akudahbosannganpaklah
Guest
|
Post by akudahbosannganpaklah on Oct 29, 2007 12:40:35 GMT 7
salam aidilfitri semua aku terpanggil utk buka thread baru ni utk kita sama2 berbincang pasal tajuk tu harap2 tuan2 dan puan2 ahli panel sekalian dapat berbincang dengan hati yg terbuka pasai pa jd lagu ni? nampaknya zaman paklah ni asyik2 rakyat jek yg kena menanggung segalanya... xbleh ke para pemimpin bijak pandai dlm kerajaan paklah imam besar hadari tu cari jalan supaya dapat menyelesaikan masalah ni tanpa rakyat yg akan menanggung akibatnya? bukan ke plus tu tiap2 tahun dapat untung? tnb baru2 ni kata dia dapat untung sampai 3 bilion? pertronas pun sama, untung berbilion ringgit tp masih xcukup lg ka? bukanka petronas ngan tnb tu company glc? yg boleh bersama2 kerajaan membantu rakyat bukannya menambahkan lg sengsara rakyat? jgn dok pikiaq untung saja so aku bharap tuan2 dan puan2 sekalian dapat memberi penjelasan yg relevan terhadap isu ni
|
|
akudahbosannganpaklah
Guest
|
Post by akudahbosannganpaklah on Oct 29, 2007 13:58:51 GMT 7
Tenaga nuklear mampu ganti minyak ISNIN – 4 DESEMBER 2006 BERITA HARIAN
Rencana
Oleh: MOHAMAD FAISOL KELING
Forum Kerjasama Nuklear di Asia (FNCA) yang disertai peserta dari 10 negara benua Asia dan Agensi Penguat Kuasa Atom Antarabangsa (IAEA) pada 27 November 2006 telah memberi ruang kepada Malaysia untuk memberi komen dan pendapat mengenai sumber nuklear yang dapat memberi faedah kepada negara dan menentang pembangunan senjata nuklear yang mampu mengancam keselamatan dunia. Fenomena kesan dan bahaya nuklear yang dipamerkan pada 6 dan 9 Ogos 1945 di Jepun yang mengorbankan nyawa yang melebihi 200,000 dan bencana kebocoran nuklear Chernobyl, Ukraine pada 26 April 1986 telah menyebabkan kepentingan nuklear sebagai sumber tenaga tidak mendapat perhatian masyarakat dunia. Rata-rata negara dunia, memberi pandangan negatif pembangunan nuklear sebagai ancaman kepada keselamatan negara.
Hakikatnya nuklear merupakan sumber tenaga yang memberi impak yang positif kepada ekonomi, politik dan kemajuan sesebuah negara. Sememangnya sumber nuklear telah disalahtafsirkan dan ia telah menjadi faktor yang menyebabkan kadar proses pembangunan Negara Dunia Ketiga (NDK) tidak sepantas negara-negara maju. Kejayaan-kejayaan NDK seperti Korea Selatan, Brazil, India dan Pakistan yang membangunkan nuklear telah memberi dampak perubahan dalam persepsi NDK terhadap kepentingan nuklear.
Kenaikan harga minyak yang mencecah AS$ 80 setong telah menyaksikan dunia global mengalami fenomena krisis tenaga akibat kenaikan harga minyak yang mendadak. Kesan kenaikan bahan api fosil ini telah mengundang cabaran ancaman keselamatan kepada negara dalam sustem antarabangsa apabila terpaksa menanggung kos kenaikan harga dan desakan rakyat yang terhimpit dengan kenaikan kos kehidupan seharian. Argentina dan Indonesia merupakan contoh terbaik dalam menilai kesan daripada kemelut kenaikan harga minyak dunia.
Krisis sumber tenaga ini telah memperlihatkan sesebuah negara terpaksa mengawal dan memperuntukkan jumlah perbelanjaan yang besar dalam menangani kebangkitan protes masyarakat. Masyarakat sememangnya tidak memahami senario sebenar krisis sumber yang dihadapi oleh sesebuah negara. Masyarakat seringkali menuding jari dan meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada kerajaan yang memerintah sedangkan fenomena kenaikan harga minyak antarabangsa adalah di luar kawalan kerajaan.
Kesan ancaman keselamatan dan kestabilan politik turut dialami Malaysia apabila rakyat mula mendesak kerajaan mengawal kenaikan harga keperluan domestik masyarakat. Kenaikan harga bahan api fosil ini sebenarnya telah mencabar kewibawaan kerajaan dalam mencari jalan penyelesaian. Kenaikan harga minyak domestik sebanyak RM0.30 sen seliter telah dijadikan sebagai pilihan yang mana dalam masa yang sama pihak kerajaan terpaksa menanggung kos sebenar harga minyak. Kerajaan dilihat terpaksa bergelut dengan kenaikan harga minyak di kala Malaysia yang masih dalam proses untuk bangun setelah kegawatan ekonomi yang melanda negara pada 1997.
Pihak kerajaan menyedari pendekatan yang diambil hanya dapat mengawal bagi jangka masa pendek dan realitinya kepupusan sumber ini akan mempengaruhi harga minyak terus meningkat di masa hadapan. Pengarah Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (CETREE) Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Kamarulazizi Ibrahim telah menyatakan bahawa sudah tiba masanya kerajaan Malaysia mempertimbangkan untuk menjalankan penyelidikan ke arah penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga selaras dengan senario kegawatan sumber tenaga pada ketika ini.
Hakikatnya Malaysia telah dijangkakan akan mengalami kehausan rizab minyak mentahnya dalam tempoh 19 tahun akan datang dan dalam masa yang sama rizab gas asli Malaysia hanya mampu bertahan selama 33 tahun sahaja sekiranya pihak kerajaan tidak menemui sumber atau telaga yang baru sehingga tahun 2009.
Kenaikan harga minyak akan mengundang kepada kenaikan tarif elektrik yang secara langsung akan memberi kesan kepada pelaburan asing di negara ini. Kenaikan tarif akan mempengaruhi para pelabur asing akan mencari destinasi pelaburan ke negara lain.
Dalam Forum Kerjasama Nuklear di Asia yang diadakan di Pahang pada 27 November 2006, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis telah menjelaskan bahawa dengan senario kenaikan harga minyak dunia yang semakin meningkat, Malaysia tidak boleh melihat alternatif penghasilan tenaga melalui nuklear sebagai sesuatu yang sangat jauh.
Ini kerana negara-negara di dunia kini telah mula bergerak ke arah penggunaan nuklear bagi menyalurkan sumber tenaga pada kadar yang sangat rendah dan menjimatkan. Tindakan pihak kerajaan yang memberi perhatian dalam masalah krisis tenaga ini merupakan titik permulaan keprihatinan kerajaan yang menilai kemungkinan dan cabaran negara untuk menghadapi krisis tenaga pada masa hadapan.
Apa yang dibimbangi kenaikan harga minyak ini akan membawa kesan besar kepada penjanaan tenaga yang akan turut membantutkan usaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020. Perbincangan kepentingan nuklear dalam Persidangan Akademi Sains Islam di Sarawak yang berlangsung pada 29 September 2003 telah mendedahkan bahaya bahan api fosil jauh melebihi sumber nuklear.
Menurut pendapat Dr. Samia Rashad dari Pusat Kebangsaan Keselamatan Nuklear dan Kawalan Radiasi Mesir menjelaskan bahawa sebuah stesen jana kuasa arang batu (fosil) yang berkuasa 1,000 MW akan melepaskan 100 kali ganda bahan radioaktif kepada alam sekitar berbanding sebuah reaktor nuklear.
Dari sudut ekonomi, jurang kelebihan antara bahan api fosil dengan nuklear ternyata berbeza kerana bagi menjana 1,000 MW (Megawatt) bagi satu tahun berasaskan bahan api fosil ia memerlukan sebanyak 2.6 juta tan metrik arang batu atau dua juta tan metrik minyak.
Manakala bagi memenuhi keperluan yang sama, sebuah reaktor nuklear hanya memerlukan 27 tan metrik minyak setahun. Kepentingan nuklear tidak hanya terhad dalam aspek ekonomi sebaliknya ia turut memperkembangkan bidang perubatan.
Negara-negara maju telah pun mengaplikasikan sumber nuklear dalam aspek perubatan secara meluas. Kebimbangan kebocoron nuklear boleh diatasi dengan kaedah pengawasan dan kawalan teliti. Teknologi dan bantuan kepakaran mampu diperoleh daripada kuasa-kuasa nuklear dunia seperti Jepun, AS, Perancis dan Jerman yang mempunyai banyak pengalaman dan kepakaran bagi mengelakkan bencana nuklear.
Hakikatnya NDK telah mula menerima kehadiran sumber tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif. Negara-negara maju seperti AS, Perancis dan Jepun yang sehingga kini memiliki 55 buah loji tenaga nuklear telah mengecapi kemajuan pembangunan hasil daripada kecekapan pengurusan sumber tenaga yang dapat menjimatkan perbelanjaan negara.
China pada 7 April 2005 telah menyatakan hasrat dan sasaran pembangunan nuklear di negara komunis itu untuk memiliki 40 buah loji nuklear dalam tempoh 15 tahun bagi memenuhi keperluan domestik khususnya sumber tenaga. Manakala Korea Selatan pula telah memiliki 20 buah loji tenaga nuklear yang bertanggungjawab menyalurkan 40% keperluan sumber tenaga dan Taiwan sehingga kini telah memiliki 6 buah reaktor tenaga nuklear yang menggunakan teknologi tinggi dan mampu menjana 4,900 MW kuasa eletrik semenjak pertengahan 1980-an.
Indonesia yang merupakan mangsa parah akibat kenaikan harga minyak dunia telah mengumumkan untuk membina loji tenaga nuklear dalam Sidang Kemuncak Kelima Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) yang diadakan di Bali pada 13 Mei 2006 setelah gagal memiliki nuklear yang diumumkan oleh Sukarno pada tahun 1965. Keputusan Indonesia yang akan membina loji tenaga nuklear pertama di Semenanjung Muria, Jawa Timur dengan kerjasama Korea Selatan, Jepun dan Perancis perlu menjadi kayu pengukur kepada Malaysia dengan usaha yang dijalankan. Persoalan mengenai Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) yang dibentuk pada 1995 tidak timbul sekiranya negara anggota tidak membangunkan nuklear sebagai senjata.
Myanmar yang merupakan antara negara termiskin di dunia, kini telah pun memiliki mini reaktor nuklear. Myanmar telah dikaitkan dengan pembangunan nuklear apabila memberi perlindungan kepada dua orang saintis nuklear Pakistan yang melarikan diri ke Myanmar selepas peristiwa 11 September 2001. China, Rusia dan Korea Utara telah dilihat sebagai negara yang bertanggungjawab menyalurkan teknologi dan pembangunan nuklear Myanmar.
Myanmar disyaki membangunkan nuklear lebih awal daripada 2001 berdasarkan peruntukan perbelanjaan pertahanan yang mencatakan AS$ 9.239 bilion pada 1996 yang merupakan peruntukan terbesar di kalangan negara ASEAN dan menyamai peruntukan pertahanan India yang merupakan kuasa nuklear Asia Selatan. Isu pembangunan nuklear Myanmar pernah dibincangkan dalam East Asian Summit yang berlangsung pada Disember 2005 di Kuala Lumpur.
Kesedaran kepentingan sumber tenaga nuklear di kalangan negara Asia Tenggara semakin berkembang apabila pada Ogos 2006, Vietnam yang merupakan negara yang menghadapi krisis tenaga telah membentangkan cadangan bagi membina reaktor tenaga nuklear bagi menjamin dan memastikan sumber tenaga dapat disediakan.
Tindakan pihak kerajaan yang mengeluarkan kenyataan dalam Forum Kerjasama Nuklear di Asia pada 27 November 2006 dan Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Sains dan Teknologi ASEAN (IAMMST) ke -4 pada 28 Ogos 2006 telah membuktikan pihak kerajaan mula memberi perhatian kepentingan sumber tenaga nuklear. Negara-negara membangun perlu menerima hakikat dan realiti terhadap keperluan nuklear sebagai sumber tenaga yang mana ia akan menjamin kemajuan sesebuah negara. Kejayaan negara-negara maju seperti AS, Britain, Perancis, Jerman, Jepun, China dan sebagainya adalah kesan daripada kebijaksanaan dalam pengagihan penggunaan sumber tenaga. Ia telah membawa kepada peningkatan aktiviti ekonomi pada kos yang lebih murah dan memastikan penyediaan sumber tenaga dapat disediakan secara berterusan. Justeru, sumber tenaga nuklear adalah sumber yang akan menjamin kemajuan dan memenuhi keperluan sesebuah negara khususnya dalam penyediaan sumber tenaga.
- MOHAMAD FAISOL KELING ialah Pensyarah Fakulti Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM).
so apa kata pemimpin kita ni cari jalan mcmana nak pakai nuklear ni kalo ikut artikel ni guna tenaga nuklear lebih menjimatkan cari la jalan utk selesai masalah ni bukannya asyik suh rakyat jek dok tanggung beban kalo mcm tu sesape pun bleh jd pm xpayah pikiaq nak sejahterakan rakyat kalo papehal, suh rakyat jek yg tanggung mcm ni pemimpin pun hangpa dok undi lg ka? takkan xda sesapa yg lebih layak dlm umno tu bleh ganti dia? ke budaya yes bos kipas mengipas utk jaga bontot sendiri dah jd budaya dalam umno? kamon la bangsaku
|
|
akudahbosannganpaklah
Guest
|
Post by akudahbosannganpaklah on Oct 30, 2007 14:09:36 GMT 7
aik??? senyap jek forum ni sibuk dok raya lg ka? ka org sik skang ni dah kaya raya dah x amik tau pasai kenaikan tu hehehehehe ;D maila kita berdiskusi sket takkan semua yg kerajaan imam besar hadari ni buat hangpa semua setuju sampai dok tekan kita dgn kenaikan ni pun hangpa semua xnak komen? jgn la jd pengikut mcm ni ni yg dok buat tun m lg dok sakit tu semua org dok ikut saja apa yg imam besar tu dok kata hehehehe
|
|
|
Post by Dato Wan on Oct 30, 2007 14:14:13 GMT 7
Saudara,saya telah membangkitkan isu DASAR TENAGA KEBANGSAAN dalam perbahasan mengenai bajet 2008.Kita tunggu apa yang kerajaan akan perjelaskan nanti.Saya akan maklumkan dalam ruang ini.Terima kasih di atas maklumat yang deberi dan saya pergunakan sebagai bahan-bahan dalam perbahasan saya mengenai isu tenaga.Terima kasih.
|
|
|
Post by charens on Nov 1, 2007 19:12:51 GMT 7
Sawaddi... Selaku wakil rakyat saya rasa Dato perlu perjelaskan dengan lebih mendalam lagi tentang kenaikan tol, minyak, gas, tarif elektrik dll. yang mana hampir semuanya dimiliki oleh syarikat milik kerajaan (GLC). Milik kerajaan adalah milik rakyat. Bila berlaku kenaikan orang akan faham 'hak rakyat makan rakyat'...
|
|
akudahbosannganpaklah
Guest
|
Post by akudahbosannganpaklah on Nov 16, 2007 10:34:59 GMT 7
siap la rakyat mesia semua selepas PRU nanti segala mak nenek kenaikkan akan diumumkan oleh kerajaan hadari pimpinan imam besar paklah bodowi kuikuikui ;D maka segala perhimpunan ka, komen kat tv ka tidak akan dilayan kerana paklah dah tau rakyat mesia ni sayangkan dia buatla mcm mana pun rakyat mesia tidak akan sesekali melawan pimpinan imam besar hadari hahahaha ;D so... jdkan PRU akan datang ni sebagai pengajaran kepada org yg cuba memilikeluargakan parti dan kerajaan hehehehee ;D
|
|
|
Post by Dato Wan on Nov 19, 2007 9:28:35 GMT 7
Saudara AKUDAHBOSANDENGAN PAKLAH,jangan sekali-kali menggunakan forum ini untuk mecaci orang lain,terutama pemimpin kita.Saya berharap sangat saudara gunakan forum ini untuk mencari jalan dan mengeluarkan buah fikiran bagaimana kita nak bangunkan kawasan kita di Sik.Contohnya jika harga minyak naik,apakah kita perlu buat seperti kempem besar-besar menanam pokok jarak untuk mengeluarkan biodisel di Sik.Jikia saudara hendak berpolitik bukanlah di forum ini.Siloa pergi ke Sik daftar jadi ahli Pas dan mari kita bertanding dalam pilihan raya ini.Jika saudara tidak menjadi ahli mana-mana parti politi,saudara boleh juga bertanding sebagai calun bebas.Saudara tidak perlu memperlekehkan seseorangterutama Pak Lah,nanti ada pujla orang lain yang masuk hentam Tun Mahathir.Tun Mahathir has done many grear things and he also has done many great sins.
|
|
|
Post by pakteh on Nov 19, 2007 9:29:21 GMT 7
Bagi pakteh la...setiap kenaikkan harga barang tu..memang terasa...minyak, gas, minyak masak, tepung and macam2 tu...semua tu keperluan. isk...camna nak buat xtau...nak salahkan paklah...pikiaq2 balik...bukan salah paklah.... Harga minyak naik salah paklah kaaa??? sejak 4 pemimpin dulu dan kini jadi 5 ngan paklah....ada tak harga minyak turun...xdak...sepanjang masa akan naik dan sentiasa naik..... BILA DIRENUNG2 semula....rupa2nya yg salah orang kita jugak...tapi bukan di Malaysia...Nuuunnn...di Asia barat nuuu... Disitulah simpanan minyak terbesar dunia....SAYANGNYA kekayaan tu hanya pada minyak...ILMU utk proses dan segala benda berkaitan minyak puak2 yahudi and nasrani yg control. Memang minyak di Arab Saudi tapi penentuannya dan segalanya ditangan US and konco2nya... Memang Iraq ngan Kuwait banyak minyak tapi...sesama ISLAM bergaduh...hancoq dua2..yg untung US dan konco2nya.... Nak salahkan paklah kaaa??? APA yang paklah bulih buat? tambah subsidi....?? berita hari ni minyak akan jadi US200 setong jika US serang IRAN...hehe...apa paklah bulih buat?? call bush mintak jangan serang iran?? Harga tepung pun naik...zaman dulu 80 sen ja sekilo..hari dah seringgit lebih...erm....seringgit lapan kaaa?? xsure....tapi nak banding dulu...memang hari ni lebih mahai.... tapi banding kan..... harga tepung 80sen dulu....orang baling ada xmakan...belapaq...xdak duit nak beli tepung 80sen sekilo.... hari ni....1.80 kaa...2.50 kaa...ada tak sampai tahap mati xmakan??? dulu tepung 80sen sekilo....basikal xmampu beli....hari ni...tepung 1.80 pun...paling teruk motosikal sebuah sure ada kebanyakkannya. kenaikkan minyak di pasaran dunia tu mendorong kenaikkan kos pengilangan....kalau kerajaan dok halang kenaikkan harga barang tu....lama2 tutup kilang2 yang anak2 kita...kaum keluarga kita dok gheja tu... kakitangan kerajaan pun bising gak...dulu minyak RM1.60 sen jaa 1L, kini RM1.92......bab depa dpt kenaikkan gaji xbising....cuba tanya kalau harga minyak RM1.60 setuju tak gaji pun kurangkan semula ke tahap lama?? begitu juga keadaannya dengan peniaga2 yang sure akan menaikkan harga barang. pakteh terima hakikat harga barang akan naik...cuma jika peningkatan tu keterlaluan...itu memang boleh rakyat salahkan paklah....cthnya...hari ni minyak masak pek 1kg RM2.50 tiba2 dinaikkan ke RM4.50....itu pakteh pun marah....tapai kalau kenaikkan 10 sen or 20 sen...kita kena terima hakikat bahawa kita semakin ke hadapan yg tidak dapat tidak....terpaksa menambahkan kos. Mana mungkin kita nak samakan harga belanja kawin hari ini dengan dulu.... ADA TAK KITA FIKIR dulu belanja yg diletakkan ketika meminang orang kebanyakkan sekitar RM3824 (awal 90an)....kini ada lagi tak camtu??? xdak...semua main letak RM6824.00...itu paling murah laa....biasa RM8888.00.....haha...ada kita pertikaikan mengapa semakin naik???
BAB PRU ni....selagi pembangkang terutamanya PAS tidak meletakkan calonnya melebihi 2/3 kerusi......tidak ada maknanya.....USAHLAH MEMBOHONGI RAKYAT BAHAWA PAS AKAN MEMERINTAH NEGARA KERANA SEPANJANG PRU 1 HINGGA 11......PAS TIDAK PERNAH MELETAKKAN CALONNYA MELEBIHI 2/3 KERUSI PARLIMEN MALAH...UTK MEMPEROLEHI MAJORITI MUDAHPUN TIDAK PERNAH.......so...camna nak memerintah?
p/s: setakat memenangi beberapa kerusi tu...adatlaaa...demokrasi...kang xdak langsung pembangkang...xdak plak yg nak menjadi "cek an beleng".
|
|
|
Post by pakteh on Nov 19, 2007 9:33:23 GMT 7
charens.... GLC tu milik rakyat...kalau dok petahan harga sampai xnaik2...lingkup la syarikat GLC tu....dah tau hak kita....jaga la bagi elok...biaq ada untung....kita bukak kedai runcit pun..kalau mak menakan mai ambik beras tiap2 hari....kita bagi free ka kena bayaq?? hehe...kalau bayaq maknanya "anak menakan makan mak menakan"
|
|
|
Post by sukusuku on Feb 19, 2008 15:27:42 GMT 7
Jangan dok salah kerajaan sangat, salah kita la kerana kita menggunakan minyak banyak sangat, moto sape dua tiga bute, keta sape dua tiga buah, dema tak dan nak korek minyak la tu, kerajaan pun bukan nak tanggung semua, banyak benda lain nak buat lagi, nak mesyuarat diluar negara, nak bayar gaji pembantu rumah, nak kena bayar pemandu, nak kena bayar minyak, semua tu kerajaan kena bayar tu, PM kita lagi teruk, dia naik keta pun orang bawak, mana dia tahu minyak mahal ke murah.
kita sebagai rakyat ni, kerja rajin-rajin, motong sape kayu, beli barang semua jangan dok berkira harga naik ka dak, kerajaan nak wat lagu mana, bayar saja,
bila PRU nanti kita undi lagi kerajaan la ni, baguh, kepentingan rakyat sangat dijaga, hidup senang, barang keperluan sentiasa ada, makanlah apapun komponen BN dok buat banyak kat kita,
marilah kita UNDI UMNO, oooops UMNO tak masuk bertanding, marilah kita undi BARISAN NASIONAL ( BARISAN NAK SENANG ) jangan silap pilih nanti hidup tak senang,
minyak mahal ka, apa ka, jangan dok berkira sangat...
hidup BN kekal terus kekal berkuasa
aku selesa walaupun motong getah tapi boleh guna tenet juga
|
|