|
Post by pakteh on Nov 27, 2006 7:50:07 GMT 7
Perak sedia khidmat Internet percuma
MANJUNG: Penduduk Perak akan berpeluang menikmati kemudahan internet secara percuma apabila kerja penyelenggaraan menggunakan sistem Aitil A A8 yang akan dilengkapkan sepenuhnya April depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Multimedia negeri, Datuk Dr Zambry Abd Kader, berkata sistem berkenaan akan dipasang di kawasan dengan kepadatan penduduk tinggi.
Beliau berkata, pada peringkat permulaan kerajaan tumpu kawasan penduduk padat seperti Manjung, Kinta dan Taiping.
Katanya, teknologi itu yang digunakan di China, Timur Tengah dan Amerika Latin munasabah murah dan mudah untuk diselenggarakan dengan kelebihan menyalurkan perkhidmatan dengan kapasiti 1.85 hingga-3 mega bite sesaat kepada orang ramai pada jarak 1.5 kilometer radius.
“Teknologi ini akan memberikan kemudahan kepada orang ramai dan pelajar untuk melayari internet dari mana-mana tanpa menggunakan alat tambahan.
“Bagaimanapun teknologi ini hanya boleh digunakan di kawasan lapang saja manakala pengguna yang berada dalam bangunan perlu menggunakan alat tambahan kerana akan menghadapi halangan gelombang penerimaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sukan komuniti Peringkat Manjung di Padang Astaka di sini, kelmarin.
Dr Zambry berkata, pembinaan dan pemasangan alatan itu sedang dijalankan seluruh Perak dengan bantuan peruntukan RM100,000 daripada setiap Parlimen.
Katanya, sebagai contoh, sebanyak 18 stesen pusat sedang dipasang di Daerah Manjung dan Pulau Pangkor untuk menyalurkan kemudahan itu.
“Kita akan memperluaskan keseluruh negeri apabila semua fasa dilaksanakan untuk memberikan rakyat kemudahan menggunakan pelayaran internet secara percuma,” katanya.
petikan dari berita harian
|
|
|
Post by Dato Wan on Nov 27, 2006 11:52:23 GMT 7
Sekarang ini kita di Parlimen Sik sedang memasang kemudahan jalur lebar.Akhir tahun ini semua kawqasan sekolah akan mempunyai kemudahan jalur leabr,seluruh kawasan dalam Pekan Sik sudah mempunyai kemudahan ini(lihat signal ( PKAPS),disamping itu persekitaran Kampong Masjid Jener i,Kg.Namek,Kg.Tupai dan Felda Teloi Timur juga mempunyai kemudahan yang sama.Kursus-kursus ICT sedang kiat kita jalankan di Pusat Khidmat Ahli PARLIMEN sIK.Kita juga sedang memberi kursus kepada Parlimen-parlimen lain.Saya berharap orang Sik ambillah kesempatan ini.Sila layari WWW.WANAZMISIK.COM,macam-macam ada.
|
|
|
Post by berus gigi on Nov 29, 2006 8:25:26 GMT 7
Mesh Wireless Broadband atau mesh Wi-Fi concept
|
|
|
Post by plag on Feb 3, 2007 22:53:04 GMT 7
Terima kasih tok wan kerana telah ada wireless di kawasan sik, saya cuma nak tanya tok wan saja, kat mana saya boleh guna internet dengan mudah, maksudnya ada plag karan, khususnya waktu malam, laptop saya kena guna karan, bateri dah kong, terima kasih sekali lagi
|
|
|
Post by pakteh on Feb 4, 2007 13:07:20 GMT 7
rasanya saudara kena bincang ngan kedai makan di sekitar Sik yg beroperasi dan mungkin dikenakan bayaran utk munggunakan karan sebab plug x disediakan. semalam saya jugak berbincang hal ni ngan kawan2 sambil minum2 dan search internet kat kedai di stesen teksi.sambil pekena roti arab. sempoi gak lepak situ sambil online. nampak ada la plug kosong....leh try sembang2 ngan tokey dia mintak guna...kot2 dia bagi...bayaq la kat dia kalau dia nak caj kos karan. sambil search tu...order la roti arab sebijik dua campoq tea tarik.... atau....beli bateri baru. settle masalah.
|
|
|
Post by plag on Feb 7, 2007 14:21:11 GMT 7
t kasih pak teh, saya pun dok lepak kat situ la
|
|
|
Post by pakteh on Feb 7, 2007 19:56:35 GMT 7
ok....mungkin lepas ni...pakteh suggest kat dia supaya sediakan soket lebih..siap cable panjang sikit...sampai semua meja...so...leh la lepak lama2..., dia caj la ikut jam...kannya pa duit pong karan tu...50 sen sejam kaa...ikutlaa.... mungkin lepas ni leh borak2 ngan plug....leh bincang2 utk memanfaatkan lagi kemudahan yg ada di Sik ni.
|
|
|
Post by you belantik on Apr 13, 2007 19:45:11 GMT 7
macamana pulak dgn kami warga kg surau,belantik yang dahagakan kemudahan ini tp masih terpinggir dari segala kemudahan yg disediakan. Harap dpt memberikan jawapan yang memuaskan bagi semua pihak
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jul 31, 2007 11:41:54 GMT 7
You Belantik,sila pergi kekawasan sekolah rendah Belantik,disitu saya sudah pasang kemudahan jalur lebar tanpa wire.
|
|
|
Post by pakteh on Jul 31, 2007 20:43:51 GMT 7
Kemudahan internet disediakan disemua sekolah di seluruh Sik. penduduk sekitar sekolah juga boleh menikmati kemudahan tersebut.
caranya: 1. Anda perlu mempunyai laptop yang boleh dihubungkan ke internet melalui wireless (tanpa wayar - kedai komputer tahu tentang ni...atau datang ke pejabat Dato' dan tanya).
2. Anda perlu berada didalam kawasan hotspot, mudahnya...berdekatan sekolah...dibelantik tu sekolah rendah tu laa...
|
|
|
Post by org kg on Dec 26, 2007 11:34:18 GMT 7
berapa coverage wireless kt sekolah rendah belantik?
|
|
|
Post by Cikgu Muda on Dec 26, 2007 12:22:21 GMT 7
Assalamulaikum
YB Dato', saya juga diantara jutaan manusia yang sentiasa menggunakan internet, bila saya terbuka web site ini dan membaca ruangan berita terkini ni, maka saya juga ingin bertanya, tambahan pula saya sekarang sudah kembali bertugas di sik (sebelum ni kat kolumpo).
YB Dato', kalau la boleh.. saya sekarang ni kiranya bermastautin di beris jaya la, kalau la YB Dato' ada peruntukan berkenaan dengan soal internet broadband ni, saya sarankan supaya YB Dato membuat pemasangan di Pustaka Desa Bandar Baru Beris Jaya tu, ramai jugak anak-anak sekolah yang duduk memanfaatkan perpustakaan tu. saya dah cadangkan kan kepada pengerusi belia kat situ, tapi nampaknya belum ada apa-apa perkembangan. andai boleh YB Dato' membantu saya dan juga anak anak disini ke arah celit IT ni, saya amat berterima kasih pada YB Dato'.
dan sekiranya YB Dato memberikan kemudahan ini kepada sekolah, makanya sukar untuk pihak penduduk disini untuk menggunakan perkhidmatan ini, mungkin kerana sekolah adalah kawasan larangan dan kawasan diluar pagar sekolah itu terlalu jauh. berkemungkinan akan kurang signal yang dihantar dari router nya.
harap YB Dato dapat mempertimbangkan saranan dan cadangan saya ini.
|
|
|
Post by gen2dberiss on Jan 2, 2008 8:04:44 GMT 7
Assalamualaikum & Selamat Tahun Baru
siapalah gerangannya cikgu muda ni ya, kenalkanlah sikit empunya diri, bukannya apa.. cuma nak kenal-kenal, sebab kata orang tak kenal maka tak cinta.
saya juga amat bersetuju dengan saranan yang dikemukakan, kalau la tidak menjadi satu keberatan kepada mana-mana pihak, maka ada eloknya rangkaian streamyx dipasang di perpusatakaan desa bandar baru beris jaya. banyak kegunaanya, kalau bagi komputer, banyak pulak masalahnya. bila dah ada sistem wifi di sana, pengguna tak perlu berebut nak guna komputer lagi, cuma bawa la notebook sendiri. lagi pun kat beris sekarang ni dah ramai anak-anak dan penduduk beris yang memiliki komputer riba ni.
saya menyokong penuh cadangan cikgu muda.
p/s : bila dr. wan setuju nak pasang, pengguna di beris jaya jangan menggunakan kemudahan ini untuk tujuan negatif, manfaatkan penggunaan internet ke jalan yang sepatutnya.
ADIOS
|
|
|
Post by pakteh on Jan 2, 2008 15:07:58 GMT 7
Assalamualaikum... selamat tahun baru.... pakteh juga setuju dengan cadangan cikgu dan gen2dberis...rasanya Dato' tidak berkeberatan jika tujuannya baik cuma disini yg perlu difikirkan ialah bayaran bulanan sewa streamyx tu....perlu diperjelaskan kerana setiap bulan perlu dibayar.....jika di sekolah...sudah pasti yg membayarnya pihak sekolah....jika di perpustakaan desa?... mungkin boleh diwujudkan komuniti siber di situ dan mewujudkan aktiviti yg bermanfaat utk mengutip dana bagi tujuan membiayaai kos sewa bulanan...skang berapa sewa agaknya...lebih kurang 80 ka? .... cth terbaik bagaimana komuniti kg membuat program utk manfaat bersama ialah kg masjid yg berjaya mewujudkan pusat tuisyen hingga berjaya melahirkan pelajar 5A dlm UPSR baru2 nii... mungkin boleh kutip sorang singgit kaa atau apa2 jaaa....jika diwujudkan komuniti siber...pakteh berminat utk join...atau.....JOIN KELAB ICT DAERAH SIK......mungkin aktiviti boleh diperkembangkan dari situ....sila ke pejabat Dato' utk maklumat lanjut berkaitan kelab ICT Sik.
|
|
|
Post by Berusgigi on Jan 7, 2008 19:42:18 GMT 7
Idea yg dicadangkan oleh cikgu amat bagus. Disamping itu saya sarankan agar cikgu membuat aktiviti2 spt tusyen secara percuma kpd generasi muda beris jaya. Cikgu patut membantu anak bangsa.
Dato' Pihak MCMC mempunyai fund utk projek internet desa. Sik adalah dibawah USP project. Kalau boleh pihak dato' identify semua kawasan yg hendak dimasukkan 2 MB internet access. Saya akan senaraikan semua kawasan tersebut ke dlm projek USP Fasa 3 utk diserahkan kepada pihak MCMC. DIsamping itu Dato' perlu lobby Dato' Halim Shafie (chairman MCMC) utk kita kecualikan sewa selama 2 tahun. Pihak saya akan package kan mengikut requirement yg Dato' berikan.
Utk pengetahuan Dato', saya sedang melaksanakan satu projek utk DUN Sg Tiang dimana mereka dapat 2MB internet Access secara percuma selama 2 tahun. Semua kos ditanggung oleh fund dari MCMC.
|
|