, 2008 7:32:18 GMT 7
kalau dia tak leh nak jawab.. bagi saya yang jawab dulu.. lepas ni kita tengok pulak apa jawapan dia..
Ketua UMNO Bahagian Sik : Ismail Harun Timbalan : Shafarudin Tan Sri Hanafiah Naib : YB Tajudin Abdullah
bagi komen anda semua.. jangan terlalu emosi
|
|
|
Post by berusgigi on Apr 8, 2008 8:18:41 GMT 7
Kalau ikut track rekod, masih tidak layak utk membawa UMNO maju. Saya cadangkan mereka dilatih dulu oleh Dato Wan utk mengukuhkan UMNO. Umor masih muda dan bila dan betul memahami selok belok UMNO Sik dan bagaimana nak majukannya, sila ambil alih.
Kami boleh rehat tanpa perlu banyak fikir tentang kepimpinan UMNO Sik!
|
|
|
Post by Zainol on Apr 8, 2008 10:27:09 GMT 7
Assalamualaikum... Kenapa kita nak gaduh lagi, nampak sangat orang sik tak boleh nak bersatu. Saya tetap berpendapat Dato' Wan masih relevant lagi dengan UMNO sik sekarang. Tak salah rasanya kita bagi peluang kepada Dato' Wan memimpin UMNO Sik satu penggal, sebelum di serahkan kepada golongan muda. Sebab kita sebenarnya ketandusan anak-anak muda Sik yang benar-benar layak untuk memimpin UMNO sik buat masa ini. Satu lagi takut juga ada di kalangan orang muda ini hanya menjadi proksi KJ. dengar cerita Tajudin tergolong dalam kumpulan ini. Tetapi saya tetap percaya dengan tsunami politik yang melanda Negara sekarang ini Tajudin pun dah berubah angin. Jadi tak salah rasanya jika Tajudin di jadikan barisan pelapis. Lagi pun Tajudin perlu menimba sebayak ilmu dan pengalaman di alam dunia pekerjaan sebenar. Pada saya Tajudin tak cukup pengalaman terutama nya didalam pengurusan yang menjadi aset utama untuk seseorang pemimpin yang berjaya.
Bersatu Orang Sik.
|
|
|
Post by berusgigi on Apr 8, 2008 11:10:04 GMT 7
Sangat setuju. Jika kita ingin pemimpin pelapis atau muda utk ambil alih UMNO Sik, kita perlu bersatu dan beri peluang kpd Dato' Wan utk lakukan bersama pelapis. Biar dia lead dan pelapis ikut dan timba sebanyak pengalaman yg mungkin.
Dato' wan tidak akan menongkat langit selama-lamanya. Beri peluang dia tunjuk jln satu penggal dan lepas tu pelapis perlu rancang utk meneruskan.
So unjurkan saranan anda semua supaya satu penggal utk Dato Wan di mesyuarat cawangan nanti
|
|
|
Post by org sik on Apr 8, 2008 13:42:21 GMT 7
100% setuju
kita perlu bersatu
pasal dato wan dah tua tu tak menjadi soal. dia masih kuat dan bersemangat untuk berjuang lagi untuk UMNO kita ni..
terima kasih
|
|
|
Post by pakteh on Apr 9, 2008 8:34:48 GMT 7
hehe..tua2 dia..baru 62....Man Desa dah 65.....rafidah 65.... tua2 dia dok panjat bukit lagi....dalam politik 62 tu umur yang masih dikira muda.... apa2pun....lagi banyak cadangan...lagi bagus....lagi banyak pertandingan...lagi baik....
|
|
|
Post by Zainol on Apr 9, 2008 9:47:27 GMT 7
Assalamualaikum... Untuk menarikkan lagi perdebatan kita ini, boleh tak tuan-tuan bagi latar belakang calon-calon pilihan atau cadangan tuan-tuan. kerana kita perlu membuat penilaian dari segi pengalaman dan taraf pendidikan setiap calon. Antara kriteria penting untuk kita semua tahu seperti:
Umur, Bila menjadi ahli UMNO, Taraf pendidikan, pengalaman dalam Pengurusan/Pekerjaan. Sikap/penerimaan mereka kepada masyarakat setempat.
|
|
|
Post by pakteh on Apr 9, 2008 13:53:00 GMT 7
Menarik jugak zainol.....so..rakan2....siasat kriteria calon yg dah mula tawarkan diri untuk bertanding....untuk memudahkan kita...ini senarai beberapa individu yg dikatakan berminat untuk jadi Ketua di UMNO Bhg Sik
1. Dato' Wan Azmi Ariffin (dah umum nak tanding ketua Bhg.) 2. Hamid Othman (Ketua Bhg Sekarang - Mungkin akan mempertahankan jawatannya) 3. Che Ad (Ahli perniagaan ) 4. YB Tajuddin (Wakil pembangkang di Kedah) 5. Ismail Harun (xYB n xPenghulu) 6. Dr. Mansur (Keja Doktor) 7. Osman Desa (S/U Paklah)
Ada lagi tak??...kalau ada habaq laa... so kawan2.....berikan fakta TEPAT....khabar angin....agak2...konon2....xmau....
|
|
|
Post by berusgigi on Apr 9, 2008 14:48:32 GMT 7
Saya Bersedia Bertanding untuk merebut kembali Ketua Bahagian Umno Sik.
Kepimpinan UMNO Sik sekarang ini telah GAGAL , 2 kali GAGAL dlm pilihanraya.
takkan org sik nak sampai 3-4 kali GAGAL ?
Bangunan UMNO yg saya buat lebih 15 tahun dulu pun tak mampu dijaga dan diurus oleh depa. Atap Bocor pun hanya bubuh atap getah saja.Berpolitik dgn menggunakan WANG RINGGIT semata mata dan bukan dengan SEMANGAT PERJUANGAN.
Kesilapan saya yg terbesar dalam karier politik saya ialah dengan membawa balik ke Sik Tan Sri Hamid Othman dan menyerahkan ketua bahagian kepadanya dengan harapan dia dan saya dapat berganding bahu untuk memajukan SIK. Setelah saya serahkan jawatan Ketua Bahagian kepadanya...saya ditendang keluar daripada UMNO dan saya dipecat dari UMNO selama 7 tahun 6 bulan.Dan yg paling sedih dituduh saya sebagai PRO PAS. sedangkan mereka menyokong PAS secara langsung.Nasib saya adalah seperti TUN MAHATHIR.. fikirkan fikirkan lah. Di Sik ini, kalau mahu menang banyak kenalah buat baik dgn PAS dan cuba dapat sedikit undi dari pihak PAS yg boleh buat kawan.Bukan seperti mereka yg bermusuhan dgn PAS.Saya mencabar mereka-mereka ini, supaya cuba masuk di kubu kubu PAS seperti di pondok2 dan di kampung Bandar Hilir.Jika mereka berani masuk....saya sanggup tabik mereka.Mereka sebenarnya tidak tahu, ikat kura-kura di kaki dan menangkap burung terbang dan jauh sekali meracit burung di rimba. Saya pernah cadangkan supaya Tengku Razali jadi PM dan Rafidah menjadi TPM. apa komen semua?
Org Sik tak perlu lawan saya kerana saya mempunyai rekod tersendiri.
1) anak Sik yg pertama jadi Ketua Bahagian Sik 2) anak Sik yg pertama jadi EXCO Kedah 3) anak Sik yg pertama mengangotai 2 Dewan iaitu Dewan Undangan Negeri Kedah Dan Parlimen Malaysia 4) Saya tidak pernah kalah dalam pilihanraya 5) Nombor ahli UMNO saya = 117 dan ahli UMNO yg paling LAMA kena PECAT mengalahkan Tun Mahathir yg dipecat selama 3 tahun saja.
Adalah lebih baik ,jika berbaik dgn saya supaya saya dapat mencurahkan segala ilmu dan pengalaman politik saya seperti yg dilakukan oleh Allahyarham Dato Non Johari kpd saya.
Sekian Terima Kasih- Dato' Dr. wan azmi ariffin 1. SIJIL PERGURUAN 2.DIPLOMA PERGURUAN 3.SARJANA MUDA : GEOGRAFI 4. SARJANA : PEMBANGUNAN 5. Ph.D : EKONOMI POLITIK dari McGill Unversity, Montreal, Canada
|
|
|
Post by xpdckehidupan on Apr 10, 2008 1:40:26 GMT 7
Saya rujuk kpd senarai yg dipaparkan oleh Pak Teh. Utk pilih calon2 kita kena jugak tengok kombinasi2 dengan calon2 K Pemuda, K Puteri & K Wanita. Dan sapa plk yg patut jadi Tim Ketua & Naib Ketua. Mudah buat analisa atas kertas, tapi mentadbir Bahagian Sik bukan hanya difokus kpd K Bahagian tanpa mengambil kira jawatn2 yg di sebut di atas. Sebab apa yg berlaku sekarang Ketua Bahagian tidak diberikan sokongan oleh setiap kepala2 ni (bukan nak bela Tok Mid tapi rasanya kalau Tok Wan pun kenalah cari org2 yg serasi dgn beliau supaya pentadbiran bahagian bekerja sbg satu pasukan, bukan jadi kem2 yg berpolitiking mcm la! Kalau bola, bila hero pasukan dok syok sendiri tapi tak dpt sokongan dari midfield, pertahanan atau penjaga gol, banyak mana gol yg disumbat pun dibelakang dok lepas gol masuk jugak! PRU baru ni pun ada yg sumbat gol sendiri … Pada sapa2 yg minat bola mungkin blh nampak umpama saya ni. Liga bolasepak Inggeris (EPL) melahirkan banyak bintang2 yg layak mewakili pasukan England. (Org2 Sik pun tak kurang jadi penganalisa EPL, tapi kajian tak resmi saya kata banyak lagi org Sik jadi penganalisa politik! Sebab tu forum ni cukup laris, tahniah tok wan ). Pemain2 pasukan Jerman pulak tidaklah sepopular pemain England tetapi setiap kali pertandingan antarabangsa, Piala Dunia atau Eropah ke, yg pastinya pasukan England akn tersingkir dulu dan selalunya Jerman akan sekurang2nya ke separuh akhir atau jadi juara. Apa sebab pemain England dan liga Inggeris lebih hebat? Mungkin faktor sejarah bolassepak itu sendiri tapi jawapan saya ialah persepsi orang yang didorong oleh publisiti yg kuat dan duit yang banyak. He …he .. mcm tu lah jugak di Sik ni, sejarah tetap sejarah, Tok Wan dah berjasa utk Sik &Tok Mid pun ada jasa jgk … (saya tak ingat tpi kalau ada tolong bagitau naa ). Tapi kerana persepsi org2 politik Sik dikaburi oleh kempen dan publisiti yg kuat oleh runner2 depa dan tak kurang jugak dgn suapan duit utk segelintir org Sik yg jadi perwakilan maka kelayakan & ketokohan calon hanyalah dinilai dari populariti calon itu saja. Mungkin ada jugak calon2 bahagian ni yg berciri mcm pemain utk pasukan Jerman, kot Pak Teh dah tau tolong bagitau naa …. ekspdisi mencari calon bermula …
|
|
|
Post by YB on Apr 10, 2008 13:05:02 GMT 7
memang la kena ada gandingan yang mantap baru boleh wujudnya jalinan kerjasama yang baik.. tapi mampukah dr. wan ni bergandingan dengan orang lain.. semua orang tak berapa bekenan dekat dia (yang kita dok dengaq sebelum ni la).. sebab gandingan ni penting.. kalau tak kena gandingan akan jadi macam mana yang dok ada ni lah.. mid man punya barisan 'exco' dia pun bukannya ikut dia.. so macam mana nak bagi umno kuat balik kalau kepimpinan pun bertelagah.. kita kena jugak pikiaq pasai tu... mungkin akan ada apa saja jawapan dari penulis setia forum ni.. tak pa lah.. jawab lah untuk kebaikan semua..
macam kata xpdc tu... perlu ada.. kemukakan gandingan dr. wan dulu.. tapi pandangan saya la.. susah susah sangat kalau orang lain semua tak buleh... bagi kat dia semua lah.. ketua dato' sendiri, ketua wanita kak piah bini dia, ketua pemuda mawi anak dia. ketua puteri anak dia yang pompuan tu..
ketaksuban kita pada seseorang jugak akan terjadinya kejadian seperti si luncai terjun dengan labu-labunya... orang-orang umno di sik ni dah tak suka pada 2 orang tokoh yang dah lapuk ni.. kita kena sedar la.. kalau orang dah tak suka, buat apa kita nak kacan lagi.. jangan sampai kita terus dibenci semasa hayat dikandung badan ni..
dan ingin dijelaskan disini.. kalau kita nak bejuang, nak bantu mengembalikan kekuatan dalam umno.. kita tak semestinya dok dalam jawatan yang tinggi-tinggi.. kita dok biasa pun kita buleh bantu.. kenapa anda semua mahukan dr. wan masih disitu.. kerana apa? seperti yang saya katakan.. tak dak jawatan buleh buat kerja jugak.. kalau nak.. kalau tak nak ada jawatan pun tak buat pun... apakah kalau dr. wan dah tak bergiat dalam umno dia tak akan melibatkan diri untuk membantu mengembalikan kegemilangan umno? terpulang pada dia lah.. kalau dia ikhlas dalam perjuangan, dia boleh buat apa saja walaupun jawatan tidak bersama dia.. dan kita semua yang dok taksub kat dia kena terima hakikat sebegini..
/// pejabat pusat khidmat ahli parlimen sik sebelum ini dah dijadikan pejabat apa.. pusat kegiatan masyarakat daerah sik ka? alhamdulillah kalau itu terjadi.
|
|
|
Post by pakteh on Apr 10, 2008 13:30:34 GMT 7
Bab gandingan ni bagi pakteh paling penting....setakat ketua ja xjadi...tapi tu laa....kalau dato' Wan....sure kena bambu kalau xbuat keja...n kena marah kalau yg muda2 ni xmau belajar...dan ini xboleh diterima oleh kebanyakkan orang sik....sebab orang sik xsuka kena marah. Gandingan tok Mid rasanya pun dah beterabur...setakat manis dimuka jaa.... yang lain2 tu...xtau la...rasanya masing2 dah mula adakan pertemuan SULIT walaupun ada org tahu.... cuma yg dok nampak bayang2....1 team ni....team Man Desa.....gandingan dia...cari2 la dalam pasting kat sini yg lama2...
|
|
|
Post by gen2dberiss on Apr 10, 2008 15:39:44 GMT 7
salam untuk semua
macam macam dah yang dok terjadi selama saya tak masuk ke sini.. bukan tak nak masuk, kesibukan membatasi segalanya.. syok jugak no.. tengah panas ni..
gandingan la tak gandingan la semua ada, apa pun kita ada matlamat utama kita, mengembalikan kepercayaan masyarakat pada umno itu sendiri
|
|