|
Post by khalid on Apr 21, 2005 22:33:19 GMT 7
apa pendapat datuk tentang cara terbaik untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris di kalangan pelajar?
|
|
|
Post by dato wan azmi on Apr 22, 2005 0:21:45 GMT 7
saya berpendapat langkah2 berikut perlu digiatkan di peringkat akar umbi
1) kempen kesedaran kepentingan Bahasa Inggeris dalam konteks globalisasi
2) bahan bacaan, perlu di perbanyakkan di kampung2 seperti di kampung Sadu yg mempunyai banyak bahan bacaan dalam B.Inggeris di perpustakaannya.
mungkin faktor ini merupakan pendorong utama kejayaan pelajar2 di Kampung Sadu. (kampung saya)
3) saya amat mengalukan cadangan saudara supaya saya boleh membawa cadangan itu ke pihak kementerian Pelajaran.
terima kasih
|
|
|
Post by OrangLuar on Nov 8, 2005 15:52:46 GMT 7
Mulakan dengan komik-komik kartun berbahasa Inggeris yang mudah-mudah dan bertemankan kamus English-Malay. Kalau ada alat siararaya, tayangkan VCD program-program berbahasa Inggeris macam lagu karaoke kanak-kanak (yang mudah khusus untuk kanak-kanak pra-sekolah - orang dewasa tak reti Bahasa Inggeris pun boleh dapat faedah) Galakkan bertutur dalam Bahasa Inggeris sesama kawan-kawan walaupun tunggang-langgang, jangan malu atau ketawa jika tersilap..buat selamba je. Pekerja-pekerja kilang multinasional berbangsa Cina (anak Melayu ada juga 2 -3 org) yang tak reti orang putih, akhirnya cekap orang putih sebab depa berlawan cakap walau pada awalnya grammer dan nahunya entah apa-apa.
|
|
|
Post by Ishak on Dec 25, 2005 10:04:48 GMT 7
Penguasan sesuatu bahasa itu dapat diperkasakan melalui proses pendengaran dan pertuturan. Untuk persekitaran di kampung yang berteraskan Bahasa Melayu, agak sukar untuk suasana ini diadakan. Bagaimana kalau kita dapat aktifkan semula program mempromosikan masjid/surau sebagai satu nukleus aktiviti masyarakat yang kalau saya tak silap telah dirancang semasa Dato' Sanusi menjadi MB dahulu. Boleh direnung samada kita dapat melengkapkan Masjid/Surau dengan satu sistem multimedia yang dapat digunakan untuk tujuan pendedahan kepada penggunaan dan pembelajaran bahasa - termasuk Bahasa Inggeris. Saya rasa ramai dikalangan anak anak Sik yang telah mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang professional dan mereka ini boleh digembelengkan untuk menyumbang kembali kepada pembangunan kampung mereka.
Selain sistem untuk pembelajaran bahasa atau pun topik lain, kita juga boleh menempatkan VCD/DVD berkaitan pembacaan Al-Quran, ibadah haji dll yang boleh digunakan oleh masyarakat setempat. Fasiliti komputer di masjid/surau ini juga boleh digunakan sebagai satu elemen serampang dua mata untuk menarik minat anak anak muda ke surau. Kalau diteliti kehadiran di surau, eg Kg Bigia, amat sedikit dihadiri oleh kalangan muda.
Untuk permulaan, mungkin ada individu ataupun institusi yang ingin menukar sistem komputer mereka dan mereka ini boleh didekati untuk menyumbang komputer lama mereka ke "Program Pengkomputeran Surau Desa" ini - sekiranya diusahakan bersungguh-sungguh mungkin berjaya.
Sekian, terima kasih.
Ishak Mat, Kg. Kuala Bigia.
ishakmat@streamyx.com
|
|
|
Post by charen on Dec 25, 2005 18:45:14 GMT 7
YB Dato', saya difahamkan terdapat ramai pelajar-pelajar yang lulus dengan cemerlang pada Peperiksaan PMR yang lalu. Tidak adakah cadangan mengadakan anugerah pelajar cemerlang peringkat Parlimen Sik?
Charen Srisuwan charen_srisuwan@time.net.my
|
|
|
Post by dato wan azmi on Mar 3, 2006 17:49:30 GMT 7
Program Perkomputeran sedang dimulakan di Kg. Masjid, Kg. Namek dan Kg. Tupai. Saya sangat-sangat berharap kampung-kampung yang lain ikut contoh kampung-kampung ini. Di Kg. Masjid kelas bahasa inggeris dikendalikan di dewan di sebelah malam dan sambutan amat baik sekali.
|
|
Orang Sik Masjid Namek
Guest
|
Post by Orang Sik Masjid Namek on Jun 21, 2006 0:53:32 GMT 7
Molek cadangan YB tu, untuk program perkomputeran di masjid, saya nak buat juga bagi masjid namek, masjid kita sama la, kalu dato ada idea nak kongsi dengan saya, boleh saya tolong semampu mungkin, buleh dok di masjid selareh, tapi kena ada streamyx la, saya ada tapak hosting untuk masjid namek kalau dato berasa bekenan, boleh panggil saya gi pejabat dato, kita sembang sana, kalau nak berubung dengan saya tengok borang pendafataran Digital Library kat pejabat dato. saya dari smk gulau, ...
|
|
|
Post by DatoWan on Jun 24, 2006 19:21:53 GMT 7
Saudara Ishak Mat Begia. Terima kasih saya sedang mengadakan kemudahan tersebut khususnya kemudahan perpustakaan elektronik. Saya mulakan di semua sekolah pada tahun ini. Tahun depan ditadika kemas dan masjid. sudi layari WWW.wanazmisik.com inilah projek yang saya maksubkan. sudi beri komen
|
|
|
Post by Dato Wan on Jun 24, 2006 19:26:08 GMT 7
Org Sik Masjid Namek. Tahun ini saya akan pasang kemudahan stremyx dan jalur lebar (wireless) dalam sebulan dua ini, setelah pendawaian semula dewan namek yang baru dibina itu siap. Aku rasa org namek ini ialah jhong kasing.
|
|
|
Post by pak itam on Jun 30, 2006 21:41:18 GMT 7
Hai,this is pak itam speaking.....let me go straight to the point. About computer : hope you do something to the orphanage 'Rumah Gemilang'. Need supply of computers. At the moment we lack the items.Not enough capital. At the moment we are spending about RM 15,000 per month for food,pocket money,clothing,electricity,water etc. etc. The enrolment now at RG is 80 (22boys/58 girls). Hoping to make an open day with YB.......why not we call TV3 on that day. The orphans will be very glad. Cherrio,till we meet again.
|
|
|
Post by John Kasing on Jul 1, 2006 9:11:42 GMT 7
DEAR JOHNG, PAK CHA SHOWED ME THE EMAIL CONCERNING ABOVE. I WASN'T THE ONE WHO POSTED THAT. BUT WHATEVER IT IS, I WELCOME THE IDEA OF HAVING STREAMYX ETC. I HAVE TESTED YOUR COMPUTERS FOR NAMEK WITH SUHAIMI THE TECHNICIAN. HE REPROGRAMMED THE TWO AND ARE READY FOR USE (SOON I HOPE). TQ. JHONG KASING
|
|
|
Post by pak itam chawan on Jul 7, 2006 23:05:06 GMT 7
PEACE BE UPON THOU I really feel sad about the standard of English among our students.Recently at the Matriculation College ( better not state where ) I got the opportunity to talk to a few students,all of whom got A1 for English.I tried to communicate with them in English.I regretted ,none of them could communicate.They told me that they only understood what I talked about,but cannot continue communicating with me.
I told them that during my time,students with F9 can talk English fluently.
Why,why,why. The old system of teaching English is more efficient. Let the Ministry of Education go back to the teaching of grammer.
|
|
|
Post by prihatin on Jul 25, 2006 15:09:23 GMT 7
macamana nak buat dengan budak-budak sekolah yang sangat nakal ni, orang kampung kata buas, dalam bilik darjah boleh loyar buruk, buku tak pernah bawa, suka ganggu kawan, kerja tak pernah siap, kalau guru nak rotan tak boleh kesian kat bebudak tu, itulah kelohan kawan saya sbg guru, tolong bagi pendapat sikit
|
|
|
Post by Dato Wan on Jul 26, 2006 21:08:32 GMT 7
sAUDARA PRIHATIN,sudi pergi ke RADIO TV PARLIMEN SIK DENGAR LAGU NASIHAT PAK DOLAH SENIMAN 1930ANmungkin cara ini kits boleh atasi masalah itu.Saya kini sedang buat peyelidakan mengenai lagu lama dari Sik untuk kembalikan semangat jati diri bangsa.Jika saudara ada lain-lain lagu lama sila hubungi saya.LAGU MURID DERJAH DUA 1930an.
|
|
|
Post by warga smkg on Jul 27, 2006 13:14:36 GMT 7
Assalamualaikum datok, baru-baru ni saya dengar dari pengetua dalam mesyuarat guru mengatakan datok nak pasang wireless kat sekolah kami, bila tu datok ?, kalau datok tak dapat memenuhi janji datok tu, maklumkan kepada kami supaya kami mencari alternatif lain dan tak mau ganggu datok lagi, sekian terima kasih atas keperihatinan datok kepada kami di cerok sik.
|
|