|
Post by pakteh on Sept 12, 2007 21:27:23 GMT 7
Didalam kerendahan HATI, ada ketinggian BUDI, Didalam kemiskinan HARTA, ada kekayaan JIWA, Dalam penyudah SYAABAN, ada PENYERI RAMADHAN. Salam Ramadhan Al Mubarak 1428H untuk semua masyarakat didalam PARLIMEN SIK terutama utk YB Dato' DR Wan Azmi dan Datin Sofiah.
|
|
|
Post by afza7977 on Sept 19, 2007 8:09:29 GMT 7
selamat menyambut ramadan kepada semua org sik yg beragama islam. pasar ramadan kat sik mcmana? ramai org? rege makanan melambung ke terkawal? maklumla skang ni kan musim semua barang rege naik sian kat org kg yg dok sokong umno ni rege naik nak buat mcmana? dah brg keperluan ikut kerajaan la nak settle macamana walaupun kerajaan pun dah xbleh nak kawal hehehehehe ;D
|
|
|
Post by pakteh on Sept 20, 2007 10:53:58 GMT 7
hehe...harga barang naik ni bukan orang UMNO ja kesian...semua orang kena tempiasnya....hang sokong UMNO ka PAS ka DAP ka MIC ka MCA kaa GERAKAN kaa keadilan kaa...semua kena.... Jangan ingat bila sokong pembangkang harga x naik. lintah darat yg dok naikkan harga ni bukannya kenal hang sapa...yg penting duit.
harga barang memang mahai...baru2 ni di pasar ramadhan pekan Sik. Ada la gerai juai pasembor...murah sangat harga (RM2.00) berbanding tengok plastik yg dia bungkuih...my wife pun beli dua bungkuih. bayaq 4 inggit...dok tunggu kuah laa...hehe..pastu dia kata kuah ada dalam bungkuih tu...ooo..patut besaq...dia bungkuih kuah and letak kat tengah plastik....xpa la.... balik umah bukak la plastik....tuang ja pasembor....yg kluaq cuma...timun, sengkuang.....ujung2 kluaq cucoq 4 ketoi (anggarannya...2 biji cucoq kodok kecik belah 4) dan selak2 celah timun ada la teloq sebelah. Hahaha...tegelak besaq la bukak posa ari tu pasai pasembor yg xdak rupa pasembor.....makan timun ngan sengkuang. Ini kes harga ok but barang hancusss...
ada jugak yg ok...Nasi kukus berempah (Rm3.00)..fuh terangkat. lepas beli pasembor tu...beli nasi kukus tu 7 bungkuih...melayang 21 inggit tapi puas ati makan. mungkin kalau ada sokongan/dorongan yg baik...leh buat francais...or..bukak la cawangan kat mana2.
petang besoknya...hari isnin baru2 ni la...mak mentua beli sotong. Dia mintak sotong 3 inggit...balik di umah nak besiang....hehehe...ada 4 ekoq anak sotong. memang sotong mahai tapi bila 4 ekoq anak sotong harga 3 inggit bermakna kenaikkan harga dah berlaku dan bukan bandar besar shj terlibat....bandaraya Sik pun turut terlibat.
p/s: Mahai xpa...biaq puaih ati. Jangan murah harga sekupang tapi barang hancoqqq...panassss
|
|
|
Post by Dato Wan on Sept 20, 2007 13:21:26 GMT 7
Afza,kenapa nak salahkan UMNO;UMNO lah yang berjayas memerintsah negara selama sudah 50 tahun.Sudah banyak manafaat UMNO curahkan kepada bangsa Melayu.Afza juga banyak merndapat manafaat dari perjuangan UMNO.(CUBA RENUNG SEKEJAP DAN FIKIR BANYHAK-BANYAK).Tentang harga barang tu,bukan semuja barang boleh di kawal oleh kerajaan;hanya barang-barang terkawal sahaja.Cuba tengguk haraga basrang -barang ini;di Malaysia harga bawang merah hanya dalam lingkongan RM 2sekilogram;tetapi di Indonesia harga bawang merahialah 7000 rupiah persaamaan 7 ringgit,harga ayamh di Malaysia ialah 6.00 ringgit sekilogram,di Indonesia harga ayam ialah 17000 rupiah persamaan 17 ringgit sekoli dan di negara kita harga daging lembu tempatan ialah 16-18 ringgit sekilogram dan di Indonesia harga daging sapi atau lembu ialah 48000 rupiah ;iaiut lebih kurang 48 RM.Jika saudara nak barang murah silah pergi tinggal di Indonesia,Thailand,Filipina atau pergilah ke Amerika atau ke Englang,disana harga barang lebih rendah dari Malaysia.Di Sik harga kopi o iialah 40 sen,tetapi di Indonesia harga secawan kopi o ialah 2000 rupiah.Jika tidak ada UMNO kita pasti berada macam di Indonersia,Filipikna atau Thailand.Mahukah saudara jadi warga negara-negaea tersebut.Bersyukurloah kita apa yang ALLAH KURNAIKAN DI ATAS APA YANG SELAMA INI DI PERJUANGANKAN OLEH .UMNO.HIDUP UMNO UNTUK NEGARA UGAMA DAN BANGSA.
|
|
|
Post by pakteh on Sept 20, 2007 21:21:26 GMT 7
Jika diberi pilihan...negara manakah yg akan afza tinggal?
Pilihan 1: Negara kaya a) Jepun b) US c) Britain d) Jerman e) Lain2
Pilihan 2: Negara Asia Tenggara/jiran tetangga a) Indonesia b) Singapura c) Thailand d) Philipina e) Myammar f) Vietnam g) Kemboja h) timor leste
Pilihan 3: Timur Tengah a) Arab Saudi b) Iraq c) Iran d) Syria e) Jordan f) Pelestine g) Afghanistan h) Kuwait i) Pakistan j) lain2
Pilihan 4: Negara Benua Afrika 1) Nigeria 2) Sudan 3) Magribi 4) Siera Lione 5) Afrika Selatan 6) Zimbabwe 7) Lain2
Pilih ja but jangan pilih Malaysia kerana di Malaysia harga barang mahal sebab UMNO. dah 50 tahun UMNO menerajui BN memerintah Malaysia....harga barang mahal...so...pilihan tu saya letakkan but boleh pilih mana2 negara yg dirasakan lebih sesuai. Jika terlintas dihati bahawa Malaysia yg sesuai...bermakna TERIMALAH HAKIKAT BAHAWA......UMNO + BN berjaya mengemudi Malaysia dengan baik.
p/s: Dimana bumi dipijak...disitu langit dijunjung.....LEBIH BAIK LIHAT INDONESIA BAKAR BENDERA MALAYSIA DARI MELIHAT BANGSA SENDIRI MEMBAKAR BENDERA TERCINTA ITU.
|
|
|
Post by afza7977 on Sept 21, 2007 11:02:26 GMT 7
ileks la pakteh awat sampai emosional sgt? tu la org umno jentik sikit dah melompat hehehehe..
p/s: kalo ada rezki, pencen kang saya nak migrate p uk bleh tiap2 minggu tengok bola epl kat stadium hehehehe
|
|
|
Post by pakteh on Sept 21, 2007 14:23:31 GMT 7
hehehe...bukan emosional...sekadar memberi cadangan. Tang lain mungkin kita xsama...but tang tengok bola ni...hehe..kita leh join...xleh layan EPL pun leh layan kedah menang 3 piala pun dah rasa best.
|
|
|
Post by charens on Sept 22, 2007 9:30:34 GMT 7
Sawaddi... Selamat berpuasa dan selamat hari raya... Setiap kali umat Islam berpuasa dan nak raya pasti ada kekecohan sama ada kenaikan harga barang atau pun kehabisan tiket bas dan macam2 lagi. Yang memerintah negara tentulah BN (diterujui UMNO) yang kita sokong bukannya BA. Mengawal kenaikan harga barang sudah pasti kerajaan BN. Menjelang musim perayaan maka sibuklah para pegawai KPDN&HEP termasuk menterinya (yang memang pandai mengumumkan kenaikan harga barang). Penguatkuasaan mereka nampaknya sangat rapuh. Ada satu ketika beras naik harga pun mereka tak sedar. Menteri ini (juga dari UMNO) selalu berkempen agar kita guna kuasa pembeli supaya boikot jangan beli barang mahal. Saya kurang setuju dengan cara ini. Kalau kita boikot makanan asas alamatnya tak lama lagi kita semua akan kembali kepadaNya...
p/s: rakyat nak lihat menteri umumkan penurunan harga barang bukan asyik dok umum naik harga barang saja.
|
|
|
Post by afza7977 on Sept 24, 2007 8:48:00 GMT 7
betui tu charens... maksud aku ari tu.. pemerintah yg xbleh control masalah ni dan pemerintah tu plak adalah kerajaan BN yg dkuasai oleh UMNO... nak kontrol pembekal ke pengedar ke dr naik rege adalah keje kerajaan yg dipilih oleh rakyat kalo itu pun xbleh nak kontrol lagi tertindas la org2 kg yg dok kat luar bandar ni depa xpa la jd menteri gaji besar aku ingat brg dapur pun xpenah beli apa abis tiap2 bulan ada org sponsor hehehehe
|
|