|
Post by pak itam chawan on Jul 20, 2006 20:04:27 GMT 7
24 Jun 2006,perjumpaan pertama keturunan dari keluarga Panglima Haji wan Ibrahim Mekong diadakan di perkarangan rumah Tuan Haji Ahmad bin Haji Musa,di Kampong Banggol Derdap,Sik,Kedah.Majoriti hadzir dalam perjumpaan tersebut : dari Perak,dari Kuala Lumpur dan 90% penduduk Sik dan Baling.
YB Dato' Wan Azmi dan Datin Sopiah turut hadzir.YB Dato' ialah salah seorang dari keturunan Wan Ibrahim.Dianggarkan lebih-kurang 3 ribu ahli keluarga hadzir.
Sesapa saja dari keturunan Wan Ibrahim Mekong yang belum mendapat carta salasilah bolehlah di beli di Pusat Urusetia,beralamat di Kampong Namek,Sik.
Terimakasih pada semua yang turut memberi kerjasama pada hari tersebut.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jul 21, 2006 11:18:22 GMT 7
Semua ahli keluarga Wan Ibrahim Mekong sila lihat dalam WIKEPIDIA mengenai MEKONG,lihat fasal prasejarah mekong.Mengikut Yb.Dato Prof. Wan HASHIM BIN WAN TEH,ahli Parlimen Gerik,MEKONG ertinya gelaran pembesar istana dibawah sedikit dari raja.Di Gerik mengikut katanya masih ramai terdapat orang tua-tua yang bergelar MEKONG,seperti TOK MINAH MEKONG.Ca,mu,JOHNG dan YALEMAN MEKONG cuba mula kaji dari sini,tk.
|
|
|
Post by alwi on Jun 28, 2007 18:33:14 GMT 7
saya mahu lihat salasilah keturunan Panglima Haji Wan Mekong
|
|
|
Post by pak itam chawan on Jun 28, 2007 23:50:34 GMT 7
sdr alwi ,
Kat dato' pun ada . Pi pejabat dia . Dato' pun dari keturunan wan ibrahim mekong . Pasai tu nama dia wan Azmi .
|
|
|
Post by muhamad asraf on Jun 29, 2007 8:48:28 GMT 7
nasib baik la wan ibrahim mekong tu lari mai mesia dulu kalo tak mesti.......xbleh ckp kat cni...sensitif skang... hehehehe p/s: dah cx ngan org tua smalam, saya pun dari keturunan tu jugak hehehe
|
|
|
Post by Dato Wan on Jun 29, 2007 9:30:33 GMT 7
Asraf,saya sekarang ini sedang bereda di Kemboja,selepasurusan resmi saya pergi melawat Kampong Cham,mungkin trtap asal tok nenek kita dulu.Saya akan masukkan maklumat yang diperolehi nanti.
|
|
|
Post by muhamad asraf on Jun 29, 2007 11:03:56 GMT 7
mak aii.. sampai kat kemboja dato skang... hehehe...bagusla dato mcm tu at least dapat gak tau asal usul keturunan kita ni... kat sini kalo xkenal org ingat saya jawa hehehe
|
|
|
Post by Dato Wan on Jun 29, 2007 21:50:54 GMT 7
Sekarang,bertarikh 29,saya sedang makan malam di Reatoran Mekong Tours yang dimiliki dan diurus oleh orang Cham yang berugama Islam.Mereka boleh bertutur dalam Bahasa Melayumtetapi pelek macam Siam.Masakan mereka seperti tok\tok kita masak dulu,masak lemak ayam.Besuk akan pergi ke Kampong Cham,nak sedekah sedikit wang untuk madrasah disitu,minta mereka buat tahlil untuk WAN IBRAHIM MEKONG.
|
|
|
Post by Dato Wan on Jun 30, 2007 18:55:41 GMT 7
Hari ini bertarikh 30hb,Jun 2007 kami empat orang,saya bersama isteri saya,anak sulung saya dan rakan anak saya telah pergi membuat lawatan ke salah sebuah kampong orang Cham/Melayu di kawasan Kampong Cham yang jaraknaya lebih kurang 150 km dari Phnom Pehn.Jalan yang mennuju ke Kampong Cham dalah seperti jalan dari Gurun ke Sik 30 tahun dahulu,cuma ianaya agak lurus.Pekan Kampong Cham terletak di tebing Sungai Mekong dan pekan ini lebih kurang besar Pekan Gurun sahaja.Penduduk di kawasan ini majoritinya ialah orang Cham atau orang Melayu Cempa.Orang Melayu Cempa berasal dari Cempa sebuah negeri Melatu yang telag kelapaditakluk oleh Bangsa Vietnam pada kurun yang keempat belas dahulu ;atau lebih kurang tujuh ratus tahun dahuluKini Cempa adalah sebahagian dari negara Vietnam.;iaitu terletak di hulu Sungai Mekong ,sebuah kawasn yang bergunung dan berbukit.Istana raja Melayu Cempa masih lagi wujud dan kini telah dijadikan sewbuah muzium di sana.Akibat dari serangan orang Vietnam dan kekalahan mereka di dalam perperangan mempertahan tanakair mereka itu,hampir semua mereka lari mengglihir Sungai Mekong dan memetap di persisiaran Sungai Mekong yang bereda di sebelah Negara Kemboja atauNegara Khmer.Penempatan orang -orang Melayu Cempa tertumpu di Kampong Cham,Kampong Sun dan banyak lagi penempatan orang-orang Cempa Melayu di dataran Sungai Mekong.Di tempat asal mereka ;iaitu di Cempa dalamNegara Vietnam sekarang ini masih terdapat- perkampongan orang-orang Melayu Cempa di persekitaran tebing Sungai Mekong.
|
|
|
Post by Dato Wan on Jun 30, 2007 20:50:18 GMT 7
Kami telah membuat lawatan ke kawasan yang dikenali sebagai Tonle Bet atau kawasan Tasik Tertutup.Dalam musim banjir kawasan ini akan menjadi sebuah tasik yang luas,kerana air dari Sungai Mekong melimpah ke persekitaran kawasan ini.Kampong yang kami buat lawatan itu dikenali sebagai Phun Cero atau Kampong Air Deras.kerana kampong ini terletak di tebing Sungai Mekong.Kampong ini mengandungi sebanyak 436 buah rumah dan anggaran penduduknya berjumlah lebih kurang 1500 orang dan kesemua mereka berketurunan Melayu Cempa atau orang Cam dan semua berugama Islam dan bermaslahat Imam Shafie seperti kita juga.Ramai juga yang boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan loghat ala sedikit Siam/Khmer.Dari perbualan dengan mereka saya dimaklumkan ME ertinya ketua atau raja,MEKHUN ertinya Ketua atau Raja sesebuak kawasan atau negeri.Justeru gelaran bagi WAN IBRAHIM ialah WAN IBRAHIN MEKHUN bukannya WAN IBRAHIM MEKONG.iBU wan Ibrahim ialah MERENG,dalam Bahasa Khmer seperti disebut di atas ME ertinya ketua atau raja dan RENG ertinya KERAS.Oleh yang demikian MERENG bererti RAJA YANG KERAS atau RAJA YANG TEGAS.Mungkin faktor inilah yang membuat semua keturunan Wan Ibrahim Mekhun begitu tegas sebagai pemimpin atau juga sebagai ulama.Faktor ini akan saya membuat kajian secara mendalam lagi apabila nanti pergi membuat lawatan ke tempat asal mereka di Cempa Vietnam.Salah seorang yang temui di kampong ini bernama MOMAT;mo bererti NENEK dan MAT ialah Mohammad;nenek Mohamad ini berumur dalam lingkungan 80 tahun dan wajah beliau mirip nenek saya Musa bapa ibu saya.Hidungnya tinggi,rambutnya sedikit kerinting dan telinganya sedikit capang seperti wajah saya.Bentu badannyaagak sedikit kurus,dan tinngiya hampir sama dengan ketinggian saya,Beliau memberitahu saya dalam Bahasa Melayu Cam bahawa moyangnya bernama Wan Ali dan dia pernah dengar cerita dari orang tua-tua dahulu bahawa Wan Ali mempunyai seorang abang bernama Wan Ibrahim;persoalanya sekarang ialahmungkinkah Wan Ibrahim yang dimaksudkan itu ialah moyang kita WAN IBRAHIM MEKHUN.Jika betul maka bermaknalah kita hampir menemui akar umbi keturunan kita .
|
|
|
Post by Dato Wan on Jul 2, 2007 9:53:38 GMT 7
Dari tiga ratus buah rumah yang terdapat di kampong ini,hanya terdapat empat buah rumah sahaja yang berdinding papan ,bersaiz lebih kurang seperti rumah PPRT di daerah kita.Rumah-rumah ini adalah dimiliki oleh mereka yang agak sedikit berada.Rumah-rumah lain adalah begitu buruk dan daif sekali.Tiang rumah diperbuat dari kayu bulat,lantai dari buluh dan dinding dari kulit-kulit kayiu ,plastik dan buluh.Rumah-rumah tidak mempunyai bilik,ruang yang sama digunakan untuk tidur,rihat dan dapur;tirai digantung untuk menjadi bilik dan jika mereka mempunyai anak-anak gadis.Rumah mereka tidak mempunyai tandas dan bilik air.Begitu juga di kampong-kampong Melayu yang lain,kampong ini tidak mempunyai bekalan kemudahan asas,seperti bekalan air,letrik,telefon dan jalan masuk ke kampoing ini hanya jalantanah merah sahaja.Hanya beberapa buah rumah sahaja yang memiliki peti televisyen ddengan menggunakan bateri dan semua menggunakan pelita minyak tanah.Setiap buah rumah mempunyai satu,dua buah rempayan untuk digunakan bagi mengisi air hujan dan air ini digunakan untuk minuman dan masakan.Air mandian mereka perolehi dari Sungai Mekong yang begitu keruh sekali.Rumah-rumah merereka semuanytinggi,lebih kurang sepuluh kaki tinggi.Ketinggian rumah seperti ini adalah untuk berlindung dari banjir besar yang berlaku dua tiga bulan setahun.Di sebelah malam mereka menambat lembu ternakan mereka di bawah rumah seperti nenek moyang kita lakukan dalam tahun-tahun 1940an,1950an dahulu.Bangunan masjid mereka lebih daif dari kanding kambing kita.Mereka bersembahayang di atas tanah dan apabila tiba musim banjir mereka tidak boleh menunaikan solat Jumaat selalma sebulan dua.Seluruh kampong ini penuh dengan najis tahi lembu.air -air kotor yang bertakong dan parit-parit tidak ada untuk mengalir air itu ke sungai di musim hujan.
|
|
|
Post by pakteh on Jul 2, 2007 19:24:11 GMT 7
isk...bertuahnya jadi rakyat Malaysia.....kes camtu hanya dirasai masa sebelum umoq 6 tahun....di Kerawai time org bela lembut tambat bawah rumah....api xdak...pelita mintak tanah....minum air sungai/telaga...
p/s: kirim salam pada semua ahli rombongan seramai 4 orang tu...dan...harap2 akar umbi keturunan mekong mula ditemui...walaupun saya bukan asal darinya.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Jul 3, 2007 7:12:49 GMT 7
assalamualaikom,
depa susah kerana peperangan.....semuanya angkara komunis. orang Islam di bunuh , mesjid dibakar , koran pun depa musnah .
anak aku nak pi bulan ogos ni .....tahun sudah dia pi , dan dia cerita pun macam dato' cerita . kesian kat depa . pada mereka , Malaysia ni macam surga .
kita kena banyak bersyukur . ALHAMDULILLAH.
WASSALAM.
|
|
|
Post by alwi on Jul 4, 2007 0:00:06 GMT 7
Saya juga berasal dari keturunan Panglima Hj Wan Ibrahim Mekong. Bapa saya Tarmidi Hamid anak Hajah Zainab Ahmad sebelah Tok Timah dan Mak saya Rogayah anak Mariah anak Che Li dengan Tok Timah sebelah Pak Awang Itam. Jadi saya sokonglah kalau Datuk Wan ni kaji tentang sejarah keturanan Panglima Hj Wan Ibrahim ni di dalam Malaysia dan di luar Malaysia. Jadi saya cadangkan kalau Datuk menerbitkan buku tentang Panglima Hj Wan Ibrahim ni dengan salasilah keturunan beliau samada di Malaysia atau di luar Malaysia. Kalau boleh muatkan gambar kg halaman, keluarga di Malaysia dengan luar Malaysia dalam buku ni. Buku ni penting untuk jenerasi keturunan akan datang supaya depa tau sejarah asal keturunan depa.
|
|
|
Post by adawiyah on Sept 19, 2007 21:40:15 GMT 7
bila lagi nak diadakan perjumpaan keluarga?
|
|