|
Post by lewat sari on Jul 28, 2006 10:38:38 GMT 7
jam dan tarikh tak betul la tok wan, cuba lihat kat ats tu...
|
|
|
Post by dato wan azmi on Aug 2, 2006 15:26:08 GMT 7
Lirik Lagu KAMPONG KENANGAN JENERI.
KENANGAN KENANGAN, KAMPONG KU KENANGAN, JASA MU DIKENANG, KERANA MU HIDUPKU SENANG.
KENANGAN KU CEMERLANG, NEGERI KU GEMILANG, NEGARA KU TERBILANG, CEMERLANG,GEMILANG,TERBILANG.
KAMPONG KU BUMINYA HIJAU, NEGERI KU KUNING DAN HIJAU,MALAYSIA KU JALUR GEMILANG, DIRIKU TURUT CEMERLANG.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Aug 3, 2006 9:14:38 GMT 7
LIRIK LAGU KAMPONG SADU; SHAHDUNYA DESAKU SADU, SAWAH TERBENTANG LUAS HADAPAN MU, KICAUAN BURUNG SANGAT MERDU' SUNGGUH RAMAI ANAK-ANAKMUBERILMU.
TERUS MAJU TANAH TUMPAH DARAHKU, BERDIRI MEGAH DI SEGENAP PENJURU, DARAH YANG MENGALIR DALAM BADAN KU, PASTI KU SEMAI BENEH YANG BERMUTU.
HIDUP KAMI AMAN DAMAI, DI DESA YANG SANGAT PERMAI, TIADA HALANGAN UNTUK MAJU, DESA LAHIRKU KAMPONG SADU.
DESAKU SADU BERDIRI MEGAH, DESAKU SADU BERDIRI GAGAH, DESAKU MEGAH DAN GAGAH, DESAKU MEGAH DAN GAGAH.
Gubahan dan lirik oleh Dato Wan Azmi Ariffin pada 7.8.2006.
|
|
|
Post by DATO WAN on Aug 9, 2006 9:37:50 GMT 7
senukata lagu SERENDAH SIKEBUN BUNGA
SERENDAH SERENDAH NAMA MU MEGAH KEBUN BUNGA SUNGGUHLAH INDAH HARUM SEMERBAK DI PAGI HARI ISTANA PUTRA SENDAYU TINGGI
SERENDAH SERENDAH WAJAH BERSERI SERENDAH SERENDAH MEMBAWA REZKI SERENDAH SERENDAH SUNGGUH CEMERLANG MENJADI MEGAH GEMILANG DAN TERBILANG
SUNGGUH RAMAI TETAMU TIBA SANGAT TERPIKAT DAN TERGODA HASRAT SEHARI UNTUK BERTATANG TERKENANG SELALU SEHINGGA BERULANG
SERENDAH SERENDAH WAJAH BERSERI SERENDAH SERENDAH MEMBAWA REZKI SERENDAH SERENDAH SUNGGUH CEMERLANG MENJADI MEGAH GEMILANG DAN TERBILANG
SUNGAI MENGALIR DI HIASI IKAN AIRNYA JERNIH BERKILAU KILAUAN GADIS AYU MENCUCI PAKAIAN DI ATAS BATU SUNGGUH MENAWAN
SERENDAH SERENDAH WAJAH BERSERI SERENDAH SERENDAH MEMBAWA REZKI SERENDAH SERENDAH SUNGGUH CEMERLANG NEGARAKU CEMERLANG GEMILANG DAN TERBILANG
CEMERLANG GEMILANG TERBILANG
|
|
|
Post by jaga makan on Sept 9, 2006 22:42:17 GMT 7
MALAYSIA PUSAT MAKANAN HALAL
Setiap orang daripada kita semuanya tahu, makanan yang kita makan akan menjadi darah daging. Sedar atau tidak
hakikatnya makanananlah yang akan membentuk hati kita. Begitu juga akhlak, perilaku dan tindakan adalah
berpunca daripada makanan yang kita makan.
Apakah terfikir oleh kita, apa yang kita makan itu adalah halal dalam erti kata yang sebenar, adakah kita
yakin dengan makanan yang bertanda halal? Siapakah yang membekal makanan kepada kita? Senaraikanlah makanan yang anda makan, dari manakah sumbernya? Apakah kita berasa selesa dan selamat kerana berada dalam negara Islam Hadari Malaysia, kita tak perlu selidik
dengan begitu mendalam? Kalau tak pun prihatin dengan makanan yang kita ambil.
Dalam fikiran saya berkecamuk, memikirkan perkara yang teramat penting ini, saya tak mampu menguraikan kata-
kata yang sebaik mungkin. Anda fikir dan anda renungkanlah.
Kemanakah perginya pemikiran Wakil-wakil yang kita pilih, apakah yang mereka fikir dan bincangkan? Perkahwinan
yang menjadi sejarah? Menyimpan misai supaya nampak hebat.
Mengapakah kerajaan yang kita pilih tidak memikirkan dan mengambil berat mengenai pemakanan rakyatnya.
Hanyalah projek besar-besaran, pemilikan harta. Pembangunan material itulah yang dititikberatkan.
Siapa yang menguasai ekonomi negara, siapa yang membekalkan makanan kepada kita, apakah yang diniagakan oleh
orang kita?
Mengapakah kerajaan tidak membantu orang kita membina ekonomi supaya lebih kukuh, perhebatkan industri
makanan, biar kita makan, makanan yang diusahakan oleh orang kita, Pemimpin hanya menyeru rakyat berkerja
keras, mengusahakan, menghasilkan seperti yang dikatakan oleh mereka apabila berkunjung ke kampung-kampung,
Satu kampung satu produk, apa yang dihasilkan oleh orang-orang kampung ini, ikan pekasam, budu, ikan kering,
tak mengapalah kalau yang itu sudah dihasilkan. Bagaimana pula dengan makanan yang lain, orang kita hanya mampu membungkus dan mengedarkan sahaja, bungkus apa yang dihasilkan oleh orang lain yang
bukan seagama dengan kita, bersih tetapi tidak suci. Keuntungan sahaja yang dicari bukan keredaan Ilahi.
Kerajaan hanya mampu mengawal harga, mampulah kita katakan, tetapi adakah anda sedar tentang kenaikan harga
barang? itu akan dibincangkan kemudian.
Sepatutnya dan wajib kerajaan mempastikan setiap makanan yang dipasarkan di negara Islam Hadari ini mestilah
Halal. Orang bukan Islam tidak memperdulikan halal haram. Mereka boleh makan apa sahaja, adakah kita akan
mengikuti jejak mereka?
Kerajaan wajib 1. Menyediakan perkhidmatan membekal makanan halal kepada rakyatnya dengan cara membantu orang kita
menjalankan perniagaan makanan. Bukan sekadar kedai makan. 2. memastikan Media massa mestilah mengiklankan makan yang halal sahaja disiarkan kepada orang awam, kita tak
mampu menghalang kehendak anak-anak meminta makanan yang meragukan tentang kesuciannya, jika ia disiarkan di
media massa. Kerajaan dengarlah sama apa kata-kata dari ulama, persatuan yang memperjuangkan Islam. 3. Menghalang daripada peniaga memasarkan makanan yang tidak halal kepada umum, jangan dibiarkan ia senang
diperolehi.
Ahli-ahli koporat Islam berusahalah menghasilkan makanan yang halal untuk dimakan oleh orang yang seagama
dengan kita.
Fikirkan
Anda masuk kedai makanan yang dikendalikan oleh orang bukan Islam. Anda memesan kuetiow goreng, anda katakan
kepadanya daging khinzir tak mau.
samalah seperti anda masuk kedai orang Islam, anda memesan kuetiow goreng, sudah tentu daging khinzir tidak
digunakan.
persamaannya adalah Siapa yang menghasilkan kuetiow? Siapakah yang menghasilkan kicap? Siapakah yang menghasilkan minyak masak? Siapakah yang menghasilkan segala ramuan lagi?
perbezaannya Tukang goreng saja
Kalau saya berfikir macam ni, teruklah kan, tak makanlah kamu. Betul.. Tetapi kan, Negara Kita Negara Islam
Hadari. Mengapa kita tidak hasilkan semuanya? Kita berkuasa, ya ka? Kita memerintah negara, ya ka? Mengapa
tidak kita yang hasilkan.
Ada kekawan yang setuju dengan saya silalah sambung tulisan saya ini..
saya rasa saya belum lagi dapat meluahkan isi hati saya..
|
|
|
Post by keliru on Sept 9, 2006 23:01:16 GMT 7
|
|
|
Post by Dato Wan on Sept 10, 2006 12:01:12 GMT 7
Saudara Keliru,terima kasih di atas prihatin saudara mengenai hal-hal yang berkaitan dengan permasalahan ini.Saya juag mempunyai sentimen yang sama. Untuk makluman saudara banyak tindak yang boleh sama-sama kita bertindak;seperti menjadi ahli Persatuan Pengguna Islam,mengeluarkan makanan halal sendiri dan membeli makanan -makanan yang dikeluarkan oleh orang -orfang kita.Kerajaan yang peka mengenai masalah ini dengan penubuhan beberapa agensi penguatkuasa dan beberapa undang-undang yang berkait dengan tanda halal;tetapi apa yang lebih penting ialah sikap kitasebagaiPengguna Muslim.
|
|
|
Post by keliru on Sept 10, 2006 12:49:23 GMT 7
Kita boleh menjadi Ahli Persatuan Pengguna Islam, tapi bagaimana? Apa yang dapat kita lakukan, kita sebagai pengguna memerlukan panduan dan khidmat nasihat daripada mereka yang arif dan sentiasa memantau perkhidmatan menyediakan makanan. Kalau kat tempat kita Pekan Sik, Tok Wan cuba tengok kedai mana yang menjadi tempat masyarakat kita mendapat bekalan makanan,
Kalau kat kedai orang kita sekali pun, barangan yang dijual adalah dari keluaran yang sama, sama juga di mana kita mebeli, cumanya kita menolong orang kita dalam ekonomi sahaja, tetapi kita masih memberi sokongan kepada barangan yang kita sendiri tidak pasti kesuciannya.
Saya harap Tok Wan usahakanlah supaya wujudnya usahawan Melayu yang mengusahakan makanan halal, kita akan sama-sama mempromosi barangan keluaran orang kita.
Daripada mee, bihun, kotiew, laksa, kicap, sos, minyak, roti ( tak pa dah la ) ada roti Yaasin, kalau boleh perbanyakkan lagi. Roti 4 segi pun orang kita tak dak yang buat.
Orang kita sibuk dengan projek kayu kayan, tanah, korek timbus, itu sahaja, bila nak makan, makan makanan bangsa lain yang usaha.
Tok Wan tolong bagitau kepada KPW jangan dok asyik Bungkus dan Edar sahaja ( Beli barang bangsa lain, bungkus dan jual balik ) buatlah sendiri, tercabar kita bila kuih bauhulu pun orang bukan bangsa kita buat.
|
|
|
Post by Dato Wan on Sept 11, 2006 10:56:01 GMT 7
Saudara Keliru saya sedang memajukan beberapa produk halal,dibawah janama TEMUSIK dan produk-produk ini sedang dipasarkan di pasaraya-pasaraya seperti TESCO dll,sudi saudar hubungi En Zaidi yang menjual kueh buah hulu di TESCO Sungai Petani atau saudara boleh datang ke pejabat saya pada setiap hari Ahad untuk bengkel pembangunan produk=produk halal.
|
|
|
Post by Dato Wan on Oct 12, 2006 12:08:02 GMT 7
Saudara Mizi,Li ,Ca dan lainm-lain cuba seberapa boleh guna BAHASA BAKU dalam penulisan nobel bersirri kita.Bahagian kedua kita akan tamat selepas menyambut hari raya.Selepas ini kita masuk ke bahagian ketiga-zaman darurat dan zaman pramerdeka.
|
|
|
Post by Amzar on Oct 12, 2006 21:40:33 GMT 7
Insyaallah.....dalam proses nan bukukan nanti perlu ada editor utk edit bahasa2 yg xsesuai...
|
|
|
Post by Dato Wan on May 10, 2007 19:11:11 GMT 7
Kepada semua sekolah di daerah Sik,bagamana kemudahan internet tanpa wire yang saya sediakan itu,sila beri komen.
|
|
|
Post by Dato Wan on May 7, 2008 12:06:49 GMT 7
Selamat datang ke chalet saya SERENDAH SIKEBUN BUNGA,yang kini sedang dinaik taraf dan sedang berubah wajah.Terdapat berbagai jenis pokok yang ditanam yang dibawa masuk dari luar negara,seperti epal,abio dll,ayam organik pun ada.Jikia sesiapa yang relaks dan nak ilmu sila datang .
|
|
|
Post by Guru iT on Aug 5, 2008 10:18:08 GMT 7
Aku rasa www.mypendidik.net/portal sebuah laman yang terbaik setakat ni. Penuh dengan info dan tersusun bersih. Lagipun nampak banyak inisiatif sendiri admin dia orang dalam tu.
|
|
azlan
New Member
Posts: 2
|
Post by azlan on Sept 7, 2008 23:04:30 GMT 7
Assalamualaikum Dato',
Adakah ruangan forum ini terbuka utk mereka yang diluar kawasan Dato'? Jika ya, saya ingin berkongsi apa2 jua idea yang boleh memberi manfaat kepada kita semua.
Terima kasih
|
|