|
Post by dato wan azmi on May 4, 2009 9:32:00 GMT 7
Walaupun Daerah Sik Kedah Darul Aman merupakan sebuah daerah yang terletak jauh di pendalaman,jauh dari bandar,ianya tidak jauh dari segi pembangunan.Seluru daerah ini dilenkapi dengan jalan-jalan raya tang baik dan dihubungi dengan jalan raya-jalan raya utama ke bandar-bandar utama,Kemudahan pendidikan dan kesihatan terdapat di seluruh daerah ini.Walaupun Pekan Sik tidaklah besar sepwerti pekan-pekan di daerah lain,tetapi inya membekalkan hampir semua jenis barangan dan perkhidmatan yang diperlukan.Seluruh daerah dibekalkan dengan kemudahan bekalan api letrik dan bekalan air.Ekonomi Sik agak lemah sedikit,kerana kebanyakan penduduk adalah petani yang masih mengamalkan sistem pertasnian tradisional.Getah adalah merupakan tanamanekonomi utama,diikuti dengan tanaman padi dan buah-buahan yang diusahakan secara sara diri.Walaupun banyak usaha dijalankan oleh kerajaan untuk meningkatkan lagi taraf ekonomi daerah ini,inya masih kurang berkesan.Ini adalah kerana sosio-ekonomi Sik masih terlalu bertanggung kepada getah dan pertanian tradisional.Hanya dalam masa lima enam tahun ini beberapa jenis ekonomi pertanian yang baru seperti penternakan ayam dan lembu secara fidlot,ternak ikan air tawar,penaman tanaman yang baru seperti nenas,longan,dan buah-buahan yang lain diusahakan oleh beberapa orang petani.Penduduk dalam daerah ini agak lambat sedikit mengalami perubahan dari segi bidang ekonomi khususnya.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 4, 2009 9:45:06 GMT 7
Walaupun demikian penduduk di daerah ini buakanlah ketinggalan sangat,terutama mereka yang dilahirkan didaerah ini.Dalam tahun 1950an anak kelahiran Sik sudah pun pergi belajar di England.Beliau yang dimaksudkan itu ialah Laksemana Madya Abdul Aziz bin Wabab ( Tok Wahab Tuli ) dari Kampong Caruk Padang Sik.Beliau adalah anak Sik yang pertama belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar,beliau berpeluang pula belajar di Dartmouth England dalam bidang ABC (Atomic Biological Chemistry).Selepas memperolehi kelulusan itu beliau telah menyertai Pasukan Tentera Laut-British Navy semasa itu dan selepas Merdeka bertukar menjadi Tentera Laut Diraja Malaya ,(TLDM).Bapanya adalah orang kampong biasa,tidak mempunyai banyak tanah dan buta huruf pula.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 4, 2009 10:00:59 GMT 7
Saya amat tertarik kepada Abdul Aziz bin Wahab.Sewaktu saya berada dalam Darjah 3-4 di Sekolah Melayu Sik,salah seorang guru saya (Allah Yarham Cik Gu Said yang berasal dari Kampong Pisang Jitra) telah menjemput Laksemana Abdul Aziz datang ke sekolah dan bercerita mengenai England kepada kami. saya dan beberapa orang rakan amat terpegun sekali dan berminat sungguh untuk belajar di England. Beliau juga kerap pulang ke kampong dengan memandu sebuah kereta sport ;iaitu MG SPORT.Disebelahnya pula adalah merupakan seorang wanita yang cantik;iaitu isterinya yang merupakan seorang ratu cantik.Semasa menjawat jawatan kedua tertinggi dalam TLM,beluau dikenali sebagai Laksemana Madya Abdul Aziz Wahab.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 4, 2009 10:06:09 GMT 7
Kolonel Azri bin Daaud pula (peringkat lebih muda dari saya),adalah seorang anak penureh getah.Beliau adalah merupakan seorang pemandu pesawat jet PkIejuang F14 dan juga pemandu pesawat MIG.Kini beliau menjadi jurulatih ,melatih anak bangsa untuk memandu pesawat-pesawat jet.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 4, 2009 10:15:18 GMT 7
Berasaskan dua watak di atas,maka timbullah ilham kepada saya untuk merekoidkan ,jika boleh semua anak -anak kelahiran Sik,yang pertama mencapai kejayaan dalam semua bidang kerjaya,Apabila saya membuat sedikit kajian,agak terkejut juga,kerana ramai anak-anak kelahiran Sik yang menempah berbagai kejayaan di dalam berbagai bidang,Kebanyak mereka dalah anak-anak orang kampong biasa sahaja.Ibu bapa mereka banyak yang tidak bersekolah,hampir semua adalah berkerja sebagai petani tradisional . Namun demikian kesemua mereka mempunyai harapan yang tinggi terhadap pelajaran anak-anak mereka.Kesemua mereka telah banyak berkorban untuk kepentingan pelajaram anak-anak mereka.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 4, 2009 10:23:32 GMT 7
Kami anak-anak Sik yang berjaya dalam bidang masing,bukalah dari keluarga yang kaya dan senang(kecuali beberapa orang sahaja seperti Tun Azmi bin Ahmad ,anak Pegawai Daerah Pak Mad Deli,Professor Shahnon Ahmad anak seorang Posman ).Kebanyakan kami mengaslami banyak kesusahan semasa kecil-kecil dahulu.Satu perkara yang positif yang dimiliki kami ialah kami semua rajin belajar dan ibu bapa kami tetap memberi semangat dan dorongan walaupun mereka emua susah dan tidak berpelajaran.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 4, 2009 10:31:15 GMT 7
Ada dua perkara yang penting,yang membawa kepada pencapaian mereka;yang pertama ialah kemahuan mereka tinggi terhadap pelajaran,dan disokong dengan semangat yang kuat oleh ibu bapa mereka;yanh kedua ialah kemudahan dan dasar yang di sediakan oleh Kerajaan yang di perjuangankan oleh UMNO. Gabungan kedua-dua faktor inilah yang mendatangkan hasil kepada mereka.Jika kemahuan dsajaha yang ada tetapi dengan tanpa penglibatan pihak kerajaan kejayan mungkin tidak akan tercapai.Demikian pula jika pihak kerajaan mengadakan segala dasar dan kemudahan,tetapi jika tidak dimafaantkan,ianya juga tidak akan menghasilkan kejayaan kepada rakyat.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 4, 2009 10:35:24 GMT 7
Saya cuba memperturun seberapa banyak yang mungkin anak-anak kelahiran yang pertama berjaya didalam sesuatu bidang kerjaya.Saya amat mengrapkan anak-anak muda Sik dapat menjadikan mereka ini sebai odola dan contoh ikutan untuk mencapai kecermelangan khuhsnya dalam bidang pelajaran dan dalam kerjaya masing-masing dan turut berkhdmat kepada negara dalam bidang masing-masing.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 4, 2009 10:40:01 GMT 7
Selepas saya dapat mengumpulkan semua anak-anak kelahiran Sik yang pertama berjayaan dalam bidang-bidang tertentu,saya kan membuat penyelidikan dengan lebih menfalam lagi mengenai individu-individu ini dan akan dibukukan.Saya amat berhartap jika sesiapa juga yang mempunyai maklumat merreka ini dapat dikertturunkan di sini,malalui Ruang Forum dalam laman web saya www.wanazmisik.com.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 6, 2009 12:28:13 GMT 7
Dua tiga puluh tahun dahulu Daerah Sik adalah merupakan salah sebuah daerah yang paling mundur di negeri ini dan juga di seluruh negara.Dengan adanya pembangunan yang pesat yang dijalankan oleh kerejaan negeri dan juga kerajaan pusat,Daerah Sik kini sedang menbangun pesat.Pekan Sik yang baru telah dimajukan oleh pihak Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA),kebun getah sudah banyak yang ditanam semula,taliair sudah banyak yang disediakan untuk memulih sawah-sawah yang terbiar,semua kampong mempunyai jalan berturap,sekolah-sekolah rendah dan menengah dibina di merata tempat,jalan raya yang menghubungi daerah ini dengan bandar-bandar utama telah dibangunkan dan masjid-masjid berdiri megah di setiao khaariah daerah ini.Pendek kata segala pembangunan asas tyelah ,sedang dan akan dibina oleh Kerajaan Barisan Nasional.Namun demikian pembangunan manusia masih lagi ditahap yang rendah,Walaupun pun sudah ramai bilangan anak-anak kelahiran yang telah berjaya di dalam berbagai bidang kerjaya masing-masing;namun demikian masih ramai yang tidak dapat turut mencapai kejayaan.Masih ramai yang bereda di tahap kehidupan seperti ibu bapa mereka,malah lebih teruk lagi jika dibandingkan dengan orang tua mereka.Terlalu banyak yang hanya belajar sehingga ke Tingkatan 3 sahaja dan begitu banyak sekali yang terlibat dengan aktiviti sosial yuang negatif seperti menageh dadah dan meminum air daun ketum.Kerja -kerja kampong tidak menarik minat mereka,hanya berminat berkerja di kilang-kilang atau menoreh getah di sebelah pagi dan masa-masa yang lain terbuang begitu sahaja.Semangat untuk memajukan diri sendiri adalah begitu rendah sekali.Mungkin mereka tidak ada role-model yang hendak diikuti,mungkin mereka tidak ada kemahiran-kemahiran tertentu atau mungkin mereka tidak ada wawasan yang hendak dituju.Oleh yang demikian ,salah satu pendekaan tang perlu diadakan ialah memperkenalkan iindividu-iindividu terpenting yang dilahirkan di daerah ini,supaya mereka ini dapat dijadikan role-model kepada anak-anak muda di daerah ini;khususnya mereka yang sedang belajar kini.Saya sendiri mempunyai role-model sendiri speretri Laksemana Madya Abdul Aziz Wahab,Tun Azmi Ahmad,Tnan Seri Hanafiah Ahmad dan ramai lagi anak-anak kelahiran Sik yang telah berjaya sebelum saya.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 6, 2009 23:05:17 GMT 7
Setelah meneliti dengan terperinci,didapati anak-anak kelahiran Kampong Sadu yang paling mendapat kelulusan universiti.Keluarga Allah Yarham Haji Kecik mempunyai lima orang anak-anak yang berkelulusan universiti.Kampong Sadu telah melahirkan doktorvperubatan,jurutera,pakar kewangan,pegawai polis,pendidik,pensarah universiti dan berbaai bidang lagi.Kejayaan anak-anak klahiran Kampong Sadu adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang jarang terdapat di kampong-kampong lain.Setelah saya pulang dari belajar di Caanada,sebuah perpustakaan telah kami bangunkan,Saya telah dapat mengumpul banyak buku-buku yang disimpan diperpustkaan ytersebut.Perpustakaan Kampong Sadu adalah merupakan perpustakaan desa yang pertama di daerah ini.Arwah bapa saya adalah merupakan ketua kampong yang sangat disegani oleh semua lapisan masyarakt kampong ini.Beliau amat supaya berada di perpustakaan ini mulai jam 2.30 sehingga jam 5 petang .Kedua kampong Sadu terletak di atas kawasan yang tinggi,mengadap ke kawasan sawah padi yang terbentang luas.Pemandangan sebegini membuat pemandangan kami menjadi luas dan ini mempengaruhi kami.Semenjak perpustakaan ini dibuka ,pelajar-pelajar di kampong ini hampir kesemuanya memperolehi Pangkat 1 dalam ujian peperiksaan SPM.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 6, 2009 23:11:44 GMT 7
Ibu bapa kami anak-anak kelahiran Kampong Sadu bukanlah terdiri dari keluarga yang mempunyai banyak kebun getah dan sawah padi.Setiap keluarga memiliki tidak lebih dari 5-6 ekar sahaja tanah-tanah pertanian.Kesemua kami dapat yang memasuki universiti memperolehi biasiswa kerajaan.Oleh yang demikian kedua-dua faktor;iaitu dasar kerajaan dan semangat jati diri kami tergabung menjadi dua faktor yang membawa kejayaan kedapa anak-anak kelahiran Kampong Sadu.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 7, 2009 10:40:19 GMT 7
Oleh kerana banak kejayaan yang dicapai oleh anak-anak kelahiran Kampong Sadu.maka matlamat untuk berjaya di dalam bidang pelajaran telah menjadi budaya hidup penduduk-penduduk kampong ini.Budaya yang sedemikian ini telah juga merebak ke kampong-kampong yang berjiran denganya,seperti Kampong Lubuk Bedil,Kampong Bangguil Kiat,Namek dan Namek Tua.Kampong Banggul Derdap dan Kampong Kemelong juga tidak ketinggalan. Jika semua kampong-kampong di daerah ini mengambil Kampong Sadu khususnya sebagai akan berjaya.Kampong Sadu adalah kampong kelahiran saya dan juga tempat kelahiran a dan sekarang inidik=adik dan sepupu-sepupu yang yang kebanyakannya telah berjaya dan sekarang ini anak-anak kami pula turut berjaya.Cuma apa yang berdeza dengan kami ialah kebanyakan mereka tidak dilahirkan di Kampong Sadu.
|
|
|
Post by natasya on Dec 16, 2009 10:58:05 GMT 7
tahniah untuk anak-anak sik yang telah berjaya dalam hidup mereka. saya sendiri bila lah berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara...lepas abis Upm dulu ingat nak terus apply utk postgraduate kat Liverpool Univ/ London Univ..memang saya minat sangat tapi itulah..dah 5 tahun abis belajar dah ni ...ingat nak memajukan diri a.s.a.p and coming to the State memang dalam impian saya...wish me luck! **selagi kita tak ubah diri sendiri, tak akan ada sesiapa yang dapat mengubah**
|
|
db
New Member
Posts: 1
|
Post by db on Dec 22, 2009 13:22:48 GMT 7
Semoga usaha murni ini diteruskan
|
|