|
Post by dato wan azmi on May 9, 2005 22:43:22 GMT 7
Pelan pembangunan untuk pekan Sik , pekan Batu Lima dan Pekan Gulau akan disiapkan dengan kerjasama KEDA dan Pejabat Daerah.
Sekiranya ada apa-apa cadangan untuk dimasukkan ke dalam perancangan ketiga tiga pekan ini, sila kemukakan kepada saya.
Pelan ketiga-tiga pekan ini perlu disiapkan selewat-lewatnya sebelum bulan Ogos 2005.
Untuk makluman semua, ketiga-tiga pekan ini perlu dirancang semula disebabkan oleh pembinaan jalan raya 4 lorong yang sedang dilaksanakan sekarang ini bermula dari Gurun ke Gulau.
|
|
|
Post by Pemerhati on May 22, 2005 8:59:07 GMT 7
Macamana dengan Perancangan dari Begia ke Kampung Betong. Apakah jalannya perlu di perbesarkan serta di bangunkan satu kawasan pekan di satu tempat yang sesuai dimajukan disana?
|
|
Dato Dr Wan Azmi bin Ariffin
Guest
|
Post by Dato Dr Wan Azmi bin Ariffin on Jun 21, 2005 10:47:00 GMT 7
Perancangan pembangunan Begia ke Kg Betong- pembangunan pekan kecil di Kuala Jeneri untuk menempatkan beberapa istitusi pendidikan seperti Kolej Komuniti dan Institut Insaniah dan beberapa pembangunan infrastruktur yang lain.
|
|
|
Post by Guest on Jul 25, 2005 12:26:08 GMT 7
;DMinta semua itu dipercepatkan
|
|
|
Post by PakUtih on May 4, 2006 10:40:47 GMT 7
Assalamualaikum.... saya melihat pembangunan ketiga3 pekan ini akan memberi kesan positif kepada penduduk berhampiran.....apakah ada perancangan untuk memastikan kemajuan pekan kecil seperti Gulau dapat dinikmati oleh kg2 yg agak ketinggalan seperti Nami, Danglau, yang jalan raya yg menghubungkan kg ini dengan Gulau tidak/JARANG dilalui oleh KENDERAAN AWAM. bolehkah jaringan jalanraya disambungkan terus dari Gurun ke Nami (penghujung daerah Sik) yang saya rasa boleh menjadi penghubung kepada jalan dari Durian Burung yg dirancang.
|
|
|
Post by wanazmi on May 5, 2006 13:39:35 GMT 7
pakutih, Jambatan Nami ke Tanjung Piring hampir siap dilaksanakan selepas ini jalan pula akan di naik taraf dari Gulau ke Naka.
Jalan ke gulau ke durian burung tidak melalui Nami tetapi melalui Belantik. terima kasih
|
|
|
Post by Rasidkasmani on May 20, 2006 9:08:32 GMT 7
Dato', Bagaimana dengan pembangunan yang sedang diusahakan oleh JKKK kg. Bukit Cham? saya amat berminat untuk memajukan sawah terbiar dengan kelapa dan limau masam yang telah kami cadangkan. Di samping itu kami cuba bangunankan ia sebagai kawasan pelancongan melalui kelapa dan limau masam tersebut. Semoga cadangan saya diterima oleh Dato'! yang benar Cigku rasid kasmani e-mail: rasidkasmani@yahoo.com 019-4664721.
|
|
Orang Sik Masjid Namek
Guest
|
Post by Orang Sik Masjid Namek on Jun 21, 2006 0:59:28 GMT 7
Apa perancangan dato untuk pembangunan pendidikan di sik dalam rm9, berapa peruntukannya dato, kalau rahsia tak payah jawab, saja nak thu, kalu banyak rasa lega sikit
|
|
|
Post by mizie on Jun 21, 2006 11:57:12 GMT 7
apa yang saya tahu..Dato' telah memberi satu impak yg cukup besar kepada kita penduduk di daerah sik...terutama dalam pembangunan pendidikan....sistem wireless di setiap buah sekolah di seluruh daerah Sik...termasuk sekolah agama bantuan kerajaan...dan beberapa kemudahan eWorldLibrary yang boleh diakses percuma (yuran Dato' dah bayarkan).... semua ni saya rasa menjurus kepada sokongan pendidikan utk guru2 agar penduduk Sik menerima pendidikan yg setaraf.... dan saya melihat Guru dan pegawai KEMAS diberikan kursus komputer...ini ada satu perubahan yang besar kepada kemajuan diri guru2 KEMAS di Daerah Sik.... Mungkin Dato' boleh memberikan secara lebih terperinci......bab bajet tu...hanya Dato' yg tahu
|
|
|
Post by mat noq on Jun 22, 2006 14:35:08 GMT 7
ya saya sokong ! terima kasih dato ! ;D
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jul 19, 2006 16:05:17 GMT 7
Rasidkasmani sila berjumpak saya di pejabat
|
|
|
Post by Dato Wan on Jun 21, 2007 11:30:14 GMT 7
Saya sedang membuat persiapan untuk kajian separuh penggal RMK9,sudi berhubung dengan saya jika anda mempunyai apa-apa rancangan untuk memajukan daerah kita.Anda bolehlah gunakan laman web ini.
|
|
|
Post by muhamad asraf on Jun 25, 2007 14:33:17 GMT 7
salam dato... dah siap blom perancangan pembangunan 3 pekan tu yg kata keda ngan majlis daerah dok buat? kalo bleh saya nak tau gak ape plannya? kalo harap majlis daerah, tmn permainan kat tgh pekan sik tu pun xbleh nak jaga...inikan pula nak buat plan pembangunan hehehe...saya ckp mcm tu coz cuti skolah baru2 ni saya balik kg.. saya bawa anak saya p medan selera kat pekan tu pastu dia nak p main kat tmn permainan tu biasala budak baru 2 thn.... tp punya la saya kecewa tgk tmn tu...rumput panjang, sampah merata2...xterurus langsung...lembu pun ada kat tgh pekan tu...apa yg majlis daerah dok buat hah dato?
|
|
|
Post by pakteh on Jun 26, 2007 15:17:49 GMT 7
yup..pakteh setuju sesangat....bab rumput panjang, smapah, toilet kotoq...memang selalu pakteh sembang...memang teruk dan memalukan...taman mainan tu bukannya besaq sangat..tu pun tak reti nak bagi elok.... sebab tu shahnon ahmad suka tulis busuk lagi membusukkan...memang tak terurus. dulu pakteh cadang suruh la semua yg terlibat dengan lanskap di SIk ni pi kursus/melawat/makan angin di mana2 daerah yg lawa....paling lekeh....naik bas pi sungai petani pun dah laa...elok sikit pada sik walaupun depa bandar besar. kalau xmau...pi seberang perai...atau xmau....pi la taiping..tengok camna taman tasik dia depa jaga...hijau mata memandang....
|
|
|
Post by muhamad asraf on Jun 27, 2007 8:20:16 GMT 7
salam dato... apa plan pembangunan sik utk rmk9 ni dato? dato xbgtau lg ni...hehehee
|
|