|
Post by gen2dberiss on Apr 5, 2008 19:14:22 GMT 7
SALAM UNTUK SEMUA
memandangkan dah terlalu banyak isu-isu yang dibangkitkan dalam tajuk forum di 3 ruangan utama sembang-sembang, maka saya cuba mencadangkan ruangan ini pula untuk perbincangan mengenai pemilihan kepimpinan umno bahagian sik bagi tahun 2008 ini.
sebarang isu yang ingin dibingcangkan khususnya berkenaan pemilihan umno 2008 boleh dibincangkan disini dan kita cuba manfaatkan tajuk baru ini untuk kebaikan semua dan umno bahagian sik sendiri.
suka untuk saya mencadangkan sekiranya diberi laluan kepada muka-muka baru untuk menggantikan tampuk kepimpinan umno bahagian sik kali ini, calon-calon mestilah terdiri dari ahli umno sik sejati dab bukan orang luar seperti dato man desa ka, dato hasbullah ka, alasannya.. bukan kah wujudnya umno sik adalah disebabkan kesungguhan dan semangat serta minat ahli umno sik sendiri, dan penerajunya mestilah dari kalangan anak tempatan.. andai masih lagi ada persengketaan diantara muka-muka lama seperti mid man, dr. wan, cikgu det, azizan sahak, cikgu salleh dan yang lain lain nya, kita ubah terus calon tersebut kepada muka baru yang berkelayakan.. seperti hamlan din, tajuddin, saparuddin, dr. mansor dan sesiapa saja yang difikirkan boleh.. kita bagi peluang ini kepada mereka untuk membuat perubahan dan mengembalikan semangat cintakan umno seperti sebelum ini... kita-kita yang sebagai orang lama dalam umno ni, yang dah lama menabur jasa dan bakti dalam umno sehingga umno terus bertapak sehingga hari ini.. kita bantu depa-depa ni.. kita mungkin boleh kata depa depa ni semua tak layak.. tapi adakah peluang sudah diberikan kepada mereka sebagai peneraju..
dalam kita membuat keputusan.. kita cuba elakkan sikap ego.. marah.. dengki dan kianat sesama kita.. bukan kah umno itu untuk semua.. kita sama sama lah bangunkan kembali umno yang dah semakin tertiarap ini..
saya berpendapat.. muka-muka baru ini bukan tidak boleh memikul tanggungjawab berat untuk memimpin umno dan membawa umno untuk kembali bersinar seperti sebelumnya.. cuma kita belum pun memberi peluang kepada mereka.. sebagai orang lama dan berpengalaman.. kita bantu mereka.. pengalaman yang sendat didada kita taburkan kepada mereka.. meraka juga ahli umno yang sayangkan umno.. percayalah..
seandainya kepimpinan umno sik masih lagi tidak ada pembaharuan dan perubahan ke arah yang lebih positif.. makanya umno bahagian sik akan terus menghadapi dilema yang sama sampai bila-bila.. pandangan ini bukan untuk memperlekehkan atau memperkecik-kecilkan kemampuan kepimpinan sediada.. yang dok ada ni pun baik.. cuma kita bagi muka baru yang berdedikasi tinggi untuk menerajui kepimpinan umno bahagian sik dan kita yang lama ni bantu mereka.. sukar kan untuk meralisasikan hasrat tersebut? fikirkan lah..
dan saya juga meminta kepada sesiapa juga yang layak dan berhasrat untuk bertanding dalam pemilihan kepimpinan umno bahagian sik termasuklah semua sayap parti.. pemuda, wanita dan puteri.. di laman ini.. di forum ini.. nyatakan hasrat masing masing.. sesuai dengan kata putus yang dinyatakan oleh setiausaha agong umno sebelum ini.. tak perlu nak guna pengurus ka. apa ka.. macam dr. wan yang dah mula menyatakan kesediaanya untuk bertanding bagi jawtaan no 1 umno bahagian sik.. dr. wan masih lagi kategori calon yang lama.. yang saya maksudkan calon calon baru ni.. kalau kita tak tonjolkan diri siapa yang nak boleh buat penilaian kepada kita..?
sebelum terlupa.. saya mohon maaf sekiranya bahasa saya kali ini menguris hati mana mana pihak.. kalau lah idea yang saya bagi ini hanya idea lembab.. anggaplah ianya sekadar pandangan seorang ahli umno yang tak cukup dewasa dalam umno bahagian sik..
wassalam
|
|
|
Post by org sik on Apr 6, 2008 0:23:13 GMT 7
terima kasih atas pandangan saudara tapi saya berpendapat, muka baru (anak jati sik) tidak ada yg berkemampuan untuk memperkasakan balik umno sik sebab muka2 baru ini tidak diajar atau dilatih oleh ketua bahagian umno sik sekarang yg dok tidoq lena dan tidak ada perancangan atau plan nak memguatkan balik umno sik...
bagi saya, sebaiknya lantik dato wan balik, bagi dia peturunkan ilmu dia dulu , bagi dia kuatkan balik umno sik sebab saya percaya dato wan ada ilmu dan plan dia tersendiri...
lepas umno kita dah kuat, boleh la passing kat org lain..
atau lebih baik, buat debat terbuka mcam cadangan dato wan tu.
terima kasih
|
|
|
Post by berusgigi on Apr 6, 2008 11:45:06 GMT 7
Assalamualaikum Pertama : Memulihkan UMNO Sik memerlukan seseorang yg berpengalaman luas. Seseorang yg sudah terbukti berjaya melakukannya. Tugas ini berat dan bukannya sebarangan orang yang boleh melakukannya. Damage has been done. Dato' Wan adalah paling layak. Saya tidak menafikan muka2 baru ini. Mereka diperlukan, tetapi mereka juga perlukan bimbingan. Dato Wan boleh menjadi penggerak utama dan menurunkan segala ilmu yg ada kepada muka-muka baru ini. Dan apabila tiba masanya mereka dapat membawa kesinambungan kecemerlangan UMNO Sik ke satu aras yg lebih tinggi.
Kedua: Muka-muka baru ini belum nampak ketokohan mereka. Kita ambil risiko besar disini. Jika mereka gagal kerana kekurangan pengalaman, kita akan mengambil masa yg lebih panjang utk memulihkan UMNO SIk. Jadi, kita perlukan dato wan utk memperkukuhkan UMNO Sik dan dlm masa yg sama membentuk kepimpinan pelapis utk memperkasakan UMNO Sik.
Ketiga: Kalau kita lihat track rekod Dato Wan. Beliau tidak pernah kalah dlm pilihanraya. Kenapa? Ambil contoh PRU11 lalu; ahli UMNO hanya 16700. Dan pengundi ialah 37,036. Ini bermakna jika 100% ahli UMNO pangkah beliau, dia tetap masih kalah. (Tapi yg kita tahu banyak yg sabotaj dia). Tetapi dgn kadar turun mengundi sebanyak 85.54% beliau memperolehi 15,357 undi. Kalau 85% ahli UMNO (belom tolak yg tidak mendaftar mengundi), Dato Wan hanya dapat 14,362 Undi. Jadi dari mana belaiu memperolehi 1000 undi tambahan? Itulah yg dinamakan poiltik adik beradik, sahabat handai dan mcm-mcm lagi.
Keempat: Dato Wan telah menggariskan tindakkan yg bakal beliau lakukan jika dipilih ketua bahagian. tetapi yg lain tu belum pernah cerita apa yg depa nak buat kepada UMNO Sik. Tiada halatuju jelas. Sebab itu belaiau berani berdebat dgn sesapa saja utk tujuan memperbaiki UMNO Sik. Pengalaman dan kejayaan beliau, InsyaAllah UMNO Sik akan pulih.
|
|
|
Post by YB on Apr 6, 2008 12:10:00 GMT 7
saudara-saudara sekelian orang yang kita tidak nampak ketokohan nya bukan bermakna kita tak boleh bagi peluang kepada meraka, kalau kata depa tak boleh apa buktinya
cuba bagi peluang pada saya, saya juga anak jati sik.. saya berkeyakinan yang sama mampu untuk memimpin umno bahagian sik ini.. kalau hanya sekadar untuk mencari formula dimanakah 1000 pengundi untuk memastikan majoriti kemenangan kepada calon yang bertanding, bukan susah.. itu cara dr. wan azmi.. jangan kita terlalu berfikiran sempit sehinggakan kita tidak boleh melihat orang lain juga mempunya kelebihan dan kemampuan untuk menjadi lebih baik.. berfikiran terbukalah wahai saudara ku
saya juga berpendidikan walaupun tak sama dengan dr. wan dan yang belajar dekat Oxford dan Perth.. tapi saya juga berpendidikan.. maksudnya.. otak dalam kepala otak saya ni jugak pernah digunakan untuk berfikir dan mencari sesuatu yang lebih kreatif.. dan berdasarkan kemampuan saya sehingga ke hari ini.. maka saya juga layak untuk duduk dikerusi tersebut..
manusia lain jugak tak sebodoh seperti yang ada didalam fikiran tuan-tuan yang terlalu taksub dengan seseorang..
|
|
|
Post by berusgigi on Apr 6, 2008 15:31:19 GMT 7
Tidak samasekali kita bermaksud orang lain tidak bijak atau pandai. Tiada sekolah khas untuk politik. Sesiapapun boleh jadi ketua Bahagian.
Tetapi kita perlu melihat juga kepada pengalaman dan track rekod. Dato Wan bukannya hendak menongkat langit sampai bila-bila. Belajar sehingga oxford saja belum tentu dapat menguruskan sebuah organisaasi politik dgn baik. Contok terbaik ialah Tok Mid. Apa kejayaan yg telah beliau bawa utk UMNO Sik? Belaiu menang semasa Dato Wan masih ada dan meninggalkan UMNO Sik dgn baik.
1000 adalah satu angka yg banyak dlm politik. Waima 1 pun menjadikan seseorang melompat kegembiraan. Kerana inilah menunjukkan kebolehan dan kebijaksaan ketua yg mengepalai organisasi tersebut.
Ramai org boleh mengaku boleh melakukan itu dan ini. Tapi bila dah diberi tugas semua yg dijanjikan dibuang ke longkang. Kepentingan diri yg diutamakan.
|
|
|
Post by berusgigi on Apr 6, 2008 15:35:09 GMT 7
YB Tiada ketaksuban dlm kes ini. Kita hanya perlu kepakaran dan pengalaman beliau utk memulihkan UMNO Sik. Tiada lebih dari itu! Beri peluang utk beliau gunakan kepakaran dan pengalamn tersebut dan kita yg masih belum ada pengalaman atau kepakaran yg ada pada beliau perlu belajar disana disamping dengn idea2 baru kita.
Sebab itu saya kata tiada sekolah khas untuk politik. Setinggi mana anda belajar pun belum tentu anda boleh jadi pemimpin yg baik.
|
|
|
Post by org sik on Apr 6, 2008 23:36:17 GMT 7
dato wan tak pernah belajaq kat oxford atau perth. -------------------------------------------------------------------- Ph.D EKONOMI- POLITIK ,McGill Unversity, Montreal, Canada
|
|
|
Post by org sik on Apr 6, 2008 23:39:22 GMT 7
saudara-saudara sekelian orang yang kita tidak nampak ketokohan nya bukan bermakna kita tak boleh bagi peluang kepada meraka, kalau kata depa tak boleh apa buktinya cuba bagi peluang pada saya, saya juga anak jati sik.. saya berkeyakinan yang sama mampu untuk memimpin umno bahagian sik ini.. kalau hanya sekadar untuk mencari formula dimanakah 1000 pengundi untuk memastikan majoriti kemenangan kepada calon yang bertanding, bukan susah.. itu cara dr. wan azmi.. jangan kita terlalu berfikiran sempit sehinggakan kita tidak boleh melihat orang lain juga mempunya kelebihan dan kemampuan untuk menjadi lebih baik.. berfikiran terbukalah wahai saudara ku saya juga berpendidikan walaupun tak sama dengan dr. wan dan yang belajar dekat Oxford dan Perth.. tapi saya juga berpendidikan.. maksudnya.. otak dalam kepala otak saya ni jugak pernah digunakan untuk berfikir dan mencari sesuatu yang lebih kreatif.. dan berdasarkan kemampuan saya sehingga ke hari ini.. maka saya juga layak untuk duduk dikerusi tersebut.. manusia lain jugak tak sebodoh seperti yang ada didalam fikiran tuan-tuan yang terlalu taksub dengan seseorang.. tak dak siapa menghalang saudara jika nak bertanding saya setuju dgn pendapat encik berusgigi, kita perlu kepakaran dan pengalaman dato wan utk memulihkan UMNO Sik. Tiada lebih dari itu kalau boleh sila bagi plan saudara nak memperkasakan umno sik terima kasih
|
|
|
Post by berusgigi on Apr 7, 2008 8:40:59 GMT 7
Saya diberitahu yg kriteria utama nak terlibat dgn UMNO SIk ialah KAYA. saya ulang sekali lagi KAYA .. maksudnya BANYAK DUIT. So saya yg banyak duit, welcome to UMNO Sik.
Inilah yg dinamakan politik wang yg bakal menghancurkan UMNO Sik.
Tiada sifat sayang kpd UMNO dan penduduk Sik, tapi itulah namanya gila kuasa. Sanggup habis beratus ribu, malahan jutaan, just utk dapatkan kuasa.
Tapi ingatlah, semua itu tidak berkat, malah menjadi bebanan pula.
|
|
|
Post by YB on Apr 7, 2008 9:51:04 GMT 7
ya ka.. bukan semua yang nak masuk ke umno bahagian sik menggunakan duit semata mata.. kita kena ingat... dah berapa kali saya tegaskan disini.. duit bukan menjamin atau kepastian untuk seseorang menjadi pemimpin yang cemerlang..
sekali lagi diingatkan.. tak semua yang nak bertanding tu orang yang seperti digambarkan oleh tuan berusgigi..
|
|
|
Post by pakteh on Apr 7, 2008 11:56:51 GMT 7
Assalamualaikum Alhamdulillah..nampaknya sik sudah ada 2 calon yang berminat utk Ketua UMNO Bhg Sik....(calon disini...yang diwar2kan diluar sana..ramai). Dato' Wan dan YB...saya berharap...matlamat anda berdua sama seperti matlamat akar UMNO UMNO SIK.....Membangunkan semula SIK yang dah LESU sejak sekian lama.... Mungkin YB ada idea utk tujuan tersebut..jadi bolehlah kita berkongsi disini supaya arah tuju itu diketahui oleh semua ahli...memang tidak ramai yg menulis disini tetapi yg membacanya RAMAI.... Secara demokrasi...kami forumer akan menilai Dato' Wan dan YB utk kerusi tersebut...dan akhirnya jika kedua2nya hebat....1 formula terbaik perlu dicari......mungkin Dato' Wan baikpulih utk 1 penggal dan menyerahkannya kepada YB sama seperti beliau serahkan kepada Mid Man dulu....atau...fikirkan saja apa saja jalan supaya....kedua2nya boleh berbakti kepada UMNO sik. TQ
|
|
|
Post by YB on Apr 7, 2008 12:21:06 GMT 7
sedara-sedara semua mungkin dah salah faham YB disini bukan beerti mana-mana Yang Berhormat.. YB disini bermaksud Yang Berkhidmat.. ada baiknya diperjelaskan disini takut nanti disalah ertikan oleh mana mana yang berhormat
|
|
|
Post by pakteh on Apr 7, 2008 13:15:02 GMT 7
yup...mungkin ada yang salah faham....saya sendiri tidak menjustifikasikan YB itu sbg apa kerana saya tahu berforum secara maya ini...anda boleh menjadi BUSH, TDM, PAKLAH, KJ, or sesiapa sahaja kerana orang tidak kenal anda.....sebab itulah...saya hanya menyatakan YB... setakat ini..masih Dato' Wan dan YB yang berminat nak jadi Ketua...selain man desa dan lain2 tu..
Kalau betul berminat....YB perlu tunjukkan keberanian...paling utama..orang perlu kenal siapa YB. Sik memerlukan orang yang berani...bukan Yes Bos! YB....amat penting menonjolkan siapa anda kerana orang (Ketua Caw.) takkan sokong membabi buta (tolak yg sokong kerana DUIT). Lakukan seperti Dato' Wan....(Disini anda dah kalah strategi) atau mungkin petang ni...besok...lusa baru nak tonjolkan diri.... ok..setakat hari ni..saya beranggapan anda hanya forumer NAKAL yang tidak berkewibawaan untuk memimpin UMNO SIK....sehinggalah anda perkenalkan diri.... YB...cepat kenalkan diri dan insyaallah....masih ramai yang tidak buta hati dan gelap mata dengan wang ringgit. masih ramai yang ikhlas untuk UMNO.....dan orang ini akan sentiasa menyokong pemimpin yang ikhlas utk merubah UMNO SIK...termasuk menyokong YB... TQ
|
|
|
Post by org sik on Apr 7, 2008 15:38:39 GMT 7
kalau hanya sekadar untuk mencari formula dimanakah 1000 pengundi untuk memastikan majoriti kemenangan kepada calon yang bertanding, bukan susah.. 1 undi pun susah, ni pulak 1000 undi...sudahnya ... kalau hang berani sangat.. sila bagi nama betul di sini..aku cabar hang..tok sah nak berselindung lagi berani kan diri macam dato wan... bukan sekadar cakap saja , dan berselindung...
|
|
|
Post by AlIhraf on Apr 7, 2008 16:40:07 GMT 7
Aku nak orang lain. Bukan Tan Sri Hamid lagi. Aku nak orang lain. Bukan Wan Azmi. Sebab kedua-dua pemimpin ini adalah pemimpin yang dah tua. Dunia kata pergi, kubur kata mari. Tapi masih tak sedar diri. Betul tak kengkawan. Aku nak orang lain. Tapi bukan Arshad sebab dia tak berkelulusan tinggi. Buat malu kampung sendiri. Aku nak orang lain. Tapi bukan Azizan, sebab tak ada kredibiliti. Aku nak orang lain, biarlah orang yang ada visi, ada agama, ada tatasusila, ada budibicara, ada wibawa, ada kekuatan Nasional. Pendek kata, aku nak yang lebih dari pemimpin-pemimpin yang ada di atas. Kalau tak aku akan isi borang PAS. Hehehe... UMNO terus haprak kalau ada orang macam ni.
|
|