|
Post by berus gigi on Oct 5, 2006 16:14:01 GMT 7
Saya telah dapat seorang guru Cina yang sanggup mengajar anak Melayu dengan bayaran rendah di Jeneri. Dia akan ajar English dan Matematik. Gitu juga seorang guru Qiraati.
Balik kepada bayaran tadi. Dari pengalaman, program tusyen murah boleh diadakan dengan syarat kutipan dikutip in advanace. Contoh, kalau charge Rm1 utk satu kelas bermakna pelajar kena bayar RM4 pada awal bulan untuk satu subjek. Kalau dua subjek dia ambil bermakna minggu pertama dia akan bayar RM8. So kalau dia hadir atau tidak selepas itu, kita tak ada masalah. Depa akan rasa sayang kerana dah belanja utk bayaran. kalau tak hadir rugi.
SIkap orang Melayu memang suka benda yang percuma, tapi tak pernah menghargai bila dapat percuma. Kalau bangsa lain depa cukup hargai benda percuma dan kalau boleh nak capitalize sepenuhnya.
Saya dah tengok contoh di Sek Ren Tamil Barathi. Pelajar U yang bercuti buat kelas tusyen percuma. Budak-budak datang sepenuhnya. SOkongang dari emak bapak juga kuat selain dari sekolah.
Tapi orang Melayu (terutama di daerah Sik), sedih lagi menyedihkan. Terutama pemimpin politik. Cakap saja lebey
|
|
|
Post by dato wan azmi on Oct 6, 2006 11:54:30 GMT 7
LI,kita akan jadi projek di Jeneri sebagai projek perintis.Sesiapa berminat nak mulakan projek seperti di Jeneri sila berhubung dengan saya.
|
|
|
Post by berus gigi on Oct 8, 2006 11:18:05 GMT 7
Dato' Tahun depan saya akan mulakan dengan tingkatan 2-3 utk matematik, sains dan English. Begitu juga dengan darjah 5-6 yang akan dibuat pada siang hari. Qiraati kita akan buka untuk budak-budak 5-12 tahun. InsyaAllah saya akan cuba buka kelas komputer selama sejam seminggu utk umut 5-15 tahun. RM1 charge
Saya akan cuba jadikan projek ini sebagai satu projek pendidikan contoh. Cuma saya perlu cari buku teks untuk buat library kecil. Rak telah dibuat. Whiteboard kecil telah saya order.
Saya akan cuba bercakap dgn guru2 yg berminat utk mengajar, dewan akan bayar saguhati. Duit nanti saya akan cuba cari.
Kalau projek ini berjaya, saya akan cuba dedahkan kepada semua JKKK untuk depa lihat. Disamping projek Homepage.
Saya anggap benda-benda ini bukan main-main lagi. Kalau tak buat kita ketinggalan.
Saya kurang berminat utk membantu orang dewasa kerana saya telah buat untuk kelas inggeris dan komputer, tapi semuanya cakap jer lebey. Kita yg rush balik utk mengajar, tapi muka depa pun tak nampak.
|
|
|
Post by pakteh on Oct 9, 2006 13:46:19 GMT 7
pakteh berminat ngan apa yg berus gigi nak buat kat jeneri...nak buat kat tempat sendiri...peralatan xdak apa lagi...kerusi xdak lagi....memang serba kekurangan, kalau boleh diwujudkan tabika perpaduan or kemas pun dah kira bagus...dewan terbiar walau baru dibaikpulih....tapi tabika ni rasanya tak lulus plak kot kalau student xramai.... pakteh ni minat la jugak nak dedahkan pasai komputer kaa kat yg muda2 ni.....cuma skang ni dok mintak depa pi kat pejabat dato', mujoq ada kemudahan kat situ.....mungkin la tahun2 ke depan ni...leh dapat pc utk dewan kg pakteh tu...
p/s: jadikan apa yg berus gigi buat kat jeneri tu sebagai model utk semua JKKK, kalau x 100% berjaya....sikit pun dah kira berjaya....
|
|
|
Post by berus gigi on Oct 9, 2006 15:00:41 GMT 7
Tahun depan InsyaAllah, kalau kelab ICT tu diluluskan, kita mula kerja. Kita buat masterplan, pastu kita laksanakan satu-satu ikut perancangan.
Bab kerusi tu, cuba tanya Dato' kot-kot bleh sponsor 20 biji.
Pisang berangan kami dah banyak keluar dan agak besar. Cantik dan montel lagi. Hasil dari pisang ini akan digunakan untuk aktiviti pendidikan di Dewan Kami tu.
|
|
|
Post by Dato Wan on Jun 18, 2007 11:18:56 GMT 7
.. . . gunakan ruang ini untuk melaporkan sebarang kesalahan menaikkan harga barang dan perkhidmatan di Daerah Sik
|
|
|
Post by pakteh on Jun 20, 2007 11:12:10 GMT 7
saya setuju sesangat....sesiapa sahaja sila maklumkan kenaikkan harga barang disini. Ini medan terbaik utk dipantau sendiri oleh ahli parlimen
|
|