|
Post by namasayajohn on Jan 1, 2008 2:25:07 GMT 7
|
|
|
Post by org sik on Mar 10, 2008 2:15:33 GMT 7
Rakyat Sik Perlu Jadikan BN Sebagai Jambatan Perubahan
-- BERNAMA
Oleh Azeman Ariffin
SIK, 4 Mac (Bernama) -- Daerah Sik mempunyai penduduk hampir 90 peratus golongan petani, penoreh dan pesawah yang masih ada yang hidup kais pagi makan pagi dan memerlukan pembelaan kerajaan.
Kawasan mereka memerlukan lebih banyak aktiviti ekonomi kerana ramai penganggur; memerlukan rancangan pendidikan bagi mengurangkan kadar keciciran pelajar yang tinggi; hubungan dengan dunia luar yang perlu dipertingkatkan kerana sistem telekomunikasi yang tidak stabil dan tidak dapat mendengar siaran radio dan televisyen.
Keadaan daerah itu semakin baik sejak empat tahun lepas apabila kawasan Parlimen Sik dimenangi calon Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Wan Azmi Wan Ariffin yang mengalahkan calon PAS Azizan Abdul Razak dengan majoriti 319 undi.
Penduduk di Jeneri kini menikmati keadaan lebih baik sejak Ismail Harun yang mewakili Umno mengalahkan calon PAS Yahya Abdullah dengan majoriti 640 undi.
Angin perubahan juga bertiup di kerusi Dewan Undangan Negeri Belantek yang merupakan kubu kuat PAS apabila calon BN Md Salleh Ismail hampir merampasnya daripada calon PAS Mohd Isa Shafie yang menang dengan majoriti hanya 51 undi.
"Kalau beberapa tahun lepas, Encik datang sini lampu isyarat di jalan raya pun tak ada dan kami memang miskin," kata seorang penoreh getah Kasa Abdul Rahim, 50, memandang ke arah jalan raya yang kini lebih lebar dan baik.
Disebabkan itu, dua setiausaha politik Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi iaitu Datuk Osman Desa dan Datuk Dr Hasbullah Isa terpilih sebagai calon bagi kawasan Parlimen Sik dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri.
Tidak cukup dengan itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahzdir Khalid juga meletakkan pembantu khasnya yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Sik Mohd Tajudin Abdullah bagi menawarkan diri untuk menjadi wakil rakyat kawasan DUN Belantek.
Bagi Osman, 54, yang berkelulusan Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), beliau berhasrat meneruskan pembelaan nasib penduduk Sik dengan menyediakan bantuan daripada kerajaan pusat.
"Saya mahu menjadi jambatan untuk rakyat Sik berhubung dengan kerajaan pusat kerana saya mahu lihat Sik membangun dengan pesat dalam semua aspek kehidupan," katanya.
Beliau berkata walaupun beliau bukan anak tempatan Sik, tetapi daerah itu tidak asing daripada hidupnya sejak beliau bekerja sebagai setiausaha politik bekas Menteri di Jabatan Perdana Tan Sri Abdul Hamid Othman.
"Ada orang jadikan isu saya adalah calon luar tetapi saya dapati isu itu cuma modal pembangkang sahaja," kata beliau.
Osman berkata Sik berpotensi untuk dimajukan sebagai hab pertanian komersial, ternakan ikan dalam sangkar, industri kecil dan sederhana (IKS).
Katanya kebanyakan penduduk Sik bekerja di kilang luar dari kawasan Sik dan jika BN memenangi pilihan raya kelak, beliau akan membawa masuk kilang-kilang IKS ke dalam kawasan Sik.
"Kita akan membuka pusat latihan kemahiran dan teknikal supaya anak-anak muda Sik dapat menjadi tenaga mahir dan separuh mahir untuk bekerja dengan IKS itu," kata beliau.
"Saya datang untuk berkhidmat kepada rakyat Sik dan saya memahami keadaan mereka kerana saya juga berasal dari kampung," kata beliau.
Hasbullah, 53, yang bertanding bagi kerusi negeri kawasan Jeneri adalah rakan seperjuangan Osman dan beliau juga berhasrat untuk mengubah kehidupan rakyat di Jeneri.
"Saya dapati Jeneri ini berpeluang untuk dimajukan dalam sektor industri asas tani kerana kebanyakan orang kampung mempunyai kemahiran membuat makanan ringan tetapi tidak tahu memasarnya secara komersial," kata beliau.
Hasbullah berkelulusan Ijazah Pengajian Islam dari UKM dan berpengalaman bekerja sebagai penolong pegawai daerah sebelum berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada dua perdana menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau bukanlah orang asing bagi lebih 76,000 penduduk Sik malah sering diminta menjadi imam dan khatib di merata masjid di Sik dan beliau juga adalah anggota jawatankuasa Umno Bahagian Sik.
"Saya memang orang kampung, di sinilah tempat saya dan saya mahu pulang ke kampung untuk berkhidmat dan membela nasib rakyat Sik," kata beliau.
Hasbullah yang juga imam masjid di sebuah kawasan perumahan di Kuala Lumpur berkata beliau bersedia untuk kembali ke kampung di Sik dan telah membeli sebuah rumah di Batu 5.
"Saya mahu terus tinggal di Sik dan membuka pusat khidmat, supaya rakyat boleh datang berjumpa saya pada bila-bila masa bagi menyelesaikan sebarang masalah", kata beliau. Sik mempunyai 39,323 pengundi berdaftar.
Katanya pengalamannya bekerja sebagai sebagai setiausaha sulit Hamid telah membantunya mengetahui masalah rakyat di Sik ini.
"Ada beberapa perkara yang menjadi rungutan di Sik dan saya akan bantu selesaikannya iaitu masalah jalan raya yang teruk, masalah persekolahan anak dan masalah pengangguran", kata beliau.
Beliau juga mahu Jeneri termasyhur dengan hasil ternakan lembu dan kambing secara komersial kerana kebanyakan penduduk di kawasan itu menternak secara kecil-kecilan.
Mohd Tajudin, 44, anak tempatan yang bertanding bagi kerusi DUN Belantik boleh dianggap sebagai calon popular kerana keperibadiannya disegani oleh kawan dan lawan.
Jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian membolehkan beliau melawat semua kawasan dan telah memberi perkhidmatan sebagai wakil rakyat walaupun belum terpilih lagi.
"Saya berada dalam kawasan PAS dan rakyat di kawasan saya termasuk para penyokong PAS selalu menghubungi saya untuk meminta bantuan dan kita berikan bantuan tanpa mengira fahaman politik", kata beliau.
Beliau mahu menjadikan Belantek sebagai pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) institusi pengajian tinggi bagi kajian sains botani, farmasi dan bioteknologi kerana ia kaya dengan alam semula jadi termasuk pokok-pokok ubat yang ditanam tetapi tidak diusahakan secara komersial.
-- BERNAMA -----------------------------
|
|
|
Post by org sik on Mar 14, 2008 14:38:59 GMT 7
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 26, 2009 23:42:12 GMT 7
CERITA HATI,SAKIT HATI,SUKA HATI ,JATUH HATI,MURAH HATI,SENANG HATI,PANAS HATI,SEJUK HATI,GELI HATI,MAKAN HATI,SEDAP HATI,KERAS HATI,TAWAR HATI,BUSUK HATI,KENAL HATI,LEMBUT HATI,TAK BERHATI,TERANG HATI,GELAP HATI,RUSAK HATI,GURIS HATI,BELAH HATI.KUAT HATI,SUNGGUH BERHATI-HATI,..........................BERHATI-HATILAH KITA SEMUA.JIKA TIDAK BERHATI HAK KITA AKAN DICURI HATI.(SILA SAMBUNG).
|
|
|
Post by wakilrakyat on Jun 14, 2009 16:07:10 GMT 7
CERITA HATI,SAKIT HATI,SUKA HATI ,JATUH HATI,MURAH HATI,SENANG HATI,PANAS HATI,SEJUK HATI,GELI HATI,MAKAN HATI,SEDAP HATI,KERAS HATI,TAWAR HATI,BUSUK HATI,KENAL HATI,LEMBUT HATI,TAK BERHATI,TERANG HATI,GELAP HATI,RUSAK HATI,GURIS HATI,BELAH HATI.KUAT HATI,SUNGGUH BERHATI-HATI,..........................BERHATI-HATILAH KITA SEMUA.JIKA TIDAK BERHATI HAK KITA AKAN DICURI HATI.(SILA SAMBUNG). TIADA HATI
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 15, 2009 0:17:50 GMT 7
MAKAN HATI
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 18, 2009 12:29:56 GMT 7
BUSUK HATI,TAWAR HATI,KUAT HATI,BUTA HATI,TEBAL HATI,,MURAH HATI,SEJUK HATI,CURI HATI,HANGAT HATI,LEMBUJT HATI,
|
|
moon
New Member
Posts: 21
|
Post by moon on Jul 17, 2009 7:38:34 GMT 7
menusuk hati
|
|