Post by john on Feb 14, 2008 2:41:34 GMT 7
www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm
Benarkah Sik masih ‘sakit’?
Oleh OPAT RATTANACHOT
SATU ketika dahulu, Sik merupakan antara kawasan Parlimen yang mempunyai ramai penduduk miskin di negara ini.
Faktor geografi Sik yang terletak jauh di pedalaman iaitu kira-kira 80 kilometer dari Alor Star dan 60 kilometer dari Sungai Petani menyebabkan daerah itu agak ketinggalan daripada arus pembangunan.
Malah, ada juga kedengaran suara-suara sinis menyatakan Sik adalah kawasan yang ‘sakit’ sepadan dengan sebutan dalam bahasa Inggeris iaitu sick.
Namun, itu hanyalah kisah lampau. Parlimen Sik (P013) yang diterajui wakil rakyat Barisan Nasional (BN) kini sudah banyak berubah.
Walaupun iklim politiknya tidak begitu stabil kerana sering bertukar wakil rakyat antara BN dan Pas, namun kebanyakan penduduk Sik didapati menikmati taraf hidup lebih sempurna berbanding kira-kira 10 tahun lalu.
Sik yang berkeluasan 1,635 kilometer persegi kini mampu membangun setaraf dengan beberapa kawasan jirannya seperti Gurun, Sungai Petani dan Kulim.
Bagi Ahli Parlimen Sik, Datuk Dr. Wan Azmi Ariffin (gambar), pembangunan rancak yang disaksikan di kawasan Sik adalah hasil kerja keras kepimpinan kerajaan BN.
Sejak beliau mengambil alih kerusi Parlimen Sik daripada penguasaan Pas pada pilihan raya umum 2004, Sik kembali melimpah dengan pelbagai pembangunan. Pas sebelum ini memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 1999 melalui Sasterawan Negara, Datuk Shahnon Ahmad.
Antara program yang telah dilaksanakan oleh Wan Azmi ialah projek ikan hiasan Bendang Man.
Projek tersebut yang berada di bawah kelolaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui MoA Incorporated (MOA Inc.) mempunyai matlamat meningkatkan pendapatan penduduk miskin.
“Program-program sebegini bertujuan meningkatkan taraf ekonomi penduduk. Malah, melalui pendekatan ini, kita boleh mempelbagaikan kegiatan ekonomi dan mewujudkan nilai tambah dalam penggunaan sumber-sumber tempatan,’’ kata Wan Azmi kepada Utusan Malaysia.
Dalam pilihan raya umum 2004, beliau menewaskan Azizan Abdul Razak yang mewakili Pas dengan majoriti 319 undi.
Pada masa itu, Parlimen Sik mempunyai 37,036 orang pengundi berdaftar dengan masing-masing daripada kaum Melayu (92.4 peratus), Siam (4.9 peratus), Cina (2.1 peratus), India (0.5 peratus) dan lain-lain (0.08 peratus).
Sik juga mempunyai dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Belantek (N23) dan Jeneri (N24).
DUN Jeneri dikuasai oleh BN dengan Ismail Harun sebagai wakil rakyat manakala Belantek pula kekal di tangan Pas sejak pilihan raya umum 1999.
Bagi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sik, Mohd. Tajuddin Abdullah, BN mampu merampas kembali kerusi DUN Belantek pada pilihan raya umum ke-12.
“Rakyat di Belantek sudah dua penggal duduk bawah ADUN Pas. Sepanjang tempoh itu, kita lihat tiada apa yang dibuat oleh mereka.
“Yang pulun buat ialah kerajaan BN. Oleh itu, saya fikir orang Sik khususnya di Belantek kali ini akan buat pilihan dan pertimbangan wajar dengan menyokong BN,’’ katanya.
Mohd. Tajuddin memberitahu, pelbagai program pembangunan sedang berlangsung di kawasan Sik.
“Banyak program pembangunan telah dijayakan kerajaan BN seperti Bandar Baru Beris Jaya dan Empangan Beris.
“Malah, projek Lebuh Raya Trans Eastern Kedah (Tekih), pelebaran jalan empat lorong Gurun-Sik dan prasarana skim bekalan air sedang dalam pembinaan,” jelasnya.
Justeru, beliau berkata, usaha BN untuk merampas kesemua kerusi DUN yang dipertandingkan dalam Parlimen Sik bukanlah mustahil.