Post by gen2dberiss on Dec 26, 2007 13:49:48 GMT 7
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Sejak akhir-akhir ni keperluan asas kita sering kali dikaitkan dengan masalah berkurangan la, tak cukup la, diseludup la dan macam macam lagi.
Sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha, saya sempat untuk keluar membeli belah di sekitar Sungai Petani, kebetulan dah ada di sana saya juga ingin membeli keperuan dapur untuk Hari Raya. Malangnya, minyak masak susah sungguh nak dapat, kalau ada pun dicatu. Sorang mungkin boleh beli 5 kg saja.
Pada mulanya saya ingatkan masalah biasa saja. Tapi rupa-rupanya masalah ni dah jadi topik hangat sembang-sembang kedai kopi. Saya cuba jalan-jalan kat kedai runcit seitar Batu 5 dan Sik. Sungguh, tak salah lagi. MINYAK MASAK tak ada.
Dato' Wan, walaupun benda ni tak penting bagi sesetengah orang, tapi ianya tetap menjadi bahan asas untuk memasak. Itu saya yang hanya menggunakan untuk kegunaan rumah sahaja. Macam mana rakan-rakan kita yang dok meniaga, buka kedai makan tu. Tentu depa pun susah jugak.
Yang sebenaqnya apa nak jadi ni. Nak naik harga lagi ka? Malaysia ni seringkali dibanggakan dengan pengeluar kelapa sawit terbesar dirantau ni. Tapi masalah yang kita hadapi juga berkaitan dengan kebanggaan kita.
Dato' Wan, kalau boleh kita pakat-pakat cari jalan penyelesaian macam mana nak bagi masalah ni selesai. Tak dak pihak yang nak ambik kesempatan dari sesuatu isu ang dibangkitkan. Kalau perlu ada tindakan, Dato' dan kami orang-orang perlu laksanakan. Kita tak boleh biarkan sesetengah pihak mengambil kesempatan sedangkan kita yang menanggung segalanya.
Semoga topik ini menjadi isu perbincangan yang baik sambil-sambil kita cari punca untuk membuka kesimpulannya.
ADIOS